Salam buat semua. haha..lame beb tak syer cite. tp kali ni biar aku wat short story bukan story board tau (kesan blajar TMK). hmmm....mane nk mule ek.
Oklah interaksi kali nie bermula 23/ 11 - 19/12. Dr tarikh nie, macam2 cite lau nk story. leh jadi episod lg. wahhh... tp xpe biar aku ringkaskan. remain balik ape yg jadi dalam 1 ms 1 bulan kat IPG. kali nie ms daftar agak awal la gak tp dapat tingkat 2. bilik x same cam dlu. tp oklah...dekat ngan bilik tv lak. ms mula2 masuk letrik putus, aku blk Kota ikut kwn aku. sumenye bz siapkan asgmn terkhir. bile dah mula kuliah...present jer kjenyer. x abis2. hari2 penuh dengan debaran. mane x nyer. kne kedepan pastu org lain soal, lau x dpt jwb huh!
Haa...antra byk2 subjek paling best time aku present pasal tokoh ngan artifak. aku wat kajian pasal kiyai salleh yang ade parang terbang. pulak tu artifak aku wat makam panglima lidah hitam. x pasal2 dapat gelaran "mistik" dr lecture ngan kwn2. hahaha... tp yg x best, artifak aku ni salah. itu monumen. ape lagi....kene betulkan balik la...at last aku wat batu giling. lau sng2 nnt aku syer hasil kajian aku ek.
oklah, pendek cite dalam subjek kegemaranku, PM Dr Maskiah. wahh..hari2 penuh debaran. kejap kene bercerita, kejap kene bersajak, kejap kne berlakon. sume tu kne wat. alhamdulillah. sume ok. ade gak rakam video..tp segan nk tunjuk. time bercerita, aku jadi si luncai dengan labu2nye. ape lagi bwk labu real. dah abis cerita, aku bg la kat Dr labu tu, kne perli lak kate aku rasuah....hehe. mcm2 gelaran kne. mai pumkin (labu) la..mai labu la...mai rasuah la..... aduhai macam2. tp sampai nie, gelaran yang lekat "mai mistik". layannnn....:D
Dalam bab Koko, pengakap ku. haa...nk cite sket. bj uniform kitorang lawo. hukkhukk.. tapi nk cite dalam bab team work, sedey woo. group aku 12 org. 4 lelaki 8 pempuan. yg aku geram lelaki ni. sume x reti kawad. aku rase kump akula yg plg teruk. tp rupenyer ade lg yang senasib dengnku. mmg mula2 rase sedey..tp aku teringt apa yang aku bc tulisan ust Pahrol...
"Apabila berlaku sesuatu yang berlawanan dengan kehendak diri, berlakulah stres, marah dan sedih. Itu biasa. Hal itu sentiasa berlaku dalam kehidupan. Yang luar biasanya, apabila kita memilih untuk ‘berkelahi’ dengan takdir. Kita tidak menerima warna-warni kehidupan seadanya. Kita tidak berdamai dengan takdir sebaliknya memilih untuk memberontak, mempersoalkan dan melawannya. Persoalan kenapa? Mengapa? Sering menghantui jiwa.
Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam. Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan. Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga."
Tidak! Kita tidak akan berkata begitu. Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja."
Erm..bestkan tulisannya. interaksi kali nie mmg best lau compare yg sebelom. moga aku n rakan2 sukses semuanya dalam semua subjek. amien....
No comments:
Post a Comment