Saturday, July 29, 2017

Penceramah

                      Tanggal 13 Julai 2017 aku mencari pengalaman baharu. menjadi penceramah BM Kertas 2 kononnya. selama ni tengok penceramah lain bukan main senang je berdiri di hadapan ramai pelajar. cakap pung pang pung pang...habis dua 3 jam..

                       Rupanya semuanya tak semudah disangka, perit menyediakan slaid sahaja membuatkan tidurku tidak lena. dada sentiasa berdebar. huhu.

                       Hinggalah sampai tarikh yang dinantikan, aku seolah-olah rasa mahu berpatah balik. perasaan bolak balik mula menerpa. "kenapa gatal terima undangan?", "kenapa dulu tak tolak je" haishhh.... bisikan yang membunuh semua tu. "sampai bila nak berada di takok lama", "apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu?". aku kembali membina semangat.

                    Selesai program aku rasa seperti demam. Hutang tidur 2 hari seperti tidak mencukui memandangkan esoknya aku ada program yang lain. Alhamdulillah, selesai semuanya...








Syukur

                Perit di jiwa masih belum pulih sepenuhnya, namun kucuba untuk bertahan dengan "ubat penenang".
               Aku sudah boleh terima semuanya. Aku sudah boleh berhadapan sepenuhnya. malah aku mampu bergurau senda dan ketawa riang.

Terima kasih Ya Allah atas segala kurnia-Mu.

Siapa sangka sekarang ni aku bantu mereka mendirikan masjid. mana tahu dengan cara ini dosa-dosaku terampun. Namun apa yang jadi mengajar aku banyak perkara. Tiada apa yang kita miliki sekarang ini milik kita sepenuhnya. Semua pinjaman.

Kini, aku belajar erti syukur.

Friday, July 7, 2017

Bismillah
Dengan nama Allah Yang Maha Agung

Assalamualaikum wahai pembaca budiman

setelah sekian lama hambar tanpa sebarang penulisan, hati ini terpanggil untuk berkongsi kisah.
soalnya hati.
bukan mudah jika kita bicara soal hati. ada gembira, sedih, pilu, geram, sayang, benci, dendam yang terkumpul dalam jiwa.
alangkah indah jika jiwa ini menjadi daerah cinta tanpa benci, dendam ego hasad dan cemburu.

maafkan aku andai penulisanku kali ini menceritakan soal hai yang tersasar. ingin ku cerita pada seseorang namun tak terluah dengan kata-kata. terkadang terfikir apa sangatlah yang menimpa hatiku berbanding dengan orang diluar sana yang lebih berat ujiannya berbanding aku. Hakikat sebenarnya tiada tempat mengadu terbaik kecuali ALLAH.

17 Ramadan kali ini memberi makna dalam hidupku. 
aku dikejutkan dengan satu kenyataan yang benar-benar membuatkan haiku seperti dirobek, dicakar, direntap hingga aku tak mampu mengeluarkan kata-kata. saat ini aku hanya mengharap apa yang berlaku adalah mimpi. bukan kenyataan.

Rupa-rupanya 9 tahun aku memendam rasa cinta tanpa balas. pengorbanan kerana manusia ternyata amat mengecewakan. Entah kenapa semuanya terungkai dengan tiba-tiba. Ternyata aku bermain dengan perasaan sendiri. yup 9 tahun. bukan jangka masa yang pendek untuk diceritakan satu persatu. batinku menjerit penyesalan tidak terhingga. hanya air mata menjadi teman yang memahami.
inilah soal hati yang tak mampu diselindung. akhirnya aku jujur pada diri sendiri bahawa aku memang menaruh hati padanya. sayangnya hanya bertepuk sebelah tangan. Akhirnya aku akui bahawa sudah lama kututup jiwa ini buat insan selainnya.

Di sinilah aku sedar bahawa aku telah salah dalam meletakan cinta. mana mungkin 2 CINTA DALAM JIWA. jiwa ini hanya milik pencipta. jiwa ini terlalu sempit untuk dikongsi dengan cinta selainNya. andai kita mampu membuatkan Allah cemburu dengan kita, Allah lebih berkuasa untuk menguji hambaNya dengan cintaNya.

