Pages

Sunday, December 18, 2011

KDC JAJ

            Salam buat semua. haha..lame beb tak syer cite. tp kali ni biar aku wat short story bukan story board tau (kesan blajar TMK). hmmm....mane nk mule ek.
            Oklah interaksi kali nie bermula 23/ 11 - 19/12. Dr tarikh nie, macam2 cite lau nk story. leh jadi episod lg. wahhh... tp xpe biar aku ringkaskan. remain balik ape yg jadi dalam 1 ms 1 bulan kat IPG. kali nie ms daftar agak awal la gak tp dapat tingkat 2. bilik x same cam dlu. tp oklah...dekat ngan bilik tv lak. ms mula2 masuk letrik putus, aku blk Kota ikut kwn aku. sumenye bz siapkan asgmn terkhir. bile dah mula kuliah...present jer kjenyer. x abis2. hari2 penuh dengan debaran. mane x nyer. kne kedepan pastu org lain soal, lau x dpt jwb huh!
            Haa...antra byk2 subjek paling best time aku present pasal tokoh ngan artifak.  aku wat kajian pasal kiyai salleh yang ade parang terbang. pulak tu artifak aku wat makam panglima lidah hitam. x pasal2 dapat gelaran "mistik" dr lecture ngan kwn2. hahaha... tp yg x best, artifak aku ni salah. itu monumen. ape lagi....kene betulkan balik la...at last aku wat batu giling. lau sng2 nnt aku syer hasil kajian aku ek.
            oklah, pendek cite dalam subjek kegemaranku, PM Dr Maskiah. wahh..hari2 penuh debaran. kejap kene bercerita, kejap kene bersajak, kejap kne berlakon. sume tu kne wat. alhamdulillah. sume ok. ade gak rakam video..tp segan nk tunjuk. time bercerita, aku jadi si luncai dengan labu2nye. ape lagi bwk labu real. dah abis cerita, aku bg la kat Dr labu tu, kne perli lak kate aku rasuah....hehe. mcm2 gelaran kne. mai pumkin (labu) la..mai labu la...mai rasuah la..... aduhai macam2. tp sampai nie, gelaran yang lekat "mai mistik". layannnn....:D
           Dalam bab Koko, pengakap ku. haa...nk cite sket. bj uniform kitorang lawo. hukkhukk.. tapi  nk cite dalam bab team work, sedey woo. group aku 12 org. 4 lelaki 8 pempuan. yg aku geram lelaki ni. sume x reti kawad. aku rase kump akula yg plg teruk. tp rupenyer ade lg yang senasib dengnku. mmg mula2 rase sedey..tp aku teringt apa yang aku bc tulisan ust Pahrol...
          
             "Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.

              Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga."

              Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja."

               Erm..bestkan tulisannya. interaksi kali nie mmg best lau compare yg sebelom. moga aku n rakan2 sukses semuanya dalam semua subjek. amien....

















            

Monday, November 21, 2011

Slamat bercuti sekolah

            waaahhhh...lame sungguh  tak update blog.. haha. byk sebenonye nk cite tp tak tertulis plak kang. hmm....dah cuti sekolah pun. spm pulak tengah berlangsung. Madah BM dah lepas. insyaAllah pelajar2 aku leh jawab. amienn...

           Dalam keadaan yang makin terdesak nie, boleh pulak aku update blog nie. time nila nk siapkan asgmn, time nila nk cari barang, time nila nk tande paper. huhu. hebat gak aku. haa... nk tau cite x, berat aku dah turun dalam 2kg lg. harap2 dapat mantainkan or turunkan lagi. sumenye bermula gara2 tersalah makan. kene sakit perut 2,3 hari. pastu sibuk ngan macam2 hal. tido lewat bgn awal. tp bila dapat balas dendam tu diaa......pas iysak terus tido. hahahah (ratu tido)  :-p
         
               Aku nk syer satu cite. Mase meyuarat last hari tu punye pasal. aku x puas hati satu perkara. ade sorang cikgu ni suke nk senang jer. tak fikir masalah org lain. bayangkanlah kitorang thn depan ade praktikal, die ni pulak langsung taknak beralah nak kelas dewasa dan kelas pertama lak. kalau dibantah ade plak kang perang dunia ke -3. dah tau perangainya malas nak layan. Pendek kata aku cuba terima seadanya. "Dengan anak2 pelajar jangan pilih kasih", bak kata GPK Hem. Than aku teringat satu kata2 hikmah "jika kita tidak dapat apa yang kita suka, sukalah apa yang kita dapat".

             Dalam mase yang sama, jiwa aku kacau plak. entahlah. tiba2 aku terasa sunyi. takde kawan nk diajak berborak, nk syer cite...(sedey lak). hmm, aku dah takde kawan baik dah. Dulu aku ade kawan baik, zam. rajin caling2. haha. tp die dah kawen. pulak tue, dulu aku ade adik angkat tau. Tp, dah kawen gak. Pastu aku ade kwn baik kat sekola, slalu syer cite, raya lepas dah kawen. aduhhh!. Aku ade gak baik ngan pelajar aku tp.....entahla. Bukan aku xde kawan kat sekola, ade je, tapi sekadar disekolah jela. nk bermesej..hmmmm, jgn harapla. Masing2 ade keluarga.

               Macam manapun aku kene bersyukur. aku ada mak ayah. la ni aku ade bela ikan puyu. 5 eko. aku gelak sorang2 lau tengok telatahnye. alamak, xde plak gambo aku nk tunjuk. mak ayah aku hadiah kat aku. hehe... yang uruskan abg ipo aku, bole plak mereka2 berpakat pasal aku. terharu beb!

              Oh ya, aku lupa, aku ada kawan kat blog ni. erm, thanks ek sudi jadi kawan aku yang tak sempurna mana ni. harap2 sepanjang aku blajo kat IPG nie, aku tak terasa sunyi. doakan ek aku dapat blajo ngan tenang dan dapat wat yang terbaik. Amienn.... thanks ya ;-)

Saturday, October 15, 2011

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.

            selamat berhujung minggu kepada pembaca blog sekalian. sebenarnya aku sedang dihambat kesempitan masa dalam menyaipkan asgmn dan mengulangkaji topik subjek bm spm yang hanya tinggal 31 hari je lagi. namun aku gagahi jua untuk berkongsi sedikit ilmu buat semua. kalau sebelum nie aku asyik bercerita kisah silamku dan kesilapan yang pernah aku lakukan. hari ini aku rase biarlah aku jelaskan apakah yang wajar dialakukan oleh seorang guru andai ada masalah yang dilakukan oleh pelajar. semua ini berlaku dalam hidupku sebagai penduan dan pengajaran diriku jua agak tidak melakukan kesiapan yang sama dalam menghukum pelajar.
           
             Aku bawakan satu kes yang biasa dilakukan pelajar, kes pelajar membawa hp ke sekolah atau ke asrama dan sebagainya . Persoalannya apakah tindakan wajar yang dilakukan guru? soalan ini agak biasa dan tindakan yang diambil biasanya iaitu merotan atau merampas dan memberitahu penjaga.

