Pages

Tuesday, August 21, 2012

Hidup vs Mati



                   Huh! cam seram jer tajuk post aku kali nie. ermm... tp bukan ke kite disarankan agar sentiase mengingati mati. huhu..
      
                   Terkadang aku terfikir gak, yealah aku ni bukan ustazah, bukan jua pendakwah cuma ingin bermadah terkadang yang tak tentu arah. Terfikir gak ape kate orang lain lau aku ni asyik nk cakap pasal agama konon. tapi ilmu tak setinggi mane. itulah hidup kan! asyik nak fikir apa orang kata, sampaikan nk wat ape2 pun terhalang dengan sebab pemikiran kita "apa orang kata".

                   Oklah, aku teruskan jugak ape yang aku nak kate. Semalam, raye ke 2 aku pergilah keluar nk p kedai, lalu kat kawasan kubur di Bakri. huh! sesak! ramainyer orang di kawasan kuburan. erm..terdetik di fikiran bagusnya orang ni. x macam aku. Bagi aku mereka ingatkan orang yang telah pergi dan mereka jua menanam  sifat mengingati mati. bukankah mereka antara orang2 yang berjaya? insyaAllah. Terasa ada satu pesta di situ, namun aku hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.

                   Sepanjang drive, aku mengelamun sendiri, teringat saat aku di bumi ACEH. Ketika itu sambutan Nuzul Quran. Seorang mantan imam masjidil haram dijemput untuk memberi ceramah. Hari itu merupakan hari ke-2 kami solat terawih di masjid Baitulrahman. ingat lagi tak kes tsunami yang melanda Aceh tapi satu-satunya masjid yang selamat. itulah masjid Baitulrahman. Lautan manusia yang membanjiri masjid untuk sambutan Nuzul Quran membuatkan aku terasa kagum. hinggakan ada yang solat di atas rumput. aku sendiri hanya dapat solat di dataran masjid betul2 di hadapan pintu masuk utama. sempat jua beramah mesra bersama orang tempatan di situ.

replika masjid Baitulrahman
                  Aku kongsikan serba sedikit hasil ceramah yang di sampaikan apatah lagi tajuknya supaya kita mengingati mati. Menurutnya, laut sentiasa berdoa sebanyak 3 kali dalam sehari untuk menghancurkan manusia. dan mungkin apa yang terjadi ketika tsunami adalah dengan keizinan Allah jua mengkabulkan sebahagian dari doa itu. mungkin!. siapa diantara kita yang sudah bersedia mengingati mati, sila angkat tangan!!! semua jemaah senyap dan tiada siapa yang berani mengangkat tangan. Justeru, kita perlulah sentiasa bersedia untuk mati. soalnya, bagaimana caranya untuk kita sentiasa mengingati mati? kepada yang berkeluarga, bawalah anak2 di hujung minggu ke ke kuburan dan kepada yang belum berkeluaga perlulah turut serta sebagai salah satu destinasi beriadah. itulah tarbiah yang terbaik.
hari pertama aku dapat masuk dalam masjid nie..

                 Kata-kata itu diteruskan lagi...bukan itu sahaja malahan, setiap manusia perlu bersedia dengan kematian dengan cara membeli sendiri kain kafan. Jangan hanya sudah meninggal baru ditunggu waris membelikan kain kafan untuknya. Adalah lebih elok jika sudah membeli kain kafan, maka digantung pula di kamar pembaringan. insyaAllah kita TIDAK AKAN TIDUR. sekalian jemaah tersenyum dan tertawa. mana mungkin ada yang berani membuatnya. Rasionalnya jika kita benar2 mengingati mati, kita tidak akan lena untuk tidur dan kita akan bangkit untuk beribadat di tengah malam menghabisi sisa2 hidup menghadapi kematian..

                 Moga coretan yang ringkas ini mampu memberi sedikit kesedaran buat kita semua...amien..

                   


di hadapan pintu masuk utama masjid. 


Suasana dalam masjid Baitulrahman. Indah!








No comments:

Post a Comment