Pages

Thursday, June 1, 2023

 HUTANG WAJIB DIBAYAR


Satu masa aku pernah memberi kepercayaan pada sorng rakan yang jika dilihat luarannya pengamal agama. pendek kata nampak warak.


sampai satu masa hutangnya pada aku semakin bertimbun. aku makin tertekan sebab dia x pernah berusaha untuk membayarnya. hinggalah aku mengambil tindakan peguam. masa inilah aku dapat lihat wajah sebenar dirinya. wajah ustaz hanyalah kulit sahaja. hakikatnya dirinya penunggang agama. janji nak bayar tapi kadang2 byr itupun bila didesak. munafik lagi bila janji tapi mungkiri.


antara lainnya, kenapa aku kata pengunggang agama contohnya dia ajak orang berinfaq makanan kepada gelandangan, siapa yang berhajat boleh sumbang kepadanya dan dialah yang mengambil kontrak makanan tersebut. keuntungan hasil jualan makanan itu menjadi miliknya. 

ingat ya semua. siapapun orang dikeliling anda yang ingin berhutang dengan anda jangan beri pinjam. jika benar dia dalam kesusahan berilah yang anda sekadar mampu tanpa mengharap dia byr. contohnya dia nk pinjam 2000 tapi cukuplah sekadar anda beri 100 sebagai hadiah.

Monday, February 20, 2023

SPM 2022/2023

Hr ni buat pertama kali anak sulung HMY menghadapi SPM. 

Bagi seorang guru yang pernah mengajar mereka, pastinya perasaan berdebar dan sebak bersulam. 

Selamat maju jaya buat kalian, doa guru sentiasa bersama kalian. 

Wednesday, January 25, 2023

Masa

Ini jalan yang sedang kulalui. Perlu move on dari semuanya. Jika takdirku untuk bersama mereka semula, moga dipermudahkan. 

Aku hanya berhenti rehat seketika mencari diri, membetul diri, menebus segala yang telah tersalah. 

Teori tak seindah realiti. Namun, Allah memberi peluang ini. Moga Allah bantu aku. 

Tuesday, January 24, 2023

Ini takdirnya

Beginilh jalan hidup. Terkadang rasa nk berpatah, nmun x mungkin. Jalani sahaja laluan hidup ini. 

Hmy masih menebal dihati namun, ketika ini aku diber peluang baiki diri. Moga Allah pelihar diri ini. 

Amin ..

Sunday, January 15, 2023

Serah pada Allah

 Ada ketika kita rasa tertekan dengan apa yang kita sedang lakukan. pernah satu masa ada seorng rakan yang beritahu aku katanya dia gagal menjadi seorng mak sedangkan dalam masa yang sama dia perlu laksanakan tugas guru. ketika tu aku kata padanya tugas itu ialah ibadah. kemudian dia terima kata-kataku dan akhirnya dia bercuti bersama keluarganya. lepas tu baru wajahnya ceria kembali dan boleh jalani hidupnya.

dalam saat kita cuba beri motivasi pada orang lain kita juga perlu motivasi. untuk situasi aku kadangkala aku berkata kepada diri aku betul ke apa yang aku buat sekarang. sedangkan ini yang aku cari suatu masa dulu. bertenang dari situasi kerja dan berlumba mendapat perhatian orang lain. sampai satu masa aku penat dan tertekan. 

hari ini, saat aku x disibukkan dengan tugas-tugas yang menghimpit perasaan aku terkesan juga dengan tugas yang mengejar masa tarikh tamat. dalam masa yang sama aku berdepan dengan orang tua yang dah tidak sihat seperti dulu. aku rasa nk buat semua benda tapi aku tak daya. mana nk siapkan kerja mana nk siapkan tugasan rumah, masak dan lain2. tu sebab kawan2 aku buat kerja kat library. rumah tak ada suasana katanya. ya itu memang. sebagai anak aku kadangkala terhimpit perasaan itu. bila aku keluar rasa nak balik cepat bia ddk rumah rasa nak kluar. siapa je nk dengar cerita aku kalau aku luahkan pun. jika ada pun sekadar mendengar. betul kan?

dalam keadaan aku tenangkan diri aku teringat kata-kata bahawa serahkan urusanmu kepada TuhanMu. tu sebab kita kena doa "Ya Allah, kuserahkan urursanku kepadaMu dan janganlah Engkau menyerahkan urusanku kepadaku walau hanya sekelip mata"

Saat aku sibuk nk siapkan tugas, aku doa, Ya Allah aku tak mampu nk bantu ibuku sepenuhnya di dapur aku ada amanah untuk aku laksanakan, namun ya Allah aku menyerahkan urusan ibuku kepada Mu. Peliharalah dirinya dan berilah kesihatan yang baik buatnya. bantu aku menyiapkan tugasanku agar aku dapat membantu ibu dan ayahku pula. Amin....

Doakan aku ya



Saturday, January 14, 2023

Saat kembali kepada Allah

 Apa khabar semua. 

terpanggil untuk menulis kembali sedikit coretan. ada lagi ke yg sudi baca blog ni. entahla rasa macam selesa tulis di sini berbanding medsos yang lain. mungkin di sini akan kucerikan perjalanan hidupku

usiaku mencecah 40. ya, sesuatu yang aku sorokkan pada semua tentang umur. saat inilah aku takut kalau ada perangai buruk yang tak aku ubah. lepas usia ini dah susah. doakan aku. 

dalam usia ini andai dunia yang dikejar masih tak dapat, maka berhentilah dan tumpukan akhirat. kerana umur ini semakin menipis. takut tak sempat nk kejar akhirat. 

Saat untuk kembali kepada Allah. cukuplah dunia yang kukejar dan telah banyak yang aku hilang. Allah panggil aku supaya aku sedar yang aku kena kembali padaNya. terima kasih Allah

Semoga aku dan kita semua selamat kembali kepadaNya. amin