Pages

Saturday, October 15, 2011

Betulkan yang biasa, Biasakan yang betul.

            selamat berhujung minggu kepada pembaca blog sekalian. sebenarnya aku sedang dihambat kesempitan masa dalam menyaipkan asgmn dan mengulangkaji topik subjek bm spm yang hanya tinggal 31 hari je lagi. namun aku gagahi jua untuk berkongsi sedikit ilmu buat semua. kalau sebelum nie aku asyik bercerita kisah silamku dan kesilapan yang pernah aku lakukan. hari ini aku rase biarlah aku jelaskan apakah yang wajar dialakukan oleh seorang guru andai ada masalah yang dilakukan oleh pelajar. semua ini berlaku dalam hidupku sebagai penduan dan pengajaran diriku jua agak tidak melakukan kesiapan yang sama dalam menghukum pelajar.
           
             Aku bawakan satu kes yang biasa dilakukan pelajar, kes pelajar membawa hp ke sekolah atau ke asrama dan sebagainya . Persoalannya apakah tindakan wajar yang dilakukan guru? soalan ini agak biasa dan tindakan yang diambil biasanya iaitu merotan atau merampas dan memberitahu penjaga.

              Tapi perlu diingat seseorang guru itu tidak wajar untuk menyelongkar apa sahaja yang ada di dalam hp pelajar tersebut sama ada gambarnya apatahlagi mesejnyer...itu adalah hak pelajar dan "privercy" bg dirinya. Begitu juga halnya antara anak dan ibubapa ada hak peribadinya yang tidak boleh dicampur. tidak terlepas juga halnya antara suami dan isteri masing2 ada hak peribadinya yang tersendiri yang tidak boleh dikongsi. untuk kes seperti ini. perlu diingatkan diary seseorang juga adalah hak peribadi seseorang yang tidak boleh diselongkar.

              Kita lihat pula situasi andainya seorang guru itu bertindak melihat isi hp tersebut dan terlihat olehnya gambar pelajarnya tengah berpegang tangan atau sebagainya yang melanggar syariat Islam, bagaimana? adakah guru itu berhak menegur akhlak pelajar tersebut walaupun untuk kebaikan? Jawapannya TIDAK! Kenapa? sebab kesalahan pelajar tersebut adalah membawa hp sahaja. malah tindakan guru yang melihat gambar di hp pelajar itu adalah melanggar etika manusia dan islam. Malahan guru itulah sebenarnya yang wajar dihukum. Kita kaitkan pula kisah Robin Hood yang mencuri harta si kaya dan diberi kepada golongan miskin, adakah wajar tindakannya mencuri harta si kaya walaupun tujuannya untuk kebaikan?

            Oleh itu tindakan seorang guru hanyalah merampas hp tersebut dan kenakan tindakan disiplin kepada pelajar itu. pendek kata terpulang pada tindakan guru disiplin. ingat! hanya guru disiplin dan pengetua sahaja yang berhak merotan pelajar yang melakukan masalah disiplin. 

             Izinkan aku mengupas sedikit berkaitan isu yang aku ketengahkan ini. kewajaran guru  tidak boleh menyelongkar hp pelajar adalah kerana  Islam bukan mencari salah org..tapi islam membetulkan ape yg salah...kita  kene ingat islam ni terbentuk utk tegakkan 5 perkara..
  1. agama
  2. harta
  3. akal
  4. keturunan
  5. maruah...
              Cara menyelongkar tadi tu dah langgar etika juge maruah org...ape lagi sesame islam..walaupun pada hakikatnya kita terfikir tindakan kita adalah untuk membentuk kebaikan.

Sunday, October 9, 2011

Dosa silam

             Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:

“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)
            Dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24

            Ibnu Khatir  menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”
 
             Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!

            Apa yang ingin ku ungkapkan adalah berkaitan kisah silam yang menghantui diriku yang serba banyak mehenyak jiwaku hingga dihambat perasaan resah dan gelisah. entah kenapa, BIG yang kuikuti baru-baru ini  membuatkan aku seolah-olah rasa tertampar dengan kisah silamku yang begitu mengaibkan. sepanjang bergelar guru, tiada perkara yang boleh menjadi kebanggaanku. Semuanya penyesalan al hasil dari tindakan meluluku terhadap pelajarku. Amarah yang membelengguku membuatkan aku terasa diri sangat berkuasa dan akulah orang yang selayaknya ditakuti dan ditaati oleh pelajarku. Kesannya, banyak dari tindakanku menghukum dengan cara yang salah dan adakalanya tersalah menghukum...Andai ditakdirkan kita boleh berpatah balik ke zaman silam, akulah orang pertama yang berada dibarisan utama. 

             "Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai". secebis kata dari doa taubat yang sering dialunkan. walaupun pasir hanyalah simbolik dari kiasan dosa, mampukah kita membersihkannya. Walauapapun, ingatlah Rahmat ALLAH maha luas meliputi langit dan bumi serta seluruh isi alam. moga taubat kita diterima oleh Nya. ..
           

Saturday, October 1, 2011

Aku dan Cinta

            Kadangkala aku sendiri kebingungan. Bila ditusuk soalan demi soalan. Bagi yang telah merasa cinta… Bagi yang belum merasanya. Cinta tidak habis-habis diperkatakan, walaupun telah berkali-kali aku pesankan bahawa cinta itu bukan Tuhan! 
 
            Dulu aku pernah mengingatkan diri sendiri, dipercayai lebih utama daripada dicintai. Namun, mengapa hati masih tidak mahu percaya? Kekadang, jalan berapi ditempuh jua. Ah, bujukan nafsu terlalu melulu. Sudah terantuk baru terngadah. Sudah berdarah, baru berubah. 

          Pada remaja yang terus bertanya… Pada ’retua’ yang terus meminta… satu kepastian, satu panduan… terus-terang kukatakan aku sendiripun terus bertanya dan terus meminta. Tidak mungkin aku memberikan apa yang aku tidak punya! Tetapi itu bukan alasan untuk menyerah. Mencari dan terus mencari, itulah yang lebih berharga. rasa belum memiliki adalah modal terpenting untuk memiliki cinta… cinta Allah. 

            Itulah cinta pertama dan cinta utama. Walaupun sudah berkali-kali kalimah itu disebutkan, tetapi yang mendengar cuma telinga dan akal, bukan jiwa dan hati. Hati masih tuli… Jiwa masih alpa… Bila dia berani berkata dan merasa, cinta yang dicari lebih baik daripada cinta yang ditemui!

             Cinta kerana nafsu memang buta. Kita dikelabui oleh daya tarikan fizikal sehingga tidak punya mata hati dan akal untuk mengenal siapa yang kita cintai dengan tepat dan betul. Al hasil, apabila tabir percintaan berlabuh. Realiti tidak seindah ilusi. Kenyataan berbeza sungguh daripada impian. Manusia adalah makhluk yang sentiasa berubah. Ia punya hati yang sangat konsisten untuk berbolak-balik. Bila hati berubah, fikiran dan tingkah laku juga akan berubah. Untuk kita mengenal manusia, kita terpaksa mengenali perubahan itu. Mustahil, masakan tidak, untuk mengenali hati sendiripun acapkali kita tidak mampu, inikan pula hati orang. Sukar diduga dan ditebak.

            Nasihatku buat yang dilamun cinta, tidak kira siapapun anda, remaja atau dewasa, awasilah diri dari dihanyut nafsu. Nafsu hanya menjerat kita untuk nikmat yang sementara dan sesal yang tiada sudah. utamakanlah yang lebih utama. Buat remaja dan penuntut amnya, kejarlah cita-cita nescara akan hadir jua cinta. Dan cinta sejati hanyalah untuk Allah.

            Aku bukanlah insan yang sempurna mana. Ini adalah sekadar sedikit coretan yang kuubah entri tanpa mengubah maksud asal dari blog gentarasa yang kukita dapat untuk memberi sedikit peringatan buat yang hanyut. Aku juga pernah melalui cinta manusia dan aku jua pernah dibayangi 1001 rasa rindu. cume bezanya ketika itu aku sudah memegang segulung ijazah. Dalam suasana persekolahan, jika ada dalam kalangan pelajarku yang hanyut, aku akan termenung sendirian dan bermain dengan bermacam2 persoalan. Mampukah mereka mengawal "nafsu" sedangkan tindakan selalu melulu.? mampukah mereka mengawal "rindu" sedang "buku" masih dibahu? hingga lidah terkelu bila disoal guru.