              Tapi perlu diingat seseorang guru itu tidak wajar untuk menyelongkar apa sahaja yang ada di dalam hp pelajar tersebut sama ada gambarnya apatahlagi mesejnyer...itu adalah hak pelajar dan "privercy" bg dirinya. Begitu juga halnya antara anak dan ibubapa ada hak peribadinya yang tidak boleh dicampur. tidak terlepas juga halnya antara suami dan isteri masing2 ada hak peribadinya yang tersendiri yang tidak boleh dikongsi. untuk kes seperti ini. perlu diingatkan diary seseorang juga adalah hak peribadi seseorang yang tidak boleh diselongkar.

              Kita lihat pula situasi andainya seorang guru itu bertindak melihat isi hp tersebut dan terlihat olehnya gambar pelajarnya tengah berpegang tangan atau sebagainya yang melanggar syariat Islam, bagaimana? adakah guru itu berhak menegur akhlak pelajar tersebut walaupun untuk kebaikan? Jawapannya TIDAK! Kenapa? sebab kesalahan pelajar tersebut adalah membawa hp sahaja. malah tindakan guru yang melihat gambar di hp pelajar itu adalah melanggar etika manusia dan islam. Malahan guru itulah sebenarnya yang wajar dihukum. Kita kaitkan pula kisah Robin Hood yang mencuri harta si kaya dan diberi kepada golongan miskin, adakah wajar tindakannya mencuri harta si kaya walaupun tujuannya untuk kebaikan?

            Oleh itu tindakan seorang guru hanyalah merampas hp tersebut dan kenakan tindakan disiplin kepada pelajar itu. pendek kata terpulang pada tindakan guru disiplin. ingat! hanya guru disiplin dan pengetua sahaja yang berhak merotan pelajar yang melakukan masalah disiplin. 

             Izinkan aku mengupas sedikit berkaitan isu yang aku ketengahkan ini. kewajaran guru  tidak boleh menyelongkar hp pelajar adalah kerana  Islam bukan mencari salah org..tapi islam membetulkan ape yg salah...kita  kene ingat islam ni terbentuk utk tegakkan 5 perkara..
  1. agama
  2. harta
  3. akal
  4. keturunan
  5. maruah...
              Cara menyelongkar tadi tu dah langgar etika juge maruah org...ape lagi sesame islam..walaupun pada hakikatnya kita terfikir tindakan kita adalah untuk membentuk kebaikan.

Sunday, October 9, 2011

Dosa silam

             Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)
            Dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24

            Ibnu Khatir  menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”
 
             Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

            Apa yang ingin ku ungkapkan adalah berkaitan kisah silam yang menghantui diriku yang serba banyak mehenyak jiwaku hingga dihambat perasaan resah dan gelisah. entah kenapa, BIG yang kuikuti baru-baru ini  membuatkan aku seolah-olah rasa tertampar dengan kisah silamku yang begitu mengaibkan. sepanjang bergelar guru, tiada perkara yang boleh menjadi kebanggaanku. Semuanya penyesalan al hasil dari tindakan meluluku terhadap pelajarku. Amarah yang membelengguku membuatkan aku terasa diri sangat berkuasa dan akulah orang yang selayaknya ditakuti dan ditaati oleh pelajarku. Kesannya, banyak dari tindakanku menghukum dengan cara yang salah dan adakalanya tersalah menghukum...Andai ditakdirkan kita boleh berpatah balik ke zaman silam, akulah orang pertama yang berada dibarisan utama. 

             "Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai". secebis kata dari doa taubat yang sering dialunkan. walaupun pasir hanyalah simbolik dari kiasan dosa, mampukah kita membersihkannya. Walauapapun, ingatlah Rahmat ALLAH maha luas meliputi langit dan bumi serta seluruh isi alam. moga taubat kita diterima oleh Nya. ..
           

Saturday, October 1, 2011

Aku dan Cinta

            Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan! 
 
            Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah. 

          Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah. 

            Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

             Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Al hasil, apabila tabir percintaan berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian. Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia, kita terpaksa mengenali perubahan itu. Mustahil, masakan tidak, untuk mengenali hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

            Nasihatku buat yang dilamun cinta, tidak kira siapapun anda, remaja atau dewasa, awasilah diri dari dihanyut nafsu. Nafsu hanya menjerat kita untuk nikmat yang sementara dan sesal yang tiada sudah. utamakanlah yang lebih utama. Buat remaja dan penuntut amnya, kejarlah cita-cita nescara akan hadir jua cinta. Dan cinta sejati hanyalah untuk Allah.

            Aku bukanlah insan yang sempurna mana. Ini adalah sekadar sedikit coretan yang kuubah entri tanpa mengubah maksud asal dari blog gentarasa yang kukita dapat untuk memberi sedikit peringatan buat yang hanyut. Aku juga pernah melalui cinta manusia dan aku jua pernah dibayangi 1001 rasa rindu. cume bezanya ketika itu aku sudah memegang segulung ijazah. Dalam suasana persekolahan, jika ada dalam kalangan pelajarku yang hanyut, aku akan termenung sendirian dan bermain dengan bermacam2 persoalan. Mampukah mereka mengawal "nafsu" sedangkan tindakan selalu melulu.? mampukah mereka mengawal "rindu" sedang "buku" masih dibahu? hingga lidah terkelu bila disoal guru.



Thursday, September 22, 2011

Kita Semakin Lemah

            siaran radio pagi nie manggamit hatiku untuk menulis sedikit bingkisan dari nasihat yang dilontar ke cuping telingaku. kupasan ustaz tu walaupun tidak dapat kudengar sepenuhnya tapi mampu membuatkan hati ini terasa kerdil.
            ummat manusia kini semakin lemah dan mudah untuk diserang musuh. percaya atau tidak sebenarnya kita lemah dan sentiasa bekerja dan hidup lebih mengutamakan nafsu dan ego. sedangkan para sahabat hidupnya penuh takwa dan mengharapkan segalanya untuk Allah. manusia sekarang bekerja untuk bermegah dan melakukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang hebat dan wajar untuk dikagumi. sehingga akhirnya manusia islam terutamanya menjadi lemah dan mudah kalah apabila diuji dengan pangkat dan harta.
             Lembaran sejarahku dan catatan nota hidupku juga tidak terlepas dari semua ini. aku juga tidak terlepas dari mengharapkan perhatian orang lain apabila melakukan sesuatu kerja. sememangnya aku akan cemburu apabila ada orang lain yang lebih hebat dariku namun sikap apabila kita dipuji membuatkan aku terasa bangga dan ingin dilihat hebat.
             Hmmmm, susah sebenarnya untuk kita mengawal diri ini kan. walau apapun kita kena ingat kita sukar untuk merubah orang lain untuk menjadi baik namun, apa yang mampu untuk kita lakukan adalah kita cuba untuk memperbaiki diri dan menjadi umat / hamba Allah yang baik. semoga Allah memelihara diri ini dari sifat mazmumah dan dilimpahi taufik hidayah-Nya.

           

Saturday, September 17, 2011

hidup yang sementara

            Aku dapat berita ketika sedang sibuk siapkan asgmn kat bilik guru. tiba2 ada seseorang datang menyapa dan memberitahu orang kampung aku meninggal dunia. lelaki dalam lingkungan umur 50an rasanya. sudah berkeluarga dan ada anak.
            Kematian menjemputnya tanpa disangka. sepanjang malam dikatakan beliau mengikut rombongan marhaban dari rumah ke rumah dan pagi itu dia masih sempat menghantar anaknya ke sekolah seperti biasa. setelah pulang ke rumah dikatakan Almarhum mandi dan terjatuh. isterinya mendapatkannya dan menghantar ke hospital memandangkan kerisauan melihat keadaannya. setelah sampai ke hospital, pihak hospital memaklumkan kepada isterinya bahawa dia telah kembali. Al-fatihah kepada Allahyarham.
            Begitulah serba ringkas yang dapat aku ceritakan berkaitan saudaraku yang baru je berangkat ke alam barzakh. jatuh di bilik air hanya dijadikan sebab. itu kisah dia, tapi bagaimana pula kita?? adakah kita boleh menjamin bahawa kita akan dapat lihat hari esok.?
             kebiasannya, kita akan lebih cenderung berfikir perkara berbentuk keduniaan. mungkin berkaitan untuk membeli kereta baru, mungkin juga ingin bergaji besar dan paling tidak nk memiliki kasut mahal. ermm, mungkin! tapi dalam kesibukan diri kita jarang berfikir nk tambahkan amalan. ada kalanya amalan sunat seperti membaca quran pun ditangguh. solat yang 5 kali tu pun dikerjakan sepantas yang mungkin hingga tiada istilah to'madinah. itulah yang berlaku.

              Fikiran kita juga seringkali dihenyak dengan bermacam2 perkara berkaitan manusia disekeliling kita dengan pelbagai persoalan2 yang timbul...."bila nk ada partner?", kalau lom kawen, kalau dah kawen plak "bila nk ada anak?". sume tu meracuni fikiran kita. tapi bagi yang masih belajar, soalan yang biasa ditanya, bila nak masuk "U" ?, pastu bila dah abis blajo tanye plak ..bila nak keje?....macam tulah kehidupan. persoalan demi persoalan membuatkan kita stress dan hanyut dengan perasaan cemburu apabila orang lain sudah mengecapi seluruhnya.
 
            kenapa ya jarang orang tanya, dah cukup amalan?, paling tidak kita dengar pun "dah solat?" itupun jarang. tapi takkanlah kita nak tanye kat orang "bila awak nk meninggal?". ade kang kene penampo..meninggal terus..hahahahaha...
            Walauapapun yang berlaku, kita perlulah sentiasa bersedia menghadapi kematian, walau sesibuk manapun, imbanglah antara duniawi dan ukhrawi. semoga kita sama2 dalam lindungan taufik dan hidayahnya. amiennn..

Thursday, September 8, 2011

Erti kesyukuran...

             Sesiapa yang mengucapkan perasaan syukur dalam keadaan dia sebenarnya mengalami kedukaan, dialah akan dilimpahi berbagai-bagai kebaikan oleh Allah. Janji ini dinyatakan oleh Allah melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 156 hingga ayat 157 bermaksud: “Orang-orang yang apabila ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”
             Mereka itu ialah orang yang dilimpahi berbagai-bagai kebaikan daripada Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.”
InsyaAllah.

bersyukurkah kita sejak dilahirkan?

               Dalam kesibukan diri melayari bahtera kehidupan ini, banyak dugaan dan cabaran yang kita temui, mungkin ada cabaran yang berjaya kita harungi, dan ada yang sebaliknya.
                                                                                     
Sifat Syukur
Syukur adalah satu sifat yang sangat penting di dalam diri seseorang. Tanpa syukur, seorang manusia itu akan lupa daratan dan sentiasa merasakan diri merekalah yang sebenarnya sempurna dan berkuasa. Lihat sahaja kepada contoh golongan yang tidak bersyukur yang telah dinukilkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran sebagai iktibar kepada hamba-Nya.

Firaun Dan Pengikutnya
             Firaun adalah seorang raja yang telah diberikan keistimewaan oleh Allah S.W.T dengan tidak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Di samping itu juga, dia diberikan sebuah kerajaan yang sagat besar dan kuat iaitu kerajaan Mesir ketika itu. Tetapi malangnya, Firaun menjadi sombong dan lupa diri.
Oleh kerana keistimewaanya itu, dia merasakan dirinya adalah Tuhan yang patut disembah - dia menyuruh seluruh rakyatnya menyembah dirinya. Sehinggakan Allah S.W.T mengutuskan Nabi Musa a.s. untuk menjadi petunjuk ke atas rakyat yang telah dizalimi tadi.
               Allah S.W.T juga memberi balasan yang setimpal ke atas perbuatan angkuh Firaun itu dengan menenggelamkan dia di Laut Merah sewaktu cuba membunuh Nabi Musa a.s. Begitu juga yang terjadi ke atas Haman; perdana menteri yang dilantik ketika pemerintahan Firaun. Dia banyak menghabiskan duit rakyat dan sentiasa mengampu Firaun dengan kata-kata manis untuk mengekalkan kedudukannya selaku perdana menteri; orang yang kedua tertinggi dalam kerajaan Firaun laknatullah.

Kisah Raja Namrud
               Raja Namrud juga salah satu contoh manusia yang tidak bersyukur atas pemberian Ilahi, bukan sahaja bersifat angkuh tetapi dia mahu membakarnya hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s. yang diutuskan oleh Allah ke atas kaum mereka. Namun dengan sifat kasih sayang Allah S.W.T, api yang sepatutnya bersifat panas dan membakar menjadi dingin dan selamat untuk Nabi Ibrahim a.s. dan Namrud pula akhirnya dimusnahkan dengan dihantar seekor nyamuk yang masuk ke dalam kepalanya untuk memakan otaknya.

Manusia Yang Paling Sabar
             Nabi Ayub dikurniakan kesempurnaan kehidupan oleh Allah S.W.T. Baginda dikurniakan harta yang banyak dan keluarga yang bahagia, tetapi kuasa Allah S.W.T lebih hebat apabila menguji baginda dengan menarik sedikit demi sedikit nikmat yang telah dikurniakan-Nya kepada Nabi Ayub. Ia bermula dengan harta yang semakin berkurangan, anak-anak yang meninggal dunia dan seterusnya dengan penyakit sopak yang menjijikkan.

                                                                       * * *

              Walau siapapun kita, ada ketikanya kita begitu cemburu dengan nikmat yang dikurniakan kepada orang sekeliling kita. mungkin orang itu lebih pandai dari kita, atau mungkin orang itu lebih kaya dari kita. sifat cemburu dengan nikmat orang lain ada kalanya mendesak seseorang berhasad dengki dengan menyenangi apabila orang lain ditimpa kesusahan.
              Cara terbaik untuk kita memujuk diri kita adalah kita bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan kepada kita. kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. sebaik-baik perancangan adalah dari Allah jua. Allah yang menciptakan kita, dan Allah yang lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita. janganlah kita asyik memikirkan hal yang diluar kemampuan kita. semoga post kali mendapat manfaat bersama.
               Wallahualam.

