Pages

Saturday, July 29, 2017

Penceramah

                      Tanggal 13 Julai 2017 aku mencari pengalaman baharu. menjadi penceramah BM Kertas 2 kononnya. selama ni tengok penceramah lain bukan main senang je berdiri di hadapan ramai pelajar. cakap pung pang pung pang...habis dua 3 jam..

                       Rupanya semuanya tak semudah disangka, perit menyediakan slaid sahaja membuatkan tidurku tidak lena. dada sentiasa berdebar. huhu.

                       Hinggalah sampai tarikh yang dinantikan, aku seolah-olah rasa mahu berpatah balik. perasaan bolak balik mula menerpa. "kenapa gatal terima undangan?", "kenapa dulu tak tolak je" haishhh.... bisikan yang membunuh semua tu. "sampai bila nak berada di takok lama", "apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu?". aku kembali membina semangat.

                    Selesai program aku rasa seperti demam. Hutang tidur 2 hari seperti tidak mencukui memandangkan esoknya aku ada program yang lain. Alhamdulillah, selesai semuanya...








Syukur

                Perit di jiwa masih belum pulih sepenuhnya, namun kucuba untuk bertahan dengan "ubat penenang".
               Aku sudah boleh terima semuanya. Aku sudah boleh berhadapan sepenuhnya. malah aku mampu bergurau senda dan ketawa riang.

Terima kasih Ya Allah atas segala kurnia-Mu.

Siapa sangka sekarang ni aku bantu mereka mendirikan masjid. mana tahu dengan cara ini dosa-dosaku terampun. Namun apa yang jadi mengajar aku banyak perkara. Tiada apa yang kita miliki sekarang ini milik kita sepenuhnya. Semua pinjaman.

Kini, aku belajar erti syukur.