Pages

Friday, April 15, 2011

kerja oh kerja..

            pantasnyer mase cam tak terkejar rasenye. betullah cam peribahasa, masa itu emas. tapi sebenarnye lebih berharga dari itu sebab dengan emas, kita tetap tak leh beli masa.

            sejak aku bergelar pendidik, kadang2 terasa sukar sangat nk bahagi masa dengan baik. pernah seorang guru luar membuat penilaian berkenaan diri aku yang mengajar BM tingkatan 4 n 5. mane taknyer kene mengajar 6 kelas. dia terkejut kalau aku betul2 leh ngajar dengan baik. nk bagi tumpuan sepenuhnyer, ishhh... die bagi tau lagi andai betul aku leh bg komitmen yang baik, aku tak perlu makan, tak perlu tidur, tak perlu wat kerja lain, barulah mase aku cukup untuk mengajar 6 kelas. klau ikut sekolah kementerian, seorang guru diberi masa mengajar 24-26 waktu mengajar. tapi aku tak pernah dapat waktu camtu. mase aku sekarang 31 waktu. termasuk geografi tingkatan 2, 3 kelas semuanya. apa yang die sampaikan padaku hanye membuatkan aku tersenyum. fikiranku mula berputar memikirkan sejauh mana kebenaran kata-katanye.

             nak jadi cerita mase aku mula2 jadi cikgu BM, aku bukan tahu sangat mengajar, bahan pun takde. tapi aku mula mengorak langkah mencari guru luar untuk belajar BM. malu tu memang malu, tapi ape ertinyer malu tak bertempat. aku kira2 guru BM aku adelah dalam 4 orang semuanye. hmm...ramai x? mule mengajar, cara aku agak berterabur jer. tapi mase tu aku enjoy jer ngajar. at last, bile dah lame masuk tahun ke 3 nampaknyer aku dah mule tau nak atur strategi. tapi yang paling aku pelik, semakin aku pandai atur strategi mengajar, semakin suntuk mase aku terutama untuk menanda kertas. apatah lagi yang disebut karangan. aku makin kehilangan masa utk diriku hinggakan mase utk bersama keluarga. bila buku dah bertimbun, mulalah perasaan malas menyerang. sampai nak berkulat buku tu rasenye. kadang2 terfikir plak, camne la lau dah ade suami dan anak2. mampu ke aku bagi komitmen pada semuanye. hmmmm.... akhirnye, aku mengakui kebenaran kata2 guru tersebut dan itulah yang terjadi pada aku sekarang. itu tak termasuk perlu bagi perhatian pada aspek kelab dan persatuan. fuhhh!! pening.

             kadang2, memang aku perlukan seseorang yang boleh bagi semangat kat aku supaya aku terus bersemangat. teman yang boleh mengingatkan aku ketika aku terlena. tapi siapa??? 
siapa ya yang sudi menemaniku?

Thursday, April 14, 2011

Cara Nak Kurus Tanpa Ubat Ubatan

Kali nie aku copy dari blog sape tah care nk kurus. aku try gak tengah amalkan nih. Bagi mereka yang mengalami masalah berat badan, aku rasa artikel ni sangat berguna untuk kalian... Baca dan cuba amalkan... Good luck ye! :) hehe..


1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi


2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak terasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.


3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.


6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.


7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.


8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.


9. MAKAN SIKIT TAPI BANYAK KALI
Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.


10. ELAK MAKANAN RINGAN
Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.


11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


12. MAKAN DILUAR
Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.


14. TIMBANG
Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet


15. AMBIL MAKANAN YANG BEREMPAH
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.


16. PILIH MAKANAN YANG BERASASKAN BIJIRIN DAN KEKACANG.
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.


17. SIMPAN SATU DIARI
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda dan rajin-rajinlah membuat catatan.


18. TUMPUKAN PERHATIAN UNTUK SIHAT, BUKAN KURUS!
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.


19. MEMASAK MAKANAN
Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.


20. MEMILIH HIDANGAN
Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!


21. BERJALAN JALAN SELEPAS MAKAN
Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.


22. BERBELANJA
Khusus bagi kaum wanita, yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.


23. GERAKKAN PUNGGUNG
Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.


24. PENGGUNAAN GULA
Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.


25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing:-

- Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
- Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi, naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
- Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
- Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
- Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.



PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING
Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.

Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.


27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.


28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu


30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut:-

Ambil 5 halia bara ( Halia Cina )
10 biji lada hitam
30 ekor ikan bilis.

Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.


31. Mengurangkan Buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.


32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit.


33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Tuesday, April 12, 2011

Gaya hidup sihat

            Eham! post kali ni agak menarik sikit. cayer lah!! hehe. cam nie citernyer, dulu mase jadi student kat U, berat aku paling tinggi 42kg jer. mane tak nyer, dahla ums tu kawasannyer berbukit-bukit. lau nk p kuliah tu jangan citer la mmg kne jalan naik turun bukit. tu pasal xleh pakai tumit tinggi. pastulak, jadi pesen student bangse cine terutamanyer yg suke pakai baju melayu tapi pakai kasut sukan. hahaha...pelik jer.
             bile dah abis u, berat aku tang tu la turun naiknyer. sampailah aku kje kat kilang. perghh lasak abis, sampai berat aku jadi 38kg. keding la pendek kate. ringan leh terbang lau kne tiup angin...dasat! hehe. pas kje kilang jadi lak cikgu. hmm...mule2 tu jadi warden. berat mule naik sikit. maklumlah makan tanggung. jalan x banyak, asik wat kje duduk jer. mase tu berat dah mule 45++. fuhh...mule riso gak. tapi pastu berat tu turun balik bile aku stress yang teramat mase jadi warden. sampaikan baju banyak yang dah muat balik, hehe.
              Al-kisah bile dah tak jadi warden, tp aku still jadi cikgu situ, berat mule naik balik. maklumlah, balik jer mak dah siap masak. pastu takde banyak tekanan. pendek kate, makan tido la kat rumah. nk jadi cite, cuti sekolah 1 bulan aku asik makan jer kejenyer. dah la xtau nk wat pape. selere mendadak naik. malam pun makan. lagi pulak mak aku takkan lupe aku lau time makan, apelagi.......jeng..jeng..jeng..berat aku..opsssssttt. hehe. ade baju yang dah makin mengecil tau.
             adoiyaii, mulelah ramai yang komplen aku dah gemok. pendek kate macam2 ayat keluar. dari rumah sampai sekolah. cikgu ke pljar ke same jer. bengang tol aku. hmm...atas kesedaran yang tinggi, aku mula langkah strategi baru. aku cube tok x makan malam lagi dan amalkan berjoging di tanjung. best beb! leh ilangkan stress sekali.
             jom amalkan gaya hidup sihat. :)
amalkan joging...
leh ke jadi sampai cenggini??

Sunday, April 10, 2011

Di sebalik ....

            Mungkin apa yang ingin aku coretkan ni membongkar kelemahanku. mungkin jugak akan mengguris hati seseorang. tapi itu hanye kemungkinan aku.
            Ape yang aku nk cerite tentang kisah silam mase sekolah dulu camne aku leh aktif masuk macam2. sekola rendah aku masuk syarahanla, bercerita la, tafsir ayat. paling tinggi penah aku capai dapat naib johan bercerita. tapi x pnh dapat wakil daerah. sekola agama aku masuk berzanji la, tilawah la, tafsir ayat la. yg paling tinggi sampai daerah, aku dapat naib johan nk masuk negeri.
             Sekolah menengah aku mule aktif ting 4. ms ting 2 aku masuk sajak jer. time tu, dpt no 3 kot. ms ting 4 tu sekolaaku adekan pertndgn terbuka. aku ape lagi, terus daftar name nk masuk pidato. kwn aku lak tlg aku cari bahan. mmg best. tanpe disangke aku dapat johan kalahkan pemidato sekola yang sedia ada. perghhh..tibe2 name aku top. mula dr situla cg2 kenal aku. aku mule dpt tawaran yg bukan2lah. masuk pantun, pidato, bahas, dan paling menyakitkan kuiz koperasi. pencapaian tertinggi aku peringkat kebangsaan dlm kuiz koperasi.
              Sebnarnye aku nk cite pasal bahas. mula dari tingkatan 4 nilah aku terlibat bahas. yang handle aku senior aku tingkatan 5. mulelah aku lbh sosial dari biase. ish, aku ni jenis pemalu, mane ade nk tego org tak tentu pasal. kitorang ni mmg byk tinggal kelas. almaklum berkorban tuk sekola gitu. mmg penat. ptg pun aku kene datang. dahla sekola aku jauh dari rumah. mak plak tak kasi dok asrama. mintak basikal pun tak dapat. apepun teruskan. cikgu aku mmg tak sepenuh mase handle kitorang. die just datang jap2 jer. pendek kate dari strategi n isi sume kitorang cari. pening. mase tu cg kitorang ade bg isi tp sikit jer. itu pun bile kitorang dah siap teks. sian an? pastu lak, die xdenyer semak isi or hujah kitorg betul ke x. huhu. bile bertanding menang gak pusgn 1. pastu trus kalah. time nila mula2 bahas ala parlimen diperkenalkan. dan akulah antara pljr yang mule2 terlibat.
                Masuk universiti, aku mule kenal, ade bilik bahas khas. tapi aku x joint pon nk jd ahli. sbb aku mmg x minat bahas. yang aku minat pidato. tp bile sekolah (fakulti) aku anjur bahas, tibe2 name aku naik. senior aku punye keje la tu. pastu bile bertanding, menang pulak pusingn 1, masuk yg kedua dah kalah.. than time thn 3 aku dilantik jadi pengadil. macam hebat jer aku ni. tapi itulah citenyer.
                Tibe2 tanpe aku duga, bile jadi cg nie,aku kne jadi jurulatih lak. hmm...satu perkare yg telah aku tinggal lbh dari 5 tahun dan klau leh tak nk kenang semula. mule2  aku jadi jurulatih tahun 2009. time tu dapat no.4. Tahun 2010 n 2011 hambar. tiada kemenangan. tapi disebaik semua ni, dalam tiga thn aku handle, ade seseorang yang memberi kesan dalam diri aku bile aku mintak pendapat.
               