Wednesday, August 31, 2011

Puasa dulu ngan skang...

             Al-kisah tersebutlah kisah bermulanya puasa pada tahun ini bermula 1 Ogos. ishh, intro cam prosa klasik lak. 2011 & 2010. ada beza antara keduanya.
             2010 aku puasa kat asrama. segalanya di asrama. termasuklah sahur, berbuka semua ngan rakan sewarden n kadang2 ngan pelajar aspuri. terawih sama2, bercerita bersama2, tido pun pernah bersama2. hmm, adakalanya pergi bazar ramadhan pun same2. hehe...acara kemuncak ramadhan kitorang akan wat bbq. bakar ayam sama2. tp dalam kemeriahan itu aku terasa sayu hinggalah pintu hatiku terbuka untuk berhenti jadi warden. berakhirnya aku bergelar warden adalah pada malam terakhir sebelom cuti berhari raya. time tu aku wat keputusan 3 hari sebelum cuti. x sangka lak permohonan aku diperkenan tuan pengetua. dan kenapa ya aku wat keputusan yang singkat???, hanya 3 hari. biarlah hanya Allah yang tahu. ha! nk tengok x gambo kenangan aku...pastinya semua ini hanya tinggal kenangan. terima kasih semua kerana pernah hadir dalam kamus hidupku...

acara bbq (thanks hana hani 4 sponsor)
sebahagian dr pelajar time makan2.


inilah bermula acara majlis perpisahanku....


surprise 4 me...
sebahagian dari pelajar aspuri meraikanku...

mungkinkah amanat terakhir..??
tata aspuri....

apakah erti sebuah tangisan?? (alamak sedey la pulak)

               2011 ni aku puasa di rumah dan segalanya di rumah. tanpa dikelilingi anak2 didik tp aku bersama keluarga. hari sabtu ahad mak tempah aku tolong wat kuih. x sempat p mana lau cuti. tahun nie, 4 kali aku buka kat luar ataranya ngan pelajar kelasku. time tu kitorang p beli baju kat tangkak. at least terubat gak rindu aku buka puasa ngan plajar. dan puasa kali ini aku dengan tarawih ngan masyarakat kampung bukan lagi ngan plajar. buka puasa pun ada gak ngan masyarakat situ. eh! aktiviti kemasyarakatan kan! hehe...dlu campur budak thn ni campur org tua plak tanpa bbq. apapun, sebagai manusia kita perlu memperbaiki kelemahan diri. perbandingan dahulu dengan sekarang sebenarnya penting untuk kita belajar dari kesilapan. dan perlunya mengubah hidup ke arah yang lebih baik agar tidak tergolong dalam orang yang rugi.
           Andai dipanjangkan usia, bertemulah kita dalam Ramadhan yang akan datang. entah apa pula ceritanya. jika tidak diizinkanNya, maka inilah kenangan Ramadhan terakhir buatku. mohon maaf zahir dan batin.


 
cari kain...
              






Sunday, August 21, 2011

kekosongan

            Ehemm!!..slamat menjalani ibadah puasa yea. kali ni just nk berkongsi cerita hal jiwa manusia. Ape tue...jeng--jeng..jeng. Kita selalu jer tengok status fb antara rakan kita yang tulis "boring, bosan" dll. sume hal nie sebenarnye berkaitan jiwa manusia yang kekosongan.
           Apa sebab jiwa kita kosong? semuanya dikaitkan dengan iman. jika kita tidak melatih jiwa kita dengan keimanan, maka akan hadirlah rasa "kosong" itu dan secara tak langsung kita akan rasa bahawa hidup ini macam tak bermakna.
           Jika kita kaitkan rasa rasa cinta pula, apa yang berlaku adalah kita akan rasakan orang yang kita sayang adalah segalanya bagi kita. terutamanya yang bercouple. andai hubungan itu terjalan tanpa berlandaskan iman, maka jiwa yang kosong itu akan menghambat berjuta rasa resah dan gelisah.
           Aku, adalah salah seorang yang dari berbillion manusia dimuka bumi ini yang pernah diziarahi "kekosongan". perasaan ingin menjerit menghimpit dan membelit jiwa hingga terkadang rasa sepi dan diburu mimpi ngeri. rasa diri tidak berpijak dibumi nyata dan tiada matlamat hidup.
           Marilah...kita mengorak langkah. sedar dari lena yang panjang. usirlah "kekosongan" itu dan pesan kepadanya agar jangan sesekali mengunjungi diri ini lagi. manfaatkanlah Ramadhan ini. semoga kita semua mendapat taufik dan hidayahnya serta ditemukan dengan Lailatul Qadar. Amiennn...





Monday, August 1, 2011

celebrate belated birthday cikgu Mai Silu

            Tanggal 28 Julai 2011 mungkin tak dapat aku lupakan sampai bila2. bagi aku inilah antara kenangan yang cukup manis untuk dikenang sepanjang bergelar guru kelas 5A1. cukup mengharukan.

            Hari Rabu sebelum itu, wakil pelajar kelas ada bg tau ada makan2 Khamis malam Jumaat. diorang ni tanyelah aku free ke x? mlm ni klau ikutkan aku ade aktiviti kemasyarakatan aku. ada majlis makan2 kat rumah Mak Rai. bile sebut je nama nie, sume org tau makan mesti sedap dan macam2. hehe.... Mengenangkan kesungguhan pelajarku maka aku hadir juga jamuan yang mereka adakan. majlis penutup sebelum puasa kot. haha..
            Oklah, dipendekkan cite, pelajar aku nie rupe2nye nak sambut bestday aku yang dah sebulan lebih lepas. hmm..x sangka tol aku. ingtkan nk sambut pelajar yg lahir bln 6-8. camtulah. 
            
acara baru bermula
jom potong kek

wajah teruja dapat hadiah


so nice ...
yummm..yummm
           Adakalanya, aku pernah berperasaan tidak dihargai. pernah aku berhempas pulas dalam melaksanakan satu2 tugas, namun tidak diberi penghargaan. terkadang aku mengingatkan diriku, apa jua yang aku lakukan mestilah dengan hati yang ikhlas hanya kerana Allah. barulah kita akan merasa lega. bagi aku, usaha pelajarku untuk menggembirakan aku adalah merupakan satu anugerah yang tidak dimiliki oleh guru yang lain disekolahku. betapa berat ujian yang kita terima sebenarnya begitu sedikit jika dibandingkan dengan nikmat yang dianugerahkan kepada kita.

           Terkadang aku terfikir, adakah aku sudah cukup sempurna menjadi guru kelas bagi mereka? adakah aku sudah menjadi guru kelas yang baik hingga aku diraikan dalam majlis yang cukup meriah? bagiku sepanjang usiaku menyambut hari lahir bersama rakan dan taulan, inilah antara yang cukup mengharukan. "TERIMA KASIH 5A1". DOAKAN DAKU MENJADI GURU KELAS YANG BAIK DAN SEMOGA KALIAN SUKSES SELALU...AMIEN

Tuesday, July 26, 2011

Aktiviti kemasyarakatan

             Salam kalian semua. hmm...jap jekan dah nk ramadhan. ingt lg bulan puase yg lepas. cume kali ni sepanjang puasa aku kat rumah dah tak cam dlu. harap lebih bermakna bersama kluarga. sepanjang puasa ni aku dah cakap awal2 dah aku x mau wat kelas. lau terdesak may b aku wat petang, tp sian plak budak tak larat. aku kan baik..hehe.. malam mmg aku x mau wat kelas beb! dlu punyer cite aku wat sbb  tmpt tinggalku ngan blok sekolah tu sekangkang kera... tue dia..cam penah je kera tu kang kang kat situ. cit!

            hari kat sekola cam best jer..mula dr p&P sampailah ke meeting sampai wat ULBS. sampai rumah dalam kul 6ptg. lewat meh..kalah pengetua. haha. malam lak aku ade aktiviti kemasyarakatan kat kg aku.

            bercerita tang aktiviti kemasyarakatan, lau aku cakap ngan student aku mesti diorang gelak. aku pun x paham. penting beb hidup bermasyarakat nih. may b diorang x tau kot ape yg aku maksudkan. aktiviti ni ade 2 kali dlam 1 minggu. malam Rabu ngan Jumaat. dalam memasyarakatkan diri ni aku merupakan ahli termuda walaupun umurku hampir 30an. pelik meh. hehe...masih kategori muda ke aku ni? almaklumlah..aku campur ngan makcik n atok kat kg tu yg majoritinya umo 45 ke atas logikla aku muda. cer kat sekolah..fuhhhh....remaja purba beb. hahaha...

             malam ni mlm penutup sempena sambut ramadhan than ade la yg bwk mee, kuih dlln. aku tolong makan. afdal la gak sbb memeriahkan majlis penutup aktiviti masyarakat RABU. pastu Jumaat ni lak, pun ade gak satu lagi majlis penutup aktiviti masyarakat JUMAAT. hah! paham x aku citer ape nih. lau x phm wat2 la paham ek. ngee~~

             camne nk jg badan ni, asyik makan malam jer...tp xpela kan dah nak puasa. hmmm...semoga kita sama2 dapat manfaatkan ramadhan tahun ni dan bermulanya aktiviti masyarakat RAMADHANKU....kita jumpa di saaaaanaaaaaa.......;)
jom tambah amalan ...

Thursday, July 14, 2011

tak tau lah..

            sebenarnye x tau nk cite hati ni camne. entahlah. kadang2 tenang kdg2 serabut. camtulah. keje banyak bertimbun. ngan nak tanda ngan nak siapkan asgman..huh. sume tergendala. 
            sabtu ni aku kene jadi pengapit pengantin. tapi ade yang tegur ckp yang aku ni termenung. patutnya pengantin termenung bukan pengapit. hehe..
            soal jodoh. hmm...ssh nak cakap. dah nk kawin kwn aku nan sorang ni. nnt aku mesti takde kawan da. yealah, die dah ade komitmen. baru2 ni ada orang kontek aku nak kenalkan aku ngan someone. tp tah nape bila orang tu cite peribadi mamat tu aku cam berkenan plak. die ada gak add fb aku, tapi tah nape jahat tol hati aku. bila tengok gambar die aku cam kurang berkenan. nampak sgt aku ni pandang luaran. dan ternyatalah hati aku kotor. tiba2 aku sedih sendiri. sape jer yang tau hati aku. huhu...
terbanglah..dan terokai dunia. jangan bersedih walaupun sendirian.
            aku cuba tok jadi seorang yang tabah. mudah tersenyum..dan bahagia.. doakan ya :)


            

Sunday, July 10, 2011

menggamit kenangan II

             Hehe..bersua kita kembali. maafla lame sgt rasanya nk continue cite nan satu nih. jom ikuti seterusnya...

             Oklah, past aku sekolah kat bakri, adelah dalam 4 hari tiba2 time agihan buku teks n buku tulis, aku ternampak mak aku kat luo kelas. pelik meh. rupe2nye mak aku nk bg tau yang aku dapat tawaran blajar kat SEDAR Muar. rancangan khas gitu. ececehhh...

            Dalam mase yang sama, masa sekolah agama petang, cikgu sekolah aku ada bg semangat kat aku lau aku minat arab, die soh aku blajar kat sekolah mane tah. secara sambilan. aku tak ingat lorh sekolah mane tah cikgu aku sebut. dipendekkan cite time aku form 3, tengah dok sibuk nak exam PMR, ayah aku tergerak hati nak ajo aku kat rumah secara sambilan. aku hafalla "tasrif feel" yang macam2. ayah aku siap bg kitab yang ayah aku karang sendiri. katanye, dulu nak anto kat penerbitan tapi tak jadi. pastu ayah aku siap target, katenye lau aku betul2 blajar, dlam 1,2 bulan dah leh tulis karangan plak. ayah aku ada bg cadangan gak kalau aku nk, aku boleh terus p sekolah arab kat muar, pas abis waktu sekolah biasa. tp atas kekangan ada kelas tambahan kat sekolah waktu petang aku terpaksa batalkan niat. than tah camne tah, aku terhenti blajar arab ngan ayah aku. mungkin atas 2 sebab. 1-aku bz nk PMR, 2- kesihatan ayah.

            Hmmm, tak habis setakat nie, azamku nak blajar bahasa arab terus berkobar2. pas SPM, sementara tunggu keputusan, aku tekad nk blajar arab secara sepenuh masa. maka, aku siap tempah baju putih baru semata2 nk sekolah semula. bermulalah rentetan hidupku sebagai pelajar di sebuah sekolah arab di jalan Mariam ketika itu. aku bercampur dengan pelajar tingkatan 1,2 dan 3. masa aku daftar masuk tu, aku berkenalan gak ngan pelajar yang lain seperti aku. 4 orang termasuk aku yang mengikuti aliran arab sahaja. atau dengan gelaran yang lainnya, pelajar terapung. hehe.. 3 pempuan sorang lelaki. yang aku bengang tu, ramai ingat aku ni pelajar baru form 1. perghhh, geram tol.

           Tapi sepanjang aku bergelar pelajar kat situ, aku tak ramai kawan. penat pun ye jugak sebab time balik aku kene jalan kaki sampai bus stand. jauh beb. pastu lak geng aku yang 3 org lg tu sumenye cg sekolah petang. jadi dalam kul 12 diorang dah blik. tinggal aku sorang2. x best tol. hah, lau nak tau aku selalu dapat pujian sebab selalu dapat hafal habis ape yang cg aku soh hafal. hehe.. ade gak pengalaman aku kene ngurat ngan budak2 bawah umo kat sekolah tu. apelah..bengong tol diorang. hahahaha....

            Siapa sangaka mase aku wat homework, ayah aku sanggup tunggu sampai malam semata2 nk bantu mana2 yang tak faham. aku abadikan masa dengan sebaiknya. namun, sampailah satu ketika keputusan SPM ku keluar. keputusannku agak memberangsangkan. pendek kata layak utk ke matrik atau ipta. disinilah, bagiku ujian buatku dalam menentu hala tuju masa depanku. aku bersama teman seperjuangan di sekoah lama mendapat tawaran untuk mengikuti pengajian ke matrikulasi. aku ditawarkan ke Perak. entah kenapa walaupun mulutku menyatakan untuk ke matrik, tetapi naluri hatiku berbisik, aku nak teruskan belajar arab.

