Pages

Sunday, October 28, 2012

Sabar

                   Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!” Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.

                 Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” Firman Allah:
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).” 

                  Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

Sunday, October 14, 2012

"kasih sayang"

                   Jari jemariku menekan keyboard dengan perasaan yang agak hambar. tiada perkara yang membuatkanku teruja untuk menaip ketika ini. tetapi entah kenapa kuteruskan jua langkah ini tanpa arah tuju yang sebenar.

                  Hmm...terasa sunyi kadang2 hidup ni. kawan2 sume dah ade tanggungjawab. aku? masih di hentian ini. mungkin menunggu sang putera berkuda putih menjemput. terkadang aku terfikir, di mana ya mereka2 yang rapat denganku suatu ketika dulu? apehal daa..aku nie, cam nk wat karangan plak. xpela, layannn...

                  Memori silam terkadang menjengah. satu persatu bayangan mereka bermain jelas di mataku. ermmm, siapa ya yang aku sukar nk lupakan dalam hidup ini? hmmmm, tiba-tiba teringat aku ketika sekolah rendah,  yati. walaupun rapat tapi sering bercakaran. nama sebenarnya Mariati Abu, aku M..A jugak. kdg2 jd trade mark kami, MAMA. tah pape. Tapi yang aku suka kawan, namenye Faezah. hehe. mungkin sebab aku minat kat abang die kot. SA gitu...minat dalam diam. ape laa aku ni, sekolah rendah dah nk minat2. ceh. haha...dah bahagia pun die skang. tapi dalam mase yang same aku suke kawan ngan Ummu, kawan baik sampai aku beso. wat mase ni die jela yang single cam aku.
             
                 Sekola men, aku ade geng gak. 4 orang. Jun, Noni, Why dan aku. Jun jer yang msh jd geng aku sampai skang. kat matrik, kwn baik aku lelaki. seyez. walaupun aku dulu jenis "gonjol" tp hakikatnya aku sebenarnye jenis pemalu dengan lelaki. Zam. budak muar jugak. rajin call aku tp sejak die dah nikah, jarang betol kontek aku. isterinya cemburu. begitulah menurutnya hinggakan hp nyer sering di godam dihadapannye. biarlah, hal rumah tangga diorang. tp kes aku ngan die ni blh dikatekan sahabat baik. kitorang dlu slalu syer masalah.

               Ops! ade 1 orng yang aku hampir terlupe, pakwe aku. ehhh. hehe...tersilu pulak. aku mule couple mase aku sem last kat U. Aku terima nikahnye, ehh sasul lagi...aku terima dirinya sebagai ehem2 dalam phon jer than terus x jumpe2 sampai 5 tahun lamenyer. pastu STOPPPP!!!!. time tu aku lek jer. susahnyer cinte jarak jauh. sejauh padang pasir. katenyer die skang ajo J-kaf kat sabah dan dah nk kawen ngan gadis selangor. huhu..

              Camtulah, laluan hidupku bersama rakan tersayang. inilah kelemahanku sejak dulu, aku sukar nk melafazkan sayang kat orang yang aku sayang. bagi aku cukuplah sekadar aku menunjukkan perbuatan atau "take care". dulu bagiku kata2 "sayang" amat mahal dan aku akan berikan hanya untuk orang yang aku sayang. tp akhirnya aku sedar. rupenye dengan melafaskan kata2 sayang pada sesiapa jua yang kita sayang maka akan membuatkan jiwaku lembut.  terkadang aku cemburu dengan sikap orang sekelilingku yang mudah melafazkannya.  yup, aku cuba untuk berterus terang pada kalian, aku sayang korang sume. luv u all..

             Terima kasih buat adikku ****** atas kesedaran ini dan aku akan menyayangimu sampai bila2. InsyaAllah.