Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan!
Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah.
Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah.
Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!
Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Al hasil, apabila tabir percintaan berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian. Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia, kita terpaksa mengenali perubahan itu. Mustahil, masakan tidak, untuk mengenali hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.
Nasihatku buat yang dilamun cinta, tidak kira siapapun anda, remaja atau dewasa, awasilah diri dari dihanyut nafsu. Nafsu hanya menjerat kita untuk nikmat yang sementara dan sesal yang tiada sudah. utamakanlah yang lebih utama. Buat remaja dan penuntut amnya, kejarlah cita-cita nescara akan hadir jua cinta. Dan cinta sejati hanyalah untuk Allah.
Aku bukanlah insan yang sempurna mana. Ini adalah sekadar sedikit coretan yang kuubah entri tanpa mengubah maksud asal dari blog gentarasa yang kukita dapat untuk memberi sedikit peringatan buat yang hanyut. Aku juga pernah melalui cinta manusia dan aku jua pernah dibayangi 1001 rasa rindu. cume bezanya ketika itu aku sudah memegang segulung ijazah. Dalam suasana persekolahan, jika ada dalam kalangan pelajarku yang hanyut, aku akan termenung sendirian dan bermain dengan bermacam2 persoalan. Mampukah mereka mengawal "nafsu" sedangkan tindakan selalu melulu.? mampukah mereka mengawal "rindu" sedang "buku" masih dibahu? hingga lidah terkelu bila disoal guru.
No comments:
Post a Comment