Tanggal 13 Julai 2017 aku mencari pengalaman baharu. menjadi penceramah BM Kertas 2 kononnya. selama ni tengok penceramah lain bukan main senang je berdiri di hadapan ramai pelajar. cakap pung pang pung pang...habis dua 3 jam..
Rupanya semuanya tak semudah disangka, perit menyediakan slaid sahaja membuatkan tidurku tidak lena. dada sentiasa berdebar. huhu.
Hinggalah sampai tarikh yang dinantikan, aku seolah-olah rasa mahu berpatah balik. perasaan bolak balik mula menerpa. "kenapa gatal terima undangan?", "kenapa dulu tak tolak je" haishhh.... bisikan yang membunuh semua tu. "sampai bila nak berada di takok lama", "apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu?". aku kembali membina semangat.
Selesai program aku rasa seperti demam. Hutang tidur 2 hari seperti tidak mencukui memandangkan esoknya aku ada program yang lain. Alhamdulillah, selesai semuanya...
No comments:
Post a Comment