Pages

Sunday, June 24, 2012

Jiwa INI

                   Dalam kehidupan ini ada kalanya semangat kita melonjak naik dan adakalanya jatuh terjelepuk entah kenapa. hati ini jua begitu, ada kalanya bersih sesuci embun pagi dan ada kalanya hitam, debu dan berkarat. aku manusia biasa yang tak lepas dari semua ini.

                    Pengajian yang kuikuti di IPG adalah detik yang kunanti. tetapi hampir di garisan penamat, aku dah mengeluh penat. minggu praktikum betul2 menguji semangatku. RPH menjadi satu kewajipan ku anggap mainan dan tak perlu bersungguh. malah kian tertangguh. bila dah bertimbun tak dibuat akhirnya aku mengeluh.

                    Aku terkadang berfikir, bagusnya andai ada yang ambil kisah diriku. menegur mana yang patut, berkongsi masalah pelbagai sudut. namun semuanya angan2 kosong yang akhirnya membuatkan kedudukanku sebagai pelajar dan guru kian merosot. aku termenung. terkadang tugas mengajarku, guru penasihat kelab dan persatuan membuatku resah. banyaknye keje nak buat. aku ni taklah rajin sangat, tp orng suke bagi aku kerja setiausaha dan akhirnya aku tidur tak lena tanpa terusik walaupun satu kerja.

                     aku cuba bantu mak dan ayah mana yang termampu. berkebun mungkin boleh membuatkanku rase terlepas dari tekanan. almaklumlah dah musim durian dan rambutan, tiba2 jadi rajinlah pulak aku menebas rumput yang dah nak jadi hutan.

                    wahai semangat. kuseru namamu walaupun kutahu ini mustahil. mungkin juga dianggap jahil. tapi aku tahu, engkau sememangnya sentiasa hadir. wahai jiwa yang malas. pergilah dikau jauh dariku. jangan sesekali menjengahku walau sedetik. putuskanlah hubungan ini. kurela kau pergi.

                   Kepadamu ya Rabbi. aku mohon kepadaMU. mudahkanlah segala urusanku. peliharalah aku. bantulah aku dalam menjadi hambaMU yang berguna...Amiennn....