siaran radio pagi nie manggamit hatiku untuk menulis sedikit bingkisan dari nasihat yang dilontar ke cuping telingaku. kupasan ustaz tu walaupun tidak dapat kudengar sepenuhnya tapi mampu membuatkan hati ini terasa kerdil.
ummat manusia kini semakin lemah dan mudah untuk diserang musuh. percaya atau tidak sebenarnya kita lemah dan sentiasa bekerja dan hidup lebih mengutamakan nafsu dan ego. sedangkan para sahabat hidupnya penuh takwa dan mengharapkan segalanya untuk Allah. manusia sekarang bekerja untuk bermegah dan melakukan sesuatu untuk menunjukkan bahawa dia adalah seorang yang hebat dan wajar untuk dikagumi. sehingga akhirnya manusia islam terutamanya menjadi lemah dan mudah kalah apabila diuji dengan pangkat dan harta.
Lembaran sejarahku dan catatan nota hidupku juga tidak terlepas dari semua ini. aku juga tidak terlepas dari mengharapkan perhatian orang lain apabila melakukan sesuatu kerja. sememangnya aku akan cemburu apabila ada orang lain yang lebih hebat dariku namun sikap apabila kita dipuji membuatkan aku terasa bangga dan ingin dilihat hebat.
Hmmmm, susah sebenarnya untuk kita mengawal diri ini kan. walau apapun kita kena ingat kita sukar untuk merubah orang lain untuk menjadi baik namun, apa yang mampu untuk kita lakukan adalah kita cuba untuk memperbaiki diri dan menjadi umat / hamba Allah yang baik. semoga Allah memelihara diri ini dari sifat mazmumah dan dilimpahi taufik hidayah-Nya.
No comments:
Post a Comment