Dengan lafaz bismillahku mulakan bicara. Banyak perkara yang mengusik jiwa ini pada hari ini. Sebenarnya susah untuk dirungkai, apatah lagi untuk diluahkan satu persatu. Apa yang tercoret ini pun hanya sekelumit dari rasa hatiku yang ku rasa (...?...)
Dalam hidup ini kita tak dapat lari dari masalah. Begitulah asam garamnya dan begitulah sifirnya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apabila dibelenggu masalah,kita terkadang rasa ingin menjerit sekuat hati dan beritahu dunia bahawa aku ada masalah yang cukup besar. Terkadang pula jiwa akan menjadi kucar kacir dan di situlah bermulanya langkah kaki untuk pergi jauh entah ke mana. Mungkin ke barat atau ketimur, mungkin jua ke selatan. Entahlah! itulah jawapannya. sungguh melankoli. Disinilah syaitan mula menguasai diri. Andai yang rapuh pegangannya maka hanyutlah ia dan terjadinya banyak kes seperti bunuh diri, lupakan Tuhan, minum arak dan sebagainya. Maka bertuahlah kepada sesiapa yang berpegang teguh pada Allah, tuhan seru sekalian alam.
Masalah sentiasa membelenggu kita, seolah-olah ajal kita yang sentiasa mengekori dari setiap jejak langkah kita. Tidak kiralah hartawan, raja yang mempunyai kuasa yang luas, ahli kedoktoran, hinggalah kepada si pencuci lantai. Semunya takkan lepas dari disapa masalah. Apa yang kita semua sedar, kematian dijanjikan buat semua mahluk yang bernyawa. Apa yang aku ingin sampaikan di sini, manusia sebenarnya serupa. Cume yang membezakan kita adalah amalan. Terkadang kita terlalu mengkagumi seseorang yang kita rasakan bahawa hebatnya dia! pandainya dia! kayanya dia! tanpa kita sedar mereka juga tidak dapat lari dari masalah dan kematian. Dan tanpa kita sedar kita telah mengkagumi sesuatu yang lemah, sedangkan kita sewajarnya mengkagumi Allah. Hanya Dia yang layak untuk dikagumi dan disanjungi.
Ingatlah, bahawa kita hanyalah hamba yang lemah. Kembalilah ke jalan Allah, nescaya akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Kenapa Allah memberi kita hujan, rupa-rupanya Allah ingin memberi pelangi kepada kita. Andai dibelenggu masalah, ingatlah, kita dikurniakan siang dan malam. ada sinar dan ada kegelapan, ada masalah adalah kebahagiaan. Allah maha adil, bersangkalah baik dengannya. Allah menciptakan kita dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang tidak dapat dipikul oleh hambanya. Jika ada masalah, cubelah hadapi dengan sebaiknya dan mintalah pertolongan-Nya.
Hidup tidak selalunya indah,
Langit tak selalunya cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam,
Begitu aturan tuhan...