Pages

Saturday, January 12, 2013

2013

                   Detik masa terus menginjak ke angka 2013 dari 2012. perubahan dari angka "2" kepada angka "3" memberi makna yg sangat bererti buat diriku. Aku dah tinggalkan angka "2" dan kini umurku bermula dengan angka "3". ishh...dah makin tua dah rupenyer aku. Apa yang aku dah capai sepanjang usia "2" ku? apa yang aku nk gapai dalam usia "3"ku?. betapa beretinya saat dan ketika walaupun terkadang ingin sekali jarum jam itu diputar kebelakang.

                   2012, tamatnya pengajianku di IPG. entah apa yang aku jawab dalam peperiksaan akhir tempoh hari. tunggu jela bulan 2 nnt keputusan yang keluar. Walaupun sudah diberitahu oleh penyelaras bahawa kami semua lulus tapi hati tetap terasa resahnya. Maka, tamat pengajian ini, bertebarlah kami ke sekolah masing2 untuk terus menunaikan amanah sebagai guru.  Entah bila akan kembali bertemu. senda dan gurau seperti dahulu.

                   2013 belum menjelma tapi kepenatan menguruskan pelbagai hal birokrasi amat menguji fizikal dan mental. SAR sudah berubah namanya menjadi SABK. betapa sukar untuk mencapai hasrat tersebut kini kesan perubahan amat terasa apabila dihambat dengan pelbagai tugasan untuk selaras seperti sekolah kementerian yang lain. RPT yang tidak pernah kukenal kini menjadi rakan yang paling akrab. kehulu dan kehilir diusung untuk dirujuk. Hal panitia juga sesuatu yang baharu. walaupun namanya tidak asing tapi penyediaan failnya membuatkan kami runsing. Syukurku pada Ilahi atas tunjuk ajak GKMP yang prihatin. tak pernah di buat orang, aku bertungkus lumus menyiapkan tugasan sabtu dan ahad hingga pulang jam 11 mlm semata2 untuk semua ini. Alhamdulillah, berhasil akhirnya.

                  Aku cuba set dalam minda, guru sekolah menengah memang banyak keje. kalau diikutkan sekolah kmenterian guru balik jam3.20ptg. walaupun sekolah masih mengekalkan balik jam 1.50ptg tapi kelas petang yang bermula jam 3 hingga 4.30 petang terkadang terasa bebanan.Aku juga terjebak dalam rungutan pelbagai guru, tapi akhirnya aku akur. Rasionalnya sememangnya jika dikira jam bertugas guru sekolah kementerian adalah sama dengan kelas petang yang diaturkan kepada kami.

               Aku berazam untuk tahun 2013 ini, aku akan menjadi orang yang rajin. Aku nak jadi kaya. bukan shj kaya harta tetapi kaya ilmu. Aku sudah ada sedikit perancangan mengurus kewangan. Moga Allah memudahkan jalan itu...

             Opss...ada lagi satu perkara yang aku nk cerita. Rakan sejawatku di sekolah akan mendirikan rumahtangga tahun ini. 5 orang beb! ramai tu. semuanya usia di bawahku..25 tahun. aishh...mudenyer mereka dipertemukan jodoh. Entah kenapa satu hari salah seorang dr mereka bertanya.."akak bile lagi" aku tersenyum. kenape yer aku terasa pilu? selang beberapa hari, aku berbual bersama rakanku ada pelajar kelasku bertanye hal yang sama. Respon dari rakanku semakin menghiris hatiku.."kalau akak jadi ko, aku akan tercabar. yela 5 orang kawen tahun ni. sume lebih mude plak dari ko. kalau akula...rase tercabar". Huh!!...apekah kata2 yang mampu menjadi penawar hatiku???




            All is well. Allah maha adil, kembalilah kepada Allah. Allah yang menjadikan kita dan Allah Maha mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya.

Aku hanya Hamba...









No comments:

Post a Comment