             Hasratku nk melanjutkan pelajaran ke matrik agak mengguris hati ibubapaku terutama ayah. walaupun daripada riak wajahnya tidak menunjukkan bantahan, tapi aku dapat rasakan semua itu. aku teringat mak penah cakap bahawa akulah satu2nya penyambung warisan ayah untuk mendalami arab. semua harapan itu hanya tinggal harapan apabila aku benar2 seperti orang tak sabar nak ke melangkah ke alam matrikulasi. entahlah, sebenarnya, aku terpengaruh dengan kawan2 rapat di kampungku yang majoriti nk ke matrik. pastu nak masuk "U". mungkin kerana kata2 itu, membuatkan hatiku goyah beralih arah. walaupun pada dasarnya inilah msnya yang aku tunggu2 selama di sekolah dulu untuk mempelajari bahasa arab, tetapi akhirnya, aku korbankan semuanya demi impianku yang masih samar. Matrik, kemudian U. tapi U mana? berbeza dengan impian asalku, Universiti Al-Azhar Mesir.

            Dalam keadaan yang semakin genting, dalam keadaan persiapanku mengundur diri dari mempelajari ilmu bahasa Al-Quran, dan dalam persiapanku membuat persediaan untuk ke matrik, aku didatangi mimpi yang berulang. Suasana mimpiku adalah sekitar sekoah Agama Rakyat tersebut. ada orang berjubah putih yang memberi kunci dan kemudian aku buka sebuah bilik darjah. di malam yang lain, seorang berjubah putih menunjukkan arah blok sekolah walaupun aku sudah hampir ke pintu keluar. apa maksudnya ya?


             Akhrnya, aku membuat keputusan untuk ka matrikulasi. disinilah bermulanya hidupku di sebuah kolej. terkadang, hatiku masih merindui sekolah itu untuk mendalami ilmu bahasa arab. percayakah anda, bahawa aku kini berada di sekolah tersebut yang telah berubah lokasinya di Kesang Tasek sebagai pendidik. dan percayakah anda bahawa aku ada mengambil nota rakan2ku yang mengajar bahasa arab untuk aku pelajari secara perlahan2. semoga niat dihatiku takkan pudar. semoga Allah masih membuka peluang bagiku untuk mendalami bahasa Al-Quran satu hari nanti. wallahualam.




          

Thursday, June 30, 2011

menggamit kenangan menyentuh perasaan...

            hari ni agak bz sket memandangkan pagi2 lagi dah ade meeting. dah tu plak kne adjust jadual kelas memandangkan ada yang mencemburui masaku. huhu. hmm...xpelah. ade hikmahnye. takla melalut jer kje aku bile masuk kelas. tahlah, jadi satu hobi lak skang ni. suke bercerita. yang bukan2 plak tu. ape gaknyer perasaan pelajarku. harap2 tak boring. :). pastu lak tadi agak terkalut sket siapkan teks MC sampai tak sempat nk turun kantin.
             mase kat kelas 5A1 tadi sebenarnye aku  tiba2 tersentuh hati bila ade yang wakil mintak maaf sebab keputusan periksa yang kurang membanggakan. bagi aku dah cukup baik sebenarnya diorang ni. cume kene lebihkan sket lagi usaha tu jangan ade yang fail klau leh.

              tapi, dalam banyak2 hal, aku tiba2 cam nk nangis real punye bila ingat kisah aku nk masuk matrik dlu. aku sebenarnya tdk minat pun. mohon pun saje2 sbb tengok org lain mohon. tapi realitinya aku sangat minat bahasa arab. biarlah aku cerita dari awal k.
               sejak kecil, aku banyak tengok kitab ayah aku yang tersusun kat rak. yang aku suke selak kamus arab sebab dah la tebal, nampak unik dan ada gambar2. kitab lain ade gak selak tapi tak paham langsung. dahla bahasa arab, langsung takde gambar2. menganjak usia ke alam remaja, aku masih lagi menanam impian untuk belajar bahasa arab. kata orang kalau kita nak jadikan impian kita kenyataan kita kene tulis impian tu dan baca hari2. atas sikap malu nk menunjukkan minat, aku tulis impian aku kat dinding dalam rak buku aku dan tersorok sket. nak tau x aku tulis ape? hmm..."aku nk ke Universiti Al-Azhar".  ringkas jer.
             ketika hendak masuk ke tingkatan satu, aku berhasrat nak masuk Maahad Muar. almaklum, kat situ ade belajar arab. dalam masa yang sama, hasratku mak ngan ayah tahu, tapi sayangnye cikgu aku tak tahu. jadi takdelah permohonanku utk sambung belajar di sekolah yang gah di Muar tu. aku teruskan belajar dan daftar kat sekolah Bakri, sekolah yang agak sosial pelajarnya. tu yang aku tahu tentang sekolah tu, almaklum akak dan abangku jugak kat sekolah tu. sebenarnya dalam masa yang sama mak aku memang nk aku ke Maahad, cuma tak tahu nak mohon camne dan ayahku pulak kalau boleh nak aku sekolah kat Lughatul Quran, biar belajar arab katanya. at last, dua2 sekolah tu aku tak jejak. ke Bakri jelah...

sambung.......

Sunday, June 19, 2011

selamat hari lahir mai silu

            lebih sinonim jika aku mengungkapkan kata, "hey'p belated birthday" buat diriku pada tanggal 15 Jun yang lepas. kekangan tiada talian internet di rumah membuatkan aku tak sempat nk update. cube gak nk tukar templete, tp hasilnya bolehla korang sume menilai sendiri. hmm...
            sebenarnya, tarikh kelahiranku agak unik. camni biar aku citer dari awal.
  • (dalam satu bulan purata ade 30 hari bahagikan 2), 15 hb rite?
  • kemudian, ( dalam satu tahun ade 12 bulan bahagikan 2). JUN an?
  • dalam seminggu pulak ada tujuh hari, dan yang tengah2 ialah 4 iaitu hari Rabu.
  • dalam satu hari ada 24 jam kan? than cube bahagi 2 dapat 12 an? maksudnye aku lahir tengah hari. tapi bukanlah 12 tghhari tapi pukul 1.30 time masuk waktu zohor.
  • ops! tapi ade satu lagi tahun kelahiranku 1983. ape yang uniknya lihat pada angka 83. cuba angka 8 tu di belah dari atas ke bawah maka akan jadi 3. hehe..
dengan yang demikian, maka tahulah korang bahawa aku dah tua. 15 JUN 1983 aku dilahirkan bersamaan, 4 Ramadhan. sian mak aku 1 bulan tak puase time tu. hik..hik...

            sebenarnya, tahun ni kene ngan hari kelahiranku, jadi aku konon2 nk la bg cenderahati sket kat kwn2 sebumbung ngan plajar kelasku 5A1. petang selasa tu aku turunla p pasar malam sg abong. aku borong punyela banyak buah2an. agak2 cukup nk bagi kat mereka2 yang ade dalam kepala aku nih. sampai rmh agak2 dah senje, pastu ingat nk terus packing, tp ade tetamu plak. alamak! diorang blk dalam kul 11.30 plak tuh. mate dah ngantuk jgn cite. aku tidur terus...sampai pagi, barula aku sibuk2 sorang2 nk packing. sume yang aku bli aku letak jer dalam kete senyap2. aku sengaja rahsiakan dr pengetahuan parents aku. yeala, diorang msh penat lagi blk umrah pulak tu tetamu tak putus2 datang. sian aku tengok. camtula...

             mengenang kembali zaman silam, aku mmg tak dididik untuk meraikan birthday. mak ngan ayah aku pun x ingat bile sampai tarikh lahir aku. almaklum, anak2nyer ramai. mungkin gak kerana kekangan ekonomi mase dlu, setiap kali mak aku ingat hari lahir anaknye, mak aku wat bubur merah jer, taula kitorang. ade antara kitorang yang mak raikan. camtu jer..huhu.

            1st time besday aku disambut x silapla thn 2005 time br abis blajo kat U. ade wat kenduri sket, jamu orang solat asar. pastu, tahun lepas kot kene time bulan puasa. mak beli satay la, macam2 la. than thn ni mak aku br tau mase aku kat sekola, tu pun pasal akak aku kecoh. ms blk sekola tu aku bli la KFC sket makan ngan mak aku. hehe..
            hah! nk tau x, kwn aku yg paling ingat besday aku namenyer Ummu Mardhiah. dari sekola dlu, x putus2 hadiah and wish kat aku. tp, sejak masuk alam kerjaya dia dah sibuk ngan tugasan dia. aku pun taknak la kaco. rindu lak nk dengar wish dr die. Ummu, where r u ???
          dahla tu jer...


             
          

Sunday, June 5, 2011

cetusan hati..


              Terlalu banyak sebenarnya untuk dikongsi dalam blog ni. Almaklum dah lame tak update. Sejak hari guru banyak perkara yang berlaku dan berlalu yang boleh dijadikan kenangan yang tak boleh dilupakan. Bermula dari hari peperiksaan, aku bertungkus lumus menanda kertas peperiksaan dengan segala kudrat yang ada agar dapat disiapkan sebelum hari pendaftaran ke IPG Kampus Temenggung Ibrahim. Hmm… terase gah aje bunyinyer. Maklumlah, bukan mudah untuk menjadi pelajar disitu. Dah berkali-kali mohon dan dah sampai ke interview, tapi tetap tak lepas gak. Dan peluang yang ada atas kerjasama JAJ, aku sambut dengan hati yang begitu terbuka bak langit yang terbentang luas. Walaupun sudah bergelar guru sepanjang 4 tahun, tapi aku tak mahu hanya berada dalam lingkungan tradisi yang menggamit hatiku untuk terus mengira bintang disiang hari. Aku perlukan ada satu anjakan, agar aku cemerlang berada di satu mercu yang dilimpahi cahaya ilmu. 

              Aku berjaya menyiapkan penandaanku dan memberi semula pada pelajar sebelum cuti persekolahan dan hari Jumaat (27/5/2011) adalah merupakan hari yang paling sibuk. Mane taknyer, hari itulah aku nak” key in” markah, nk pulangkan kertas pada pelajar dan hehe..sambut birthday pelajar kelasku. Begitu juga borang tuk pendaftran aku perlu diisi. Hari ini jugalah, mak ayah n abang aku bertolak ke sepang rumah abangku sebelum ke KLIA untuk menunaikan ibadah umrah.  
IPG kampus Temenggung Ibrahim


gambo kat bilik pagi oreintasi.( tak senonoh)

               29/5/2011 tarikh keramat aku mula bergelar pelajar semula di IPG. Kene pakai baju putih (pinjam Tita pelajarku)  tudung krim dan kain hitam (pinjam Teha pelajarku).  Dah macam budak sekola. Tapi memang best. Hehe..berkenalan semula dengan mahasitua2 (termasuk aku). Cume ramai yang agak terkejut bila dapat tau usiaku tak seperti zahirku. Jadi ramailah yang tersilap panggilan diingtkan aku nie adik. Errmm….dah biase dah! Perkara utamaku mase nie nak tukar kos dari pengajian math kepada pengajian melayu. Akhirnya dapat jugak. Alhamdulillah. Tapi yang kelakonyer aku kene peril ngan member2 aku siap ade yang olok2 taknak kawan gara2 tuko kos. Hehehehe….

antare member kamcing (kak liza ngan atol tak betol)

smart tak kitorang..huhu


               Terlalu banyak untuk disingkap dan diungkap dari cetusan rase bergelar mahasitua. Ops! Mahasiswi. Aku harap ada sinaran yang terus menyelubungi aku disepanjang pengajian 1 tahun 8 bulan ini. Aku harapkan agar kalian, selaku rakan bloger untuk mendoakan kejayaanku memperbaiku mutu dalam mendidik anak bangsa. Amien….
 
kat oztel

antara coursemate aku..lalala~~


Friday, May 20, 2011

sELaMaT hArI gUrU

            Buat semua guru yang meraikan 16 Mei sebagai sambutan hari guru, aku mengucapkan semoga kalian cemerlang. macam tulah lumrah guru. bertuah rasenyer bila berada dalam landasan pendidik ni.
            Hari guru tahun ni agak hambar sambutannyer. ishh, cam tak bersyukur je aku nie. bukan ape, ramai pelajar yang tak hadir. agak suram jer sambutan pelajar masa guru bersukan n dalam dewan pun x semeriah mana. ini just pandangan akula. tp apepun aku bersemangat time sukan. buat2 syok sendiri gitu. hahaha.
             tapi walaupun sambutan agak hambar, tapi hatiku berbunga2 kot. bukan ape, aku dinobatkan sebagai guru cemerlang  ikhtifal ilmiah gitu. perghhhh dasat! pelik tol aku, sedangkan bahas kalah. mase naik pentas tu aku siap tutup muke lagi, malu nak ngaku. ceh, cam tu skali ea. haha.. tapi untuk anugerah cemerlang hari guru, aku x dapat pun. cemerlangla sgt aku ni. kadang2 terfikir gak, agaknyer pengetua dah black list kot name aku sbb dlu penah wat kes mase jadi warden. jahat tol aku. kerane itu jugakla, maka ramai yg mintak dok luar or pindah. syutttt diam2 tau. ngee~~
            hah!, yang best lagi, aku dapat hadiah xlah byk sgt tapi bermakne dari pelajar2. sume ni, yang sayang kat aku kot (perasan). beza ngan thn sebelum, thn ni, hadiah xla banyak sgt tp oklah  antaranya jam tangan, baju ela,  lampu tido. haa..camtula. apepun bersyukur atas kurniaan. buat pelajar yang sudi memberi hadiah wat cikgu kecik nie, syukran jazila...
            