mr x    :  awak jadi jurulatih je..awak bkn pembahas. ni awak yg mcm nak berbahas.
              awak tak latih pun sy tgk awak yg mcm nak berdebat. patut awak train la.
              jurulatih bkn mcm player.
mr x    :  umpama saye bagi awak sebiji bola sepak saye suruh awk main mcm lionel
              messi..bole ke tak cmtu?
mai silu:  mmg le x leh
mr x    : tu maksud sy..awak tak train diorg.. awak terus campak diorg masuk
             bertanding..tak leh..mulekan skit2 ngan tajuk mudah..dah ade kemahiran
             baru la bg tajuk yg kritis.

           Ini antara yg die ckp ms kitorang sibuk cari isi, tp bile dah tahu keputusan kekalahn, die tanye aku, ape itu teori bahas? than ade la mcm2 lagi yang kitorang bincangkan sampai aku terkelu. aku akui, dari pengalaman yag penah aku dapat, aku x dapat pendedahan sebenar, apa itu teori bahas. dan dari apa yang die ckp pasal teorinyer, sungguh menyedihkan. aku x tahu. yang aku tahu hanye peraturan.

air mata, mampukah memberi tahu isi hati yang sebenar?

          Aku tak salahkan pelajarku dari sebelum bertanding lagi. apa yang aku ckp, aku x kesah diorang menang atau kalah. usaha dah, doa pun dah. cume tawakal. tp jauh dari sudut hatiku, aku menyalahkan diri sendiri sebab tak dapat jadi jurulatih yang sebenar. terlalu banyak kekurangan..kesian jika mengenang nasib pembahasku sebab x dpat jurulatih, yang dapat hanye juruletih. dan setiap kali tiba hari perbahasan, perasaan aku macam nk bertanding. may b sbb aku antara yang bersama nk jadi player. itulah kesilapan aku.
            Aku mungkin seorang pemidato dan pembahas terbaik satu ketika dulu. tapi, aku bukanlah jurulatih. tapi juruletih. dan akhirnye aku keletihan.

gersang..ibarat tandusnya ilmu.

mengharap sinar disebaik kabus yang membelenggu.

              

            
           

Saturday, April 9, 2011

Bahas OH Bahas..

