SESUNGGUHNYA tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah
yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima
nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti.
Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan,
nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu
Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut
mengucap syukur selalu kepada-Nya.
Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat
sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah
untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa
mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup
membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi
mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.
Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang
yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya
kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa
tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang
ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami
kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit.
Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang
itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah
mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak
menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad
s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah
bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya
iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Sudah jadi
lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit.
Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut
peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak
kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh
mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia
makan sepuas-puasnya.
Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai
penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang
berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam
dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh
kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang
dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup
berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin
cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu.
Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan
mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah
mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari
rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah
mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya
terutama solat fardu lima waktu.
Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat.
Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga,
bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan
kerana kita mampu mengerjakannya.
Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir
dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga
akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai
seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi
masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab,
“Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada
Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku
sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan
setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera.
Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus
menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun
akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya
(baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat
Muslim daripada Abu Hurairah).
Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda
yang bermaksud: “Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba
di hari kiamat – maksudnya tentang nikmat – adalah dikatakan,
‘Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air
yang dingin.” (Hadis riwayat Tirmizi) Mereka yang menghargai kesihatan
sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang
Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan
takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di
waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.
Amat rugi hidup seseorang Muslim kalau badannya sihat, kuat dan
bertenaga dihabiskan dengan kerja maksiat dan melakukan amalan yang
dilarang-Nya. Tambah malang lagi jika umur panjang tanpa amalan soleh
sebagai bekalan di hari kemudian.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kekayaan tidak akan menimbulkan
bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa
lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah
bahagian daripada nikmat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).
SESUNGGUHNYA tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah
yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima
nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti.
Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan,
nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu
Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut
mengucap syukur selalu kepada-Nya.
Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat
sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah
untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa
mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup
membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi
mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.
Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang
yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya
kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa
tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang
ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami
kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit.
Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang
itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah
mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak
menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad
s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah
bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya
iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Sudah jadi
lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit.
Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut
peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak
kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh
mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia
makan sepuas-puasnya.
Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai
penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang
berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam
dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh
kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang
dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup
berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin
cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu.
Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan
mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah
mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari
rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah
mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya
terutama solat fardu lima waktu.
Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat.
Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga,
bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan
kerana kita mampu mengerjakannya.
Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir
dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga
akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai
seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi
masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab,
“Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada
Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku
sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan
setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera.
Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus
menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun
akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik
dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya
(baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat
Muslim daripada Abu Hurairah).
Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat.
Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang
diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap
Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan
(didatangi) lima perkara.
Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah peluang masa mudamu sebelum
datang tuamu, peluang masa kayamu sebelum datang fakirmu, peluang masa
lapangmu sebelum datang kesibukanmu, peluang masa sihatmu sebelum datang
sakitmu dan peluang masa hidupmu sebelum datang matimu.
No comments:
Post a Comment