Pages

Saturday, August 17, 2013

Dunia Baru

            
   Salam lebaran yang masih bersisa. aku di sini masih meneruskan hidup. yup, macam orang lain jugak. mungkin sama dan mungkin berbeza.

                 Aku baru nak melangkah ke satu dunia baru. dunia perniagaan yang pastinya paling ditakuti kerana besar risikonya. aku mestikan diriku untuk melangkah mengenangkan tanggungjawabku. jadi aku tanamkan dalam jiwaku, aku "mesti kaya".

                Aku bersyukur kerana dikurniakan rakan yang menjadi mentorku sendiri bahawa kami sama-sama nak jadi kaya. kami nak bangunkan ekonomi orang Islam, kami nak beri peluang pekerjaan pada orang lain, kami nak hidupkan sunnah.

               Aku berazam dalam diri bahawa aku nak imbangkan antara tugas hakikiku sebagai guru dan perniagaan. Siapa aku tanpa pertolongan dariMu ya Allah. aku hanya hambamu yang kerdil. bantulah aku dan orang dikelilingku. 

                Moga Allah merahmati usaha kami. Amien..

No comments:

Post a Comment