Pages

Friday, August 24, 2012

Lagu Semaian Subur IPGKTI

Semaian subur, semaian subur.
begitulah cogankata.
maktab kami,maktab kami.
maktab yang kami cinta.

kami janji,kami rela.
rajin tekun berusaha.
tabur bakti,curah tenaga.
berkhidmat kepada negara.

ilmu pengetahuan yang disemai didada.
agar subur membunga.
kami akan mendidik puteri dan putera.
jadi rakyat berguna....

Tuesday, August 21, 2012

Hidup vs Mati



                   Huh! cam seram jer tajuk post aku kali nie. ermm... tp bukan ke kite disarankan agar sentiase mengingati mati. huhu..
      
                   Terkadang aku terfikir gak, yealah aku ni bukan ustazah, bukan jua pendakwah cuma ingin bermadah terkadang yang tak tentu arah. Terfikir gak ape kate orang lain lau aku ni asyik nk cakap pasal agama konon. tapi ilmu tak setinggi mane. itulah hidup kan! asyik nak fikir apa orang kata, sampaikan nk wat ape2 pun terhalang dengan sebab pemikiran kita "apa orang kata".

                   Oklah, aku teruskan jugak ape yang aku nak kate. Semalam, raye ke 2 aku pergilah keluar nk p kedai, lalu kat kawasan kubur di Bakri. huh! sesak! ramainyer orang di kawasan kuburan. erm..terdetik di fikiran bagusnya orang ni. x macam aku. Bagi aku mereka ingatkan orang yang telah pergi dan mereka jua menanam  sifat mengingati mati. bukankah mereka antara orang2 yang berjaya? insyaAllah. Terasa ada satu pesta di situ, namun aku hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.

                   Sepanjang drive, aku mengelamun sendiri, teringat saat aku di bumi ACEH. Ketika itu sambutan Nuzul Quran. Seorang mantan imam masjidil haram dijemput untuk memberi ceramah. Hari itu merupakan hari ke-2 kami solat terawih di masjid Baitulrahman. ingat lagi tak kes tsunami yang melanda Aceh tapi satu-satunya masjid yang selamat. itulah masjid Baitulrahman. Lautan manusia yang membanjiri masjid untuk sambutan Nuzul Quran membuatkan aku terasa kagum. hinggakan ada yang solat di atas rumput. aku sendiri hanya dapat solat di dataran masjid betul2 di hadapan pintu masuk utama. sempat jua beramah mesra bersama orang tempatan di situ.

replika masjid Baitulrahman
                  Aku kongsikan serba sedikit hasil ceramah yang di sampaikan apatah lagi tajuknya supaya kita mengingati mati. Menurutnya, laut sentiasa berdoa sebanyak 3 kali dalam sehari untuk menghancurkan manusia. dan mungkin apa yang terjadi ketika tsunami adalah dengan keizinan Allah jua mengkabulkan sebahagian dari doa itu. mungkin!. siapa diantara kita yang sudah bersedia mengingati mati, sila angkat tangan!!! semua jemaah senyap dan tiada siapa yang berani mengangkat tangan. Justeru, kita perlulah sentiasa bersedia untuk mati. soalnya, bagaimana caranya untuk kita sentiasa mengingati mati? kepada yang berkeluarga, bawalah anak2 di hujung minggu ke ke kuburan dan kepada yang belum berkeluaga perlulah turut serta sebagai salah satu destinasi beriadah. itulah tarbiah yang terbaik.
hari pertama aku dapat masuk dalam masjid nie..

                 Kata-kata itu diteruskan lagi...bukan itu sahaja malahan, setiap manusia perlu bersedia dengan kematian dengan cara membeli sendiri kain kafan. Jangan hanya sudah meninggal baru ditunggu waris membelikan kain kafan untuknya. Adalah lebih elok jika sudah membeli kain kafan, maka digantung pula di kamar pembaringan. insyaAllah kita TIDAK AKAN TIDUR. sekalian jemaah tersenyum dan tertawa. mana mungkin ada yang berani membuatnya. Rasionalnya jika kita benar2 mengingati mati, kita tidak akan lena untuk tidur dan kita akan bangkit untuk beribadat di tengah malam menghabisi sisa2 hidup menghadapi kematian..

                 Moga coretan yang ringkas ini mampu memberi sedikit kesedaran buat kita semua...amien..

                   


di hadapan pintu masuk utama masjid. 


Suasana dalam masjid Baitulrahman. Indah!








Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

                 
                   Salam buat semua rakan dan taulan yang mengenali diriku. sekejap jer dah syawal kan? Ramadhan yang telah meninggalkan kita entahkan sudah terisi atau tidak. Tepuk dada tanya iman. buat yang berjaya khatam quran ku ucapkan tahniah. anda sekurang-kurangnya telah cuba menyemarakkan Ramadhan. siapa ya antara kita yang ada jumpa Liatulqadar? huh! alangkah bertuahnya hidup.

                   Sepanjang ramadhan ni banyak perkara yang berlaku, aku turut serta dalam program pengantarabangsaan ke ACEH dari 3-6 OGOS. terlalu banyak pengalaman yang aku nk kongsikan. insyaAllah di kesempatan yang lain akan kuceritakan. almaklum..berpuasa di serambi mekah agak berbeza di bumi sendiri. tak dapat di Mekah di ACEH pun jadilah...

Berita tentang kami dipaparkan di akhbar berita harian 9/8/12
                    Satu lagi perkara bersejarah di Ramadhan yang lalu, sekolah SAR telah diiktiraf di bawah SABK. Maka, secara tak langsung aku adalah salah seorag kaitangan kerajaan. huh! akhirnya. Alhamdulillah, dengan izinnya jua aku dikurniakan rezeki seumpama ini. moga aku dapat membantu keluargaku terutama mak dan ayah. tunggu yea mak, ade rezeki kita pergi tunaikan Haji. insyaAllah. doakan aku.

di majlis menandatangani MoU



                      Oklah last but not least, aku postkan bersama gambar aku bersama family. bukan ape, saje nk syer. nk cite kat fb x best. Raya tahun ni sgt penat walaupun br 1 hr raya. tah camne aku mase aku angkat ayam nk basuh, tersalah step kot, tibe2 menjerat pinggang aku. sakitnya hanya tuhan yang tahu. dah takleh nk bongkok. huh! ermm...ditakdirkan pulak abang ipo aku masuk spital pagi raye. knelah bantu membantu family die ape yang termampu...oklah dah nk p beraye...

Slamat hari raya , maaf zahir dan batin..sayang awak semua.. (^_^)

ade yang xde dalam gambo. mane tah diorang