Pages

Friday, November 16, 2012

Jangan ulangi kesilapan itu...

                    Dalam meniti kehidupan terkadang kita berada di atas dan terkadang kita berada di bawah. ada kalanya kita berfikiran di atas landasan yang sebenar namun adakalanya kita tersasar. Terlalu sukar sebenarnya dalam membuat pilihan dan keputusan. apatah lagi jika kita seorang ketua atau pemimpin.yang pasti kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik. ingatlah, tiada jalan pintas untuk kejayaan.  Selebinya harus bertawakal.

                     5 Nov 2012 bermulanya peperiksaan SPM tahun ini. Dikala ini hanya tuhan yang tahu betapa gundah gulananya hati hambaNya ini apabila melihat pelajar berbaris lurus dan menadah tangan memohon keberkatan dihari pertama melangkah ke dewan peperiksaan. subjek BM. yup! subjek asas penentu kelulusan seseorang dalam peperiksaan yang besar sebelum melangkah ke IPT. Aku hanya seorang guru yang kerdil, dari segi jasad dan wibawa. Entah kenapa, terasa seperti sesuatu yang tidak kena dalam detik terakhir ini. Namun, kugagahi jua hati ini dan menunjukkan tekad agar pelajarku turut bersemangat.

                    "Cikgu, boleh tak cikgu bacakan yasin untuk kitorang mase menjawab kertas BM". entah kenapa kalimat ini terngiang-ngiang sejak aku didalam perjalanan ke sekolah pada hari itu. dan aku cuba tunaikan permintaan pelajarku itu tapi entah kenapa hatiku terus dipagut resah.

                     Habis menjawab kertas 1, aku di serbu pelajar yang melihat kelibatku. entah kenapa ya, ada yang menangis. TIDAK! aku tidak suka situasi ini. Anak-anak, perlu diberi tunjuk ajar. Guru seperti ibubapa yang perlu berlakon didepan anak-anak untuk kebaikan mereka. Aku bersikap tenang dan terus memberi semangat. "Fokus kertas 2. Lupakan Kertas 1".

                    Detik terus berlalu, aku terus memacu kenderaanku dikala pelajarku terus mencoretkan pen di kertas masing-masing untuk kertas 2. Dikejauhan, aku melihat mereka di dewan dalam keadaan sebak berbaur kesal. "Ya Allah, janganlah Engkau menghukum mereka atas kesalahan yang aku lakukan. Berilah mereka kemudahan dalam SPM".Aku tak sanggup mengadap mereka dikala keluar dewan nanti. TIDAK...aku tak sanggup.

                    kekesalan yang ku tanggung membuatkan aku seperti tidak boleh berfikir. solat, tidur. itulah penawarku ketika itu. Dalam dinihari aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari ASPURI. "Cikgu, maafkan saya, saya tak dapat buat yang terbaik cikgu" suara di corong telefon dalam nada sebak membuatkan air mataku turut bertakung. Allah....

                                                                      ***
                    Apa yang aku ceritakan bukanlah membuka pekung didada, tetapi sekadar panduan untuk yang lain agar tidak membuat kesilapan sebagaimana yang telah aku lakukan. biarlah kujelaskan apa yang terjadi sebenarnya. kekesalan itu sememangnya perlu kutangguang tetapi sesalan semalam dan tangguangjawab hari ini tidak mungkin dapat dipikul sekali. bebanannya terlalu berat. justeru, pengalaman semalam jadikanlah sandaran dalam menggapai tanggungjawab yang sebenar hari ini.

                   Sebenarnya, minggu terakhir sebelum peperiksaan, ada seorang guru yang sudah berkecimpung lama dalam Dunia Bahasa Melayu memberi aku beberapa helaian "sport soalan".  maklumat itu pula beliau dapati daripada seorang guru penggubal soalan. Prestasi sekolah itu melonjak namanya pada tahun 2011 dimana semua pelajarnya berjaya mendapat "A" dalam subjek BM. sikap ingin berkongsi denganku membuatkan aku begitu ghairah seolah-olah aku sudah tahu soalan yang bakal keluar. Aku memberikan kepada pelajarku apa yang aku dapat. Pelajarku pula teruja dan seperti hanya itu sahaja perlu dibuat ulangkaji. Pesanku pada mereka, "ini hanya ramalan, kita hanya mampu merancang, kalau keluar Alhamdulillah.. kalau x keluar.....", "innalillah..." jawab pelajarku pula sambil berseloroh. Ternyata, setelah peperiksaan berlangsung, apa yang aku amati, pelajarku tidak fokus kepada yang lain selain kertas "sport" tersebut. Hanya segelintir sahaja yang mengulangkaji keseluruhannya.

                    Ramalan itu benar-benar meleset. Dari 7 tajuk karangan yang diberi, tidak 1 pun yang keluar. Apatah lagi ada pelajarku yang terus menghafal contoh karangan yang diberi tanpa melihat lagi contoh2 karangan yang lain. Natijahnya, mereka tidak mampu mengemudi bahtera BM dikala SPM pagi itu. Kita merancang dan Allah juga merancang. Sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Ditakdirkan apa yang disport semua tak keluar. Mungkin memberi petunjuk buatku agar tidak lagi menggunakan kaedah yang melemahkan ini. Itulah yang berlaku pada Kertas 1. Guru yang berkongsi soalan itu juga seperti kesal dan mohon maaf kepadaku dengan apa yang berlaku. Tidak, aku sesekali tidak salahkan dia. niatnya baik untuk membantu anak bangsa. Namun, aku perlu gagah dalam mempertahankan pendirianku bahawa, aku perlu mengajar semua silibus kepada pelajarku dan selebihnya terpulang pada kudrat masing-masing untuk menggapai kejayaan. Segalanya terpulang pada usaha masing-masing. Guru (aku) sudah menjalankan tugasku. kini sewajarnya tiba giliran mereka untuk memilih jalan kejayaan atau kegagalan.

                   Aku bermuhasabah. Apa yang berlaku berpunca daripada kesilapanku mendidik. Sikap terlalu bersuap membuatkan pelajarku lemah. apatah lagi suapan terakhir yang hampir sahaja membunuh mereka. Dalam jangka masa yang terdekat, mereka kurang berusaha membuat ulangkaji keseluruhan dari apa yang mereka pelajari. Dari sudut jangka panjangnya pula, Pelajar yang dilatih begini tidak akan mampu berdiri sendiri di medan menuntut ilmu di menara gading kelak. Semuanya al-hasil dari didikan suapan yang melampau...

                  Aku bertekad, insyaAllah. Aku tidak akan ulangi kesilapan ini. Doaku, moga pelajar SPM 2012 mendapat kejayaan yang cukup cemerlang. Amienn....