            Salam buat semua. Setelah sekian lame tak tulis blog..tah nape hari nie terase jiwa melonjak2 utk menulis sedikit coretan sepanjang jadi jurulatih bahas.
           Bermula dari pemilihan peserta, semuanye berlaku perebutan antra cg2 lain. yealah..nk wat camne. sekolah kerajaan x same ngan sekolah  sma nie. semua pertandingan serentak. klau nk pilih peserta kne ambik awl2, lau x...mengange la jawabnye. nk jadi cite, adela dalam 6 org yg aku pilih. tapi dalam pemilihan sebenar nk 4 org jer. Mai, pmbhas tetap. namenye iras2 aku. Ziqa, pendatang baru, seblum nie masuk tafsir. Mira, Hasan, Amer, n Hasnol semua pelapis baru.
            Bagi aku, sepanjang jadi jurulatih bahas, inilah team yang paling bes. mane tak, ade jer adengan yang mencuit hati aku. tengah sibuk cari bahan, ade jer pljr lain yang sudi teman. dari geng2 diorang jugakla. sampai sanggup x mandi. hehe...syuttttt...yang aku punye kes lak, sampai pinjam baju budak sbb stay sampai malam. klau nk dikira2, adelah dekat 1 mggu lbh aku balk lewat jer sampai kul 11 mlm. huhu, dasat x?? sampaikan mak dah perli, "pasni jgn sampai kul 1 pagi lak baru nk  balik". hehe. itu x masuk kes kene halau ngan pak gate sbb dah malam x reti2 nk balik. die dah nk kunci gate blok bawah. berterabur dibuatnye.. hah! ade lagi, hari sabtu, kitorang stay kat sekolah dari pagi sampai kul 11 lbh mlm. gitulah.. at last tukar konsep balik sebab definasi asyik salah jer, tak jumpe2 yang betul2 puaskan hati. banyak sangat pendapat yang memeningkan. muke masing2 jangan cakapla. huhu...(termasuk cikgunye)
            tajuk bahas kitorang, bg aku cukup menyakitkan.."untuk kemajuan negara kita perlu lebih terbuka". pulak tu kitorang team pembangkang. mudahnyer sma nie dah tau pmbkg awl2, x macam kementrian. mase aku sekola dlu kne prepare dua2 pihak. pastu kne cabut undi dlu sblm bertanding. than kene kuarantin 1/2 jam sblm bertanding. lagi sakit.
            at last siap gak teks bahas tajuk 1 nie. lege la jugak. tapi camne pun tajuk 2 kne prepare gak. lau menang pusgn 1 takla kalut. yang nie cg sorang lagi tlg ejas. bile bncang blk ngan bdk2 dua hari jer setle. takla sakit sgt cam tajuk 1. pndgn aku la. tajuknyer.." pendekatan kaunseling mampu menangani masalah disiplin pelajar sekolah". pembangkang lagi. tapi oklah.
            tiba hari utk bertanding 8/3/11 kitorang janji kumpul kul 4 pg kat sekola. konvoi same2. 7 buah kereta. bonet aku wat hal lagi. susah nk tutup..syutttt. kitorang gerak dlm kul 5 pg akhirnye lalu tol tangkak. pagi2 dah wat lawak, mane taknyer sorang cg nie, leh masuk laluan "touch n go". pastu takleh nk kluar lak pasal ade kete blkng sampai. siap sorang pljr dlm kete die kluo mintak tlg org kat lorong tunai. sakit perut kitorang gelak. hehehe..pastu lak, follow punye follow cg sorng nie masuk R&R mane tah yg takde tmpt makan, dah tu semua kontigen yg lain ikut jer..jujur tol. hehe. ketua konvoi lak dah jauh tah mane tah. pecut punye pecut nk kejo ketua, aku speed sampai 120km/j. hebat gak merah silu aku. huhu. berjaye gak kejo sampai kat R&R Pagoh. semuanyer leh sampai lak serentak. pulak tu salah masuk kat laluan lori. terpakse plak masuk kat jalan keluar. kan dah songsang semuanyer...hehe...kat situlah cg yg "touch n go" kne gelak puas2. hehehe...sian die.
           sampai di smakj kitorng dlm kul 7 lbh. dapat makluman start kul 9. pastu giliran 1st. oklah. bg aku pertandingan bahas cukup sengit. pasukan bahas aku dah wat yang terbaik. terutama hasnol yg tak menunjukkan potensi akhirnyer terserlah. at last, bile umum keputusan, kitorang kalah. aku pasrah. cume mai jer yang nangis. may b sbb dah 2 thn kalah 1st round. 
            camnie lah cite sepanjang aku handle bahas. tapi apa yang semua org tak tahu, apa sebenarnyer yang berlaku pada aku "di sebalik bahas".


 
inilah hasilnyer...
antara peserta yang terlibat.





para pendebat

suasana sekitar majlis

barisan penyokong..