            walauapepun sesuatu yang aku nk kongsi kat sni. Sebelum menjelang hari guru, radio IKIM yang aku dengar pagi2 wat aku berfikir. ayatnyer lebih kurang camnilah bunyinyer....
            "Apabila kita diberi anugerah, adakah anugerah itu layak untuk kita?. kalaupun anugerah itu diraikan, adakah hati manusia yang meraikan kita itu benar2 ikhlas untuk meraikan kita?. jadi, adakah aku berada di tempat yang selayaknyer??? erm....
            Apabila sesuatu anugerah itu kita rasa kita yang layak untuk dapat, namun kita tidak pula terpilih untuk mendapatkannye, maka apa yang perlu kita fikirkan ialah, Allah maha melihat apa jua yang kita lakukan. Dan Allah tak pernah lalai. Tp selaku hamba yang lalai, sememangnya kita sering tersalah menilai. 
jadi, selaku hambanya, aku akan cuba untuk terus yang terbaik dalam menabur bakti. doakan ya, walau siapapun anda, moga kita bertemu di mercu kejayaan. sebelum itu ikhlaskanlah hati agar Allah sentiasa bersama kita dalam menjalani hidup sebagai khalifah di bumi.
antara hadiahnyer..huhu
      
sebahagian hadiah yg dapat

Friday, May 13, 2011

Embun Hidayah..

              kali ni nk syer lagu yg mampu menyentuh hatiku. Hidayah,. sememangnya satu ungkapan yang mudah untuk dilafazkan. tapi bukan mudah sebenarnya untuk mendapat hidayah. adakalanya melalui usaha yang berterusan dan melakukan amal ibadah yang istiqamah. itu pun kadangkala perlu melalui pelbagai ujian dan cabaran dalam hidup. namun, paling menyedihkan, adakalanya, apabila sudah mendapat hidayah, seseorang itu lalai kembali.
             
              semoga kita sama-sama dikurniakan embun hidayah....             



Setitis embunan yang jernih Di hujung dedaunan bersih
Kemilau warnanya bagaikan Permata disuluh cahaya
Dinginnya menyentuh di jiwa
Menyingkap jendela hati
Itulah setitis hidayah Membasahi gersang di jiwa

Nurnya bagaikan sinar mentari di hening pagi
Lembut dan dinginnya menusuk ke sanubari
Ia seumpama lentera di kamar diri
Terungkai segala kusut tertegak kebenaran

Tanpa mengira bangsa warna dan rupa
Tertebar petunjuk ke seluruh buana
Islamlah manusia walau di mana jua
Di timur barat selatan dan utara
Hitam putih dan kuning Islam bersaudara
Yang menyatukan semua hanya embun hidayah
Damai seluruh dunia
Aman alam semesta Embun hidayah anugerah ALLAH

Hidayah hak milik Tuhan Kurnia tiada tara
Meniti menerusi lidah Rasulullah
Zaman terus beralih
Musim terus berubah
Embun hidayah akan terus melimpah
Embun hidayah anugerah ALLAH

Tuesday, May 10, 2011

update blog lorh!

             Alkisah nak jadi cite sebab dah lame tak update. tahla, agak busy sebenarnyer. mula2 tu sibuk uruskan tamrin qiady III. Nasib jadi jugak, taklah cam sebelom nie tamrin II yang macam jadi "tamrin tak jady" huhu... bagi akulah, komitmen semua guru n pelajar baek punya. cume kerane kesibukan yang melande menyebabkan tak sempat pun nk wat post motem. pastu, tersibuk lak ngan rombongan p cameron highland anjuran Perbayu. fuhh...rombongan yang penuh sejarah. siap masuk tv1 lagi beb!
sebahagian peserta tamrin qiady III (pengawas)

pengawas lelaki

kenangan di Cameron

              Semua yang berlaku memberi kesan buat diriku tapi nk cerita satu2 cam tak manis plak. ermm, tapi tengokla camne. lau ade mood nnt aku cite. Pas balik rombongan tu plak sibuk ngan siapkan kertas soklan exam. ade tempoh 3 hari jer nak siapkan soklan BM form 4 & 5. pastu geo plak. agak2 nak cepat ape lagi, copy paste jela sampaikan bile nk edar ade lagi kesalahn. hehe..ape nk wat, bende dah jadi. dah tu, leh kerane exam dah dekat maka, latihan pelajar yang agak bertimbun di meja guru, bawah meja, belakang tempat duduk, meja kat rumah, dalam beg, dalam krete, hah! sume tula mesti kene pulang balik kat depa. mau x tido aku dibuatnyer...tiba2 terase insaf lak sebab suke wat kerje bertangguh. syuttttt!

                Dalam mase tu plak, ditakdirkan modem kat rmh rosak. mula2 ingatkan laptop yang masalah, dahtu siap anto lagi kat member soh betulkan. tau2 abang balik bg tau modem rosak. cis, wat malu jer. terpakse tipon member mintak balik laptop. huhu. than, baru2 ni, kene p kursus tok KPLI KDC lak kat kota tinggi. kire nak sambung blajar lagi la ni. hmm, lau nak tau inilah saat2 yang aku tunggu selame ini. dan ini merupakan impian aku tahun ni. bayangkanlah, awal tahun hari tu aku sanggup p putrajaya sorang2 dari sni semata2 tok sambung blajar. nasib ade kawan aku yang sudi teman aku kat KL sane. walaupun mase tu jawapan agak hampa, tapi aku teruskan gak mohon DPLI. agak2 dapat, cabut la aku dari sekola tu. Salah ke aku lau ade perasaan camni?? entahla, jahat plak rasenyer nk tinggalkan semua. Akhirnye ditakdirkan, exam tuk DPLI 30 April hari tu aku x dipanggil. Sekali lagi aku kecewa, agaknye rezeki aku masih kat sekola tu kot. Rupe2 nyer, aku dan kawan2 ku dikurniakan KPLI KDC ni. ermm..oklah tu. Walaupun yuran pengajian bawah tanggungan sendiri.

                Mase pendaftaran, tibe2 hatiku berbelah bahagi. Institut tawarkan 3 pengajian. Pendidikan islam, Math dan Pengajian melayu. aku plak dapat tawaran diploma Math sedangkan aku mengajar BM. hmm...tanye pendapat sane sini makin watkan kepale aku pusing. tanye sorang member die kate baik ambik BM sbb prospek mase depan tak sekritikal Math. jumpe ngan sorang ustaz tu plak kate, yang penting ade diploma cukupla. tu tak termasuk pendapat lain. waaaa...nak nangis. lastly jumpe ngan sorang pensyarah IPG. cite punyer cite, die kate memang pun aku kne ambik math, sebab ijazah pertama aku Ekonomi dan minor aku lak Statistik.  Die percaye aku leh bawa dip math nie. ade la gak kate2 semangat dari die tok aku teruskan option aku ni. insyaAllah. aku boleh, dengan izin Allah aku bertawakal.

                Doakan yea semua, moga aku berjaya dengan pilihanku. semoga kita semua  bertemu di mercu kegemilangan. Amien...
untuk menuju kejayaan, ade halangan dan cabaran...
bukan mudah untuk berjaya, tangganya penuh berliku dan tak semudah yang kita gambarkan.