Wednesday, January 25, 2023
Masa
Tuesday, January 24, 2023
Ini takdirnya
Sunday, January 15, 2023
Serah pada Allah
Ada ketika kita rasa tertekan dengan apa yang kita sedang lakukan. pernah satu masa ada seorng rakan yang beritahu aku katanya dia gagal menjadi seorng mak sedangkan dalam masa yang sama dia perlu laksanakan tugas guru. ketika tu aku kata padanya tugas itu ialah ibadah. kemudian dia terima kata-kataku dan akhirnya dia bercuti bersama keluarganya. lepas tu baru wajahnya ceria kembali dan boleh jalani hidupnya.
dalam saat kita cuba beri motivasi pada orang lain kita juga perlu motivasi. untuk situasi aku kadangkala aku berkata kepada diri aku betul ke apa yang aku buat sekarang. sedangkan ini yang aku cari suatu masa dulu. bertenang dari situasi kerja dan berlumba mendapat perhatian orang lain. sampai satu masa aku penat dan tertekan.
hari ini, saat aku x disibukkan dengan tugas-tugas yang menghimpit perasaan aku terkesan juga dengan tugas yang mengejar masa tarikh tamat. dalam masa yang sama aku berdepan dengan orang tua yang dah tidak sihat seperti dulu. aku rasa nk buat semua benda tapi aku tak daya. mana nk siapkan kerja mana nk siapkan tugasan rumah, masak dan lain2. tu sebab kawan2 aku buat kerja kat library. rumah tak ada suasana katanya. ya itu memang. sebagai anak aku kadangkala terhimpit perasaan itu. bila aku keluar rasa nak balik cepat bia ddk rumah rasa nak kluar. siapa je nk dengar cerita aku kalau aku luahkan pun. jika ada pun sekadar mendengar. betul kan?
dalam keadaan aku tenangkan diri aku teringat kata-kata bahawa serahkan urusanmu kepada TuhanMu. tu sebab kita kena doa "Ya Allah, kuserahkan urursanku kepadaMu dan janganlah Engkau menyerahkan urusanku kepadaku walau hanya sekelip mata"
Saat aku sibuk nk siapkan tugas, aku doa, Ya Allah aku tak mampu nk bantu ibuku sepenuhnya di dapur aku ada amanah untuk aku laksanakan, namun ya Allah aku menyerahkan urusan ibuku kepada Mu. Peliharalah dirinya dan berilah kesihatan yang baik buatnya. bantu aku menyiapkan tugasanku agar aku dapat membantu ibu dan ayahku pula. Amin....
Doakan aku ya
Saturday, January 14, 2023
Saat kembali kepada Allah
Apa khabar semua.
terpanggil untuk menulis kembali sedikit coretan. ada lagi ke yg sudi baca blog ni. entahla rasa macam selesa tulis di sini berbanding medsos yang lain. mungkin di sini akan kucerikan perjalanan hidupku
usiaku mencecah 40. ya, sesuatu yang aku sorokkan pada semua tentang umur. saat inilah aku takut kalau ada perangai buruk yang tak aku ubah. lepas usia ini dah susah. doakan aku.
dalam usia ini andai dunia yang dikejar masih tak dapat, maka berhentilah dan tumpukan akhirat. kerana umur ini semakin menipis. takut tak sempat nk kejar akhirat.
Saat untuk kembali kepada Allah. cukuplah dunia yang kukejar dan telah banyak yang aku hilang. Allah panggil aku supaya aku sedar yang aku kena kembali padaNya. terima kasih Allah
Semoga aku dan kita semua selamat kembali kepadaNya. amin