Sesungguhnya apa yang terjadi membuatkan aku terdiam dan termenung sendirian. Hanya Allah tempat mengadu, hanya Allah tempat bergantung. Hanya cinta Allah layak berada dijiwa. segalanya hanya Allah.

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU

Friday, January 22, 2016

Rintihan

Biar berlinangan air mata
Ku takkan hentikannya
Biarkan ia menyembuh luka
Hilanglah rasa duka

Tidak ku termampu merentasi liku-liku
Oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
Oh sungguh ku tak upaya

Jangan dibiarkan jerih perih kehidupan
Bisa meleraikan iman...
Kan hancur semuanya
Walaupun menitis air mata darah
Tak bisa merubah segalanya
Melainkan taubat nasuha
Moga kan diterima...
image: http://static.urx.io/units/web/urx-unit-loader.gif


Namun ku percaya
Masih ada kesudahannya
Kerana allah itu
Maha kaya maha mendengar
Rintihan hamba-hambanya
Kerana sesiapa bertaqwa kepadanya
Pasti akan ada
Jalan keluarnya
Rezeki yang tidak disangka-sangka
Cukup allah baginya berkuasa segala-galanya
Terima seadanya
Read more at http://www.songlyrics.com/hijjaz/rintihan-lyrics/#tT7jssVRDzQK44V5.99

Thursday, June 25, 2015

TAKWA

Salam Ramadhan....

                Hari ini aku berpeluang berbual dengan ayah. ayah aku ni tak banyak cakap orangnya. tapi bila ditanya soalan terutama berbentuk keagamaan maka beliau akan cepat jer mengulas. itulah kelebihan yang beliau ada.

               Hari ini agak berbeza bila ayah terus cerita pada aku berkenaan takwa. aku cuba amati setiap bait kata-kata yang dilontarkan. Katanya "amalan yang banyak jika tidak disertakan dengan takwa takkan memberi apa2 makna. buatlah berape banyak amalan tapi kalau takde ketakwaan sia-sia." Macam tulah antara tutur katanya.

               " Macam mana nk bertakwa?" sambungnya lagi. Setiap amalan yang dibuat jangan ceritakan pada orang lain. satu lagi jaga pancaindera. siapa yang boleh buat? bukan semua orang mampu"

                Aku terdiam sambil mengira-ngira segala perbuatanku. Dosa pancaindera. :(


TAKWA

Salam Ramadhan....

                Hari ini aku berpeluang berbual dengan ayah. ayah aku ni tak banyak cakap orangnya. tapi bila ditanya soalan terutama berbentuk keagamaan maka beliau akan cepat jer mengulas. itulah kelebihan yang beliau ada.

               Hari ini agak berbeza bila ayah terus cerita pada aku berkenaan takwa. aku cuba amati setiap bait kata-kata yang dilontarkan. Katanya "amalan yang banyak jika tidak disertakan dengan takwa takkan memberi apa2 makna. buatlah berape banyak amalan tapi kalau takde ketakwaan sia-sia." Macam tulah antara tutur katanya.

               " Macam mana nk bertakwa?" sambungnya lagi. Setiap amalan yang dibuat jangan ceritakan pada orang lain. satu lagi jaga pancaindera. siapa yang boleh buat? bukan semua orang mampu"

                Aku terdiam sambil mengira-ngira segala perbuatanku. Dosa pancaindera. :(


Thursday, June 18, 2015

RAMADHAN KAREEM...

Assalamualaikum ...

Pejam celik pejam celik dah 18 Jun bersamaan 1 Ramadhan. ini bermakna hampir setahun bolg ini sunyi tanpa sebarang coretan. 

Entah semangat apa yang menjelma membuat aku mengkaji semula bagaimana untuk melihat semula blog yang sudah berhabuk dan berlumut. Mengimbas kembali bagaimana nk tukar design dan sebagainya dan yang paling kelakar bila baca semula tulisan-tulisan lama. 

Oklah, belum ada idea sangat nk tulis apa tapi sebenarnya nk ucap pada semua SalamRamadhan. semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 erti dalam hidup kita semua. Semoga beroleh lailatu Qadar...Amin...