Aku nk kongsi sedikit cerita dari mula aku digembar gemburkan soal praktikum. ada yang kata minggu paling tak lena tidur. minggu yang paling berhabis duit dan macam2 lagilah. terdetik di hatiku ingin menjadikan Dr Maskiah sebagai penyeliaku kerana ilmunya dan kerana bakatnya sebagai jurulatih Bahas. Dr Maskiah juga pernah bg tahu sesiapa yang diselianya akan mendapat A. itu janjinya. Namun semuanya perlukan pengorbanan.
Bahas! ya..aku ingin menjadi jurulatih yang sebenar. terase begitu terseksa melatih bahas. Aku sentiasa rasa keseorangan walaupun aku dikelilingi guru lain. Jika ada pun mungkin sekadar cadangan nama pelajar yang layak. tapi dari sudut mencari bahan dan melatih pelajar, aku bersendirian. aku terpaksa menagih maklumat luar, meminta simpati pada yang mengerti. walaupun hajatku kesampaian namun dihati kecilku tetap berkata.."sampai bila aku nak jadi macam ni???","yup. aku seorang pembahas. tapi kenapa aku tidak mampu menjadi jurulatih?" Dan kerana itu aku berharap sgt mendapat Dr Maskiah sebagai penyeliaku.
Ditakdirkan aku mendapat En Jafri, pensyarah Bahasa Melayu Komunikasi. siapa dia yang nk sangat selia aku dan kwnku katanye. Rupanya anaknya ada kat sekolah aku. ishhh, belum pape dah mula mesej aku nk tengok buku persediaan..hari ahad pulak tu. bila aku bermesej, dengan pantasnya die akan call aku. hehe...
Perjumpaan pertama mengundang resah. takut kne belasah. almaklum..org baru belajar. macam2 buat salah. semuanya syukur Alhamdulillah. huluran persahabatan membuatkan kami lebih akrab. macam getah skrab...haha. bagi aku die ni lecture yang paling sempoi..sampaikan orang kat kantin suke giler lau die datang. dapat gelaran Prof lagi. sampaikan akak2 kat kantin pelik nape lecture lain tak turun kat kantin. gitu ea.. Aku bersyukur. bagiku ini satu rezeki yang dikurniakan kepadaku. walaupun pada mulanya aku agak kecewa kerana tak diselia Dr Maskiah.
"Sesungguhnya sesuatu perkara yang disangka buruk bagi kita rupanya baik". "sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancangan adalah Allah"
markah terakhir.. |
Buat insan diluar sana. doakan aku sejahtera. agar menjadi guru yang wibawa dalam mendidik anak bangsa. DariMu kupohon ya Allah. Agar aku diberi kekuatan..meneruskan kehidupan..
MENCARI BELALANG DI TENGAH PADANG
SANGGUP MEREDAH PARIT DAN LONGKANG
JADILAH GURU BERJIWA PEJUANG
AGAR BANGSAMU MULIA DIPANDANG.
No comments:
Post a Comment