Pages

Saturday, July 14, 2012

Di Mana "DIA" Di Hatiku?

                  Salam buat semua. terlebih dahulu mohon maaf kupinta andai sepanjang membaca blog nie, terlalu banyak perkara yang lagha. terkadang hati ini ingin berkongsi soal hidup hingga kucoret tajuk "Bingkisan Hidup". Entah berapa ramai yang sudi menjengah, aku tak kesah. bagiku satu kepuasan apabila aku dapat berkongsi perasaan.


                   Buku ini dah lame aku beli, dan dah lame jugak aku baca. namun untuk menghabiskannya dalam masa yang singkat terasa sayang. bagi aku buku ini akan menyuntik semangatku apabila aku dalam resah. justeru, aku baca sedikit demi sedikit agar terkesan berpanjangan.

                   Berilah aku keyakinan,
                   Yang menimbulkan keberanian hati
                       Kurniakanlah aku kebijaksanaan
                       Yang membuahkan kerendahan diri


                 

Friday, July 13, 2012

Rentas

                  Rentas? ape tu? rentas desa? hahaha...xla. Siapa2 yang dianggap cemerlang akan direntas. untuk menguji sejauh mana kecemerlangan seseorang hingga digelar pelajar cemerlang praktikum. pendek cite dapat A+. gitulah citenye. ape plak kesnyer dengan aku? huh!

                 Siapa jer yang tak nak cemerlang? tapi semuanya perlukan pengorbanan yang besar. kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. sesuatu kepuasan akan dapat dirasai oleh yang berjaya atas usahanya sendiri. yang empunya badan jer yang tahu bagaimana perasaan itu. tapi nape tah tiba2 aku macam hilang tuju. aisehh mulalah nk wat ayat sedey. kawan aku nan sorang tu cukup meluat lau aku asik cite sedey. tapi nk wat camne lau dah sedey.

                  camnilah. terasa nk syer apa yang aku rasa dan ini pendapat aku pasal rentas. mula2 tahu ade praktikum. aku target nak A. pendek kate aku nk cemerlang. semestinya. dapat tahu plak pasal rentas, maka bertambah berkedut dahi aku. susahnye rentas ni ialah p&p kita akan diselia oleh lecture lain setelah penyelia asal kita selesai menjalankan tugasnya menyelia kita sebanyak 5 kali. pulak tu katenye, yang akan datang selia rentas tak akan memberi tahu bila die nk datang. than lau datang, akan melibatkan seramai 5 orang lecture bersama video bagai. pulak tu segala buku persediaan kita dan folio kita akan diteliti semula satu persatu. begitu juga markah yang diberi penyelia asal akan dibandingkan dan dinilai semula. pernah terjadi ada yang sudah dapat A+ bertukar menjadi C. huh!

                 Entah macam mane tah, aku berdebat dgn seorang sahabat yang aku percaya kebolehannya. isterinya guru j-qaf dan pernah ditawarkan rentas. tp die menolak. kemudian die bertanya kat aku pasal rentas. antaranya.....
"lau rentas ape dapat? "
aku jwb name nnt tertulis kat buku konvo "pelajar cemerlang praktikum".
die tanye lagi "ape lagi selain tu?
aku jwb "tu jela"
die ckp lg "pastu semua org tau org tu rajin."
apa yg aku faham pendek cite lau cemerlang praktikum ni gaji sama, ngajar ttp sama, masa ttp sama. xde bezanya.just nama jer tertulis kat buku konvo.

              Akhirnya hasil dari penelitian aku, aku nk A tapi aku tak nak direntas. aku berpendirian....sebabnya biarlah aku dipandang sebagai guru yang biasa. tak perlulah aku menunjukkan diriku adalah seorang yang cemerlang dalam P&P di praktikum sebagai  tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin dan cemerlang. Andai orng memandang aku cemerlang sekarang dan aku sebenarnya biasa2, bukankah itu lebih merbahaya. orng akan kata jua..."tak bagus mana rupanya die ni". biarlah aku dianggap biasa2. andai aku guru yang betul2 cemerlang, "mereka" akan dapat menilai jua siapa aku walaupun mengambil masa yang lama dan tiada sebarang coretan dinukil di kertas.

                Bukankah Islam mengajar kita...sesungguhnya sebaik2 perkara adalah pertengahan. (^_^).

Sunday, July 1, 2012

Praktikum oh praktikum

                  Alhamdulillah, berakhir sudah 5 kali aku di observe. kenangan yg mungkin takkan dapat kulupakan sepanjang belajar diploma pendidikan. terase lega bukan kepalang. Hanya Allah jua maha mengetahui. 29/6/2012 bermaksud berakhirnya pertemuanku secara rasmi dengan penyeliaku En Jafri Hussin. nama yang mungkin asing bagi yang lain tapi agak popular di IPGKTI.
                 Aku nk kongsi sedikit cerita dari mula aku digembar gemburkan soal praktikum. ada yang kata minggu paling tak lena tidur. minggu yang paling berhabis duit dan macam2 lagilah. terdetik di hatiku ingin menjadikan Dr Maskiah sebagai penyeliaku kerana ilmunya dan kerana bakatnya sebagai jurulatih Bahas. Dr Maskiah juga pernah bg tahu sesiapa yang diselianya akan mendapat A. itu janjinya. Namun semuanya perlukan pengorbanan.
                Bahas! ya..aku ingin menjadi jurulatih yang sebenar. terase begitu terseksa melatih bahas. Aku sentiasa rasa keseorangan walaupun aku dikelilingi guru lain. Jika ada pun mungkin sekadar cadangan nama pelajar yang layak. tapi dari sudut mencari bahan  dan melatih pelajar, aku bersendirian. aku terpaksa menagih maklumat luar, meminta simpati pada yang mengerti. walaupun hajatku kesampaian namun dihati kecilku tetap berkata.."sampai bila aku nak jadi macam ni???","yup. aku seorang pembahas. tapi kenapa aku tidak mampu menjadi jurulatih?" Dan kerana itu aku berharap sgt mendapat Dr Maskiah sebagai penyeliaku.
                 Ditakdirkan aku mendapat En Jafri, pensyarah Bahasa Melayu Komunikasi. siapa dia yang nk sangat selia aku dan kwnku katanye. Rupanya anaknya ada kat sekolah aku. ishhh, belum pape dah mula mesej aku nk tengok buku persediaan..hari ahad pulak tu. bila aku bermesej, dengan pantasnya die akan call aku. hehe...
                  Perjumpaan pertama mengundang resah. takut kne belasah. almaklum..org baru belajar. macam2 buat salah. semuanya syukur Alhamdulillah. huluran persahabatan membuatkan kami lebih akrab. macam getah skrab...haha. bagi aku die ni lecture yang paling sempoi..sampaikan orang kat kantin suke giler lau die datang. dapat gelaran Prof lagi. sampaikan akak2 kat kantin pelik nape lecture lain tak turun kat kantin. gitu ea.. Aku bersyukur. bagiku ini satu rezeki yang dikurniakan kepadaku. walaupun pada mulanya aku agak kecewa kerana tak diselia Dr Maskiah.
                "Sesungguhnya sesuatu perkara yang disangka buruk bagi kita rupanya baik". "sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancangan adalah Allah"


markah terakhir..
                  Akhirunkalam, ada sedikit coretannya yang membuatkan perasaanku tersentuh. mungkin die ingin berseloroh. tapi mampu membangkitkan jiwa guru agar sentiasa kukuh. ku doakan moga En Jafri Hussin berjaya menyambung Phd. dengan jayanya. juga berjaya di dunia dan akhirat.
                  Buat insan diluar sana. doakan aku sejahtera. agar menjadi guru yang wibawa dalam mendidik anak bangsa. DariMu kupohon ya Allah. Agar aku diberi kekuatan..meneruskan kehidupan..

                    MENCARI BELALANG DI TENGAH PADANG
                    SANGGUP MEREDAH PARIT DAN LONGKANG
                             JADILAH GURU BERJIWA PEJUANG
                             AGAR BANGSAMU MULIA DIPANDANG.