Aku bawakan satu kes yang biasa dilakukan pelajar, kes pelajar membawa hp ke sekolah atau ke asrama dan sebagainya . Persoalannya apakah tindakan wajar yang dilakukan guru? soalan ini agak biasa dan tindakan yang diambil biasanya iaitu merotan atau merampas dan memberitahu penjaga.
Tapi perlu diingat seseorang guru itu tidak wajar untuk menyelongkar apa sahaja yang ada di dalam hp pelajar tersebut sama ada gambarnya apatahlagi mesejnyer...itu adalah hak pelajar dan "privercy" bg dirinya. Begitu juga halnya antara anak dan ibubapa ada hak peribadinya yang tidak boleh dicampur. tidak terlepas juga halnya antara suami dan isteri masing2 ada hak peribadinya yang tersendiri yang tidak boleh dikongsi. untuk kes seperti ini. perlu diingatkan diