Pages

Wednesday, August 29, 2018

Makmum

Rezeki hari ni bertemu dengan tiga pelajar bertudung labuh keluar dari Tempat wuduk. Terdetik dihati mcm bkn budak aku.

Ekor mataku terus perhatikan gelagat mereka bertiga walaupun aku sudah hampir Tempat mengambil wuduk.

Sekali lagi terdetik dihati
Ermm, nmpk Sgt bdk2. Lari2. Tapi mcm tula budak msh xde perasaan malu.

Masuk ke perkarangan Tempat solat aku terlihat ada orang yang sedang solat jemaah. Aku ambil keputusan Nak jadi makmum. Entah2 budak tadi sebab bertiga. Yela tu.

Aku makmum masbuk. Selesai mereka bersolat aku sambung lagi dua rakaat. Selesai aku beri Salam Dan berdoa rupanya mereka bertiga menungguku untuk bersalam. Allahu.

Aku Tempat bertanya. Dari sekolah mana?
Dari jawahir al ulum. Ada kursus taranum tadi kat maahad muar.

Owh...macam tu.

Jauh disudut hati entah kenapa aku bangga dengan mereka. Masih kekal berjemaah walau keluar Dari sekolah.

Semoga hidupmu diberkati Allah Nak. 😘

Monday, August 27, 2018

Cakap-cakap

Manusia boleh saja bercakap ikut sedap mulut. Adalah mereka tidak ingat bahawa mereka juga bukan sempurna.

Hidup ini adakalanya memang sukar untuk dirancang. Rancangan Allah ternyata ada hikmah yang tak mampu kita rungkai.

Adakalanya manusia itu tiada pilihan lain melainkan terpaksa terima. Hanya tuhan yang tahu sebaknya hati, peritnya jiwa.

Allah, kuserahkan segala urusan hidupku kepadaMu dan janganlah Kau serahkan urusanku kepadaku walau hanya sekelip mata.

Tuesday, August 14, 2018

Ceramah BM Kertas 2

27 julai 2018

Kali ni aku dikejutkan dengan permintaan rakan lama. Katanya boleh tak jadi penceramah kertas 2. Entah macam mana naik nama aku.

Takpelah, aku jadikan ini salah satu cara aku nak cabar diri. Sebelum ni pengalman di SMK Sri Tangkak saja.

Ceritanya persiapan dibuat pada hari khamis. Aku gunakan kesempatan CTR yg aku dapat dari hantar peserta catur ke segamat hari tu. Maka, kali ni nmpknya aku lebih bersedia dari tahun lepas.

Perancangan berjalan dengan baik. Sikit2 lari tu biasalah.

Alhamdulillah. Aku dapat belajar sesuatu. Ada penambahbaikan yang perlu aku lakukan.


BUKU PENULISAN KREATIF

Pada 4 April 2018 BUKU PROJEK PENULISAN KREATIF REMAJA EDISI 01 telah dirasmikan oleh En. Amiruddin Bin Md. Ali Hanafiah Ketua 2 Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) Merangkap Ketua 1 Persatuan Penulis Johor.

Untuk makluman buku ini adalah cetusan idea daripada bengkel penulisan yang telah diadakan pada 12-14 April 2017 yang melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 2017. Projek buku ini telah diketuai oleh saya, Cikgu Maisarah Ahmad, Ketua Panitia Bahasa Melayu SMA Lughatul Quran dengan kerjasama dari pihak D Vista Tranning & Consultancy dan Cikgu Ruzaini binti Yahya, guru SMK SAB Muar merangkap penulis novel Tawanan Komander Caucasus.

Projek buku ini adalah yang pertama seumpanya dihasilkan oleh Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Dediksi khas ditujukan buat En Mohd Taufiq Mahmud kerana banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini secara peribadi atau untuk diletakkan diperpustakaan sekolah masing-masing boleh hubungi saya pada talian 012-2664198.
Terima kasih







Friday, August 10, 2018

Jumaat barakah

Hari ni Allah nak ajar aku sesuatu. Pagi ni kawan aku ajak aku pergi meeting kat batu pahat. Boleh kerana tak ada apa2 urusan aku turuti ajakannya.

Tiba di satu persimpangan, lmpu trafiq light rosak. Ku berhenti dn cuba melintas, tiba2 entah mn muncul sebuah motosikal menghentam sebelah kiriku.

Aku berhenti dan Cuba selesaikan masalah yang terjadi. Mujur tiada kemalangan jiwa yng berlaku. Budak tingkatan 5 nak ke kelas tambahan di sekolahnya.

Selesai semuanya, aku termenung sendiri. APA sebenarnya yang Allah nak sampaikn kepadaku.

Sedekah?
Niat yang tak lepas?

Semua dah selesai rasanya.
Entah kenapa tiba2 aku teringat tentang korban. Ceritanya bulan ni aku agak sempit. Aku berkira2 untuk ambik bhagian qurban di kampungku yg berharga rm750. Namun, aku dah niat aku mesti buat korban jugak.

Dalam masa yang sama sekolah menawarkan korban rm350. Aku terus buat tindkan memberi duit untuk sertai.

OK, apa kaitan dengan semua ni?
Berbaki 300 adalah cara Allah nak ajar aku dengan kereta yang kemek.

Itulah pengajarannya...