Pages

Thursday, September 22, 2011

Kita Semakin Lemah

            siaran radio pagi nie manggamit hatiku untuk menulis sedikit bingkisan dari nasihat yang dilontar ke cuping telingaku. kupasan ustaz tu walaupun tidak dapat kudengar sepenuhnya tapi mampu membuatkan hati ini terasa kerdil.
            ummat manusia kini semakin lemah dan mudah untuk diserang musuh. percaya atau tidak sebenarnya kita lemah dan sentiasa bekerja dan hidup lebih mengutamakan nafsu dan ego. sedangkan para sahabat hidupnya penuh takwa dan mengharapkan segalanya untuk Allah. manusia sekarang bekerja untuk bermegah dan melakukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang hebat dan wajar untuk dikagumi. sehingga akhirnya manusia islam terutamanya menjadi lemah dan mudah kalah apabila diuji dengan pangkat dan harta.
             Lembaran sejarahku dan catatan nota hidupku juga tidak terlepas dari semua ini. aku juga tidak terlepas dari mengharapkan perhatian orang lain apabila melakukan sesuatu kerja. sememangnya aku akan cemburu apabila ada orang lain yang lebih hebat dariku namun sikap apabila kita dipuji membuatkan aku terasa bangga dan ingin dilihat hebat.
             Hmmmm, susah sebenarnya untuk kita mengawal diri ini kan. walau apapun kita kena ingat kita sukar untuk merubah orang lain untuk menjadi baik namun, apa yang mampu untuk kita lakukan adalah kita cuba untuk memperbaiki diri dan menjadi umat / hamba Allah yang baik. semoga Allah memelihara diri ini dari sifat mazmumah dan dilimpahi taufik hidayah-Nya.

           

Saturday, September 17, 2011

hidup yang sementara

            Aku dapat berita ketika sedang sibuk siapkan asgmn kat bilik guru. tiba2 ada seseorang datang menyapa dan memberitahu orang kampung aku meninggal dunia. lelaki dalam lingkungan umur 50an rasanya. sudah berkeluarga dan ada anak.
            Kematian menjemputnya tanpa disangka. sepanjang malam dikatakan beliau mengikut rombongan marhaban dari rumah ke rumah dan pagi itu dia masih sempat menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa. setelah pulang ke rumah dikatakan Almarhum mandi dan terjatuh. isterinya mendapatkannya dan menghantar ke hospital memandangkan kerisauan melihat keadaannya. setelah sampai ke hospital, pihak hospital memaklumkan kepada isterinya bahawa dia telah kembali. Al-fatihah kepada Allahyarham.
            Begitulah serba ringkas yang dapat aku ceritakan berkaitan saudaraku yang baru je berangkat ke alam barzakh. jatuh di bilik air hanya dijadikan sebab. itu kisah dia, tapi bagaimana pula kita?? adakah kita boleh menjamin bahawa kita akan dapat lihat hari esok.?
             kebiasannya, kita akan lebih cenderung berfikir perkara berbentuk keduniaan. mungkin berkaitan untuk membeli kereta baru, mungkin juga ingin bergaji besar dan paling tidak nk memiliki kasut mahal. ermm, mungkin! tapi dalam kesibukan diri kita jarang berfikir nk tambahkan amalan. ada kalanya amalan sunat seperti membaca quran pun ditangguh. solat yang 5 kali tu pun dikerjakan sepantas yang mungkin hingga tiada istilah to'madinah. itulah yang berlaku.

              Fikiran kita juga seringkali dihenyak dengan bermacam2 perkara berkaitan manusia disekeliling kita dengan pelbagai persoalan2 yang timbul...."bila nk ada partner?", kalau lom kawen, kalau dah kawen plak "bila nk ada anak?". sume tu meracuni fikiran kita. tapi bagi yang masih belajar, soalan yang biasa ditanya, bila nak masuk "U" ?, pastu bila dah abis blajo tanye plak ..bila nak keje?....macam tulah kehidupan. persoalan demi persoalan membuatkan kita stress dan hanyut dengan perasaan cemburu apabila orang lain sudah mengecapi seluruhnya.
 
            kenapa ya jarang orang tanya, dah cukup amalan?, paling tidak kita dengar pun "dah solat?" itupun jarang. tapi takkanlah kita nak tanye kat orang "bila awak nk meninggal?". ade kang kene penampo..meninggal terus..hahahahaha...
            Walauapapun yang berlaku, kita perlulah sentiasa bersedia menghadapi kematian, walau sesibuk manapun, imbanglah antara duniawi dan ukhrawi. semoga kita sama2 dalam lindungan taufik dan hidayahnya. amiennn..

Thursday, September 8, 2011

Erti kesyukuran...

             Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sebenarnya mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah. Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud: “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
             Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
InsyaAllah.

bersyukurkah kita sejak dilahirkan?

               Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.
                                                                                     
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang. Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa. Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.

Firaun Dan Pengikutnya
             Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan Mesir ketika itu. Tetapi malangnya, Firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya. Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
               Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh Firaun itu dengan menenggelamkan dia di Laut Merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s. Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan Firaun. Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu Firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan Firaun laknatullah.

Kisah Raja Namrud
               Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka. Namun dengan sifat kasih sayang Allah S.W.T, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.

Manusia Yang Paling Sabar
             Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub. Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

                                                                       * * *

              Walau siapapun kita, ada ketikanya kita begitu cemburu dengan nikmat yang dikurniakan kepada orang sekeliling kita. mungkin orang itu lebih pandai dari kita, atau mungkin orang itu lebih kaya dari kita. sifat cemburu dengan nikmat orang lain ada kalanya mendesak seseorang berhasad dengki dengan menyenangi apabila orang lain ditimpa kesusahan.
              Cara terbaik untuk kita memujuk diri kita adalah kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. sebaik-baik perancangan adalah dari Allah jua. Allah yang menciptakan kita, dan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. janganlah kita asyik memikirkan hal yang diluar kemampuan kita. semoga post kali mendapat manfaat bersama.
               Wallahualam.