Pages

Saturday, August 17, 2013

Dunia Baru

            
   Salam lebaran yang masih bersisa. aku di sini masih meneruskan hidup. yup, macam orang lain jugak. mungkin sama dan mungkin berbeza.

                 Aku baru nak melangkah ke satu dunia baru. dunia perniagaan yang pastinya paling ditakuti kerana besar risikonya. aku mestikan diriku untuk melangkah mengenangkan tanggungjawabku. jadi aku tanamkan dalam jiwaku, aku "mesti kaya".

                Aku bersyukur kerana dikurniakan rakan yang menjadi mentorku sendiri bahawa kami sama-sama nak jadi kaya. kami nak bangunkan ekonomi orang Islam, kami nak beri peluang pekerjaan pada orang lain, kami nak hidupkan sunnah.

               Aku berazam dalam diri bahawa aku nak imbangkan antara tugas hakikiku sebagai guru dan perniagaan. Siapa aku tanpa pertolongan dariMu ya Allah. aku hanya hambamu yang kerdil. bantulah aku dan orang dikelilingku. 

                Moga Allah merahmati usaha kami. Amien..

Thursday, August 8, 2013

Bertindak Positif

                 Assalamualaikum... ade orang tak kat sane??? hehe

                Ohho...lame giler kot tak update pape. heh heh. erm..entry ni kutulis tatkala jam menunjukkan pukul 4.41 pagi. erm.. cam tak tido jer 1 syawal kali ni. nape tah. semangat plak nk tolong mak masak. masak??? yup rumah aku biaselah lau malam raye jadi burung antu. kul 11 baru nak tenggek ketupat. orang lain dah siap proses dalam perut.

               oklah..aku nk cite pasal tajuk aku tu haa...nape aku tak tulis slamat hari raye je ek? ah ha, ade rahsia disebalik bicara.

               Oklah, camni. dari sebelum 2 hari lagi nk raye, aku adelah nampak mak aku ni baru bancuh gula nk buat kuih lagi. ops..lupe lak. nk cite mak aku jual kuih bangkit. nk jadi cite konon2 tempahan yg nak ambik sket jadi banyak. kire punye kire terpakse tambah bancuhan sebab nk tokok yang tak cukup. aku punyela hangin. ops...terase hati sket ar kat mak aku yang asik buat kuih orang jer sedangkan rumah lintang pukang tak siap. tiap2 tahun macam tu. sape tak bosan. rase nak lari dari rumah boleh tak.???

              Perasaan kesian yang bertandang memaksa aku tolong mak aku dalam keadaan hati merungut. "semua tak siap".."tiap2 tahun camni"..."mak nk kejo ape lagi, anak2 sume dah beso"...bla..bla..bla...

            tibe bab aku buang sampah kat peron...jeng..jeng..jeng...aku nampak mancis dalam kotak kat tepi garaj kete aku. gatai plak tangan ni capai. nge "test"...skali masih elok. aku pun ape lagi. nk melayankan kebosanan aku raye tiap2 tahun camni aku pun bakola sampah kat peron tu.. macam anak kecil main api daa...haha.

            dah bosan dok situ aku sambungla keje aku yg tertunda sambilhati aku masih terus merungut dan merungut... tibe2.........huh! dengo bunyi bende terbako. abang aku besungguh2 pukul api ngan kayu. aku pun apelagi..cari kayu gak pukul api tu kasi x merebak. rupenyer dah masuk kebun jiran aku daa apinyer. abang aku sorang lagi datang bawak air. ayah pon joint sekali tolong...waahhh dasat. Akhirnya api berjaye dipadamkan.
            huh! camtulah cite aku. sambil aku tengok hasil jilitan api kat kawasan sekitar, rase menyesal plak. ini kot natijahnyer jika kita menghasilkan aura "negatif". ,maka hasilnya juga adalah negatif. bukan sahaja mudarat untuk diri sendiri malah orang lain jugak. alangkah indahnya jika kita menghasilkan aura "positif" maka hasilnya juga adalah "positif" bukan untuk diri sendiri sahaja malahan untuk orang lain jugak. jadi yang mana satu pilihan kita???

              Jom jadi positif...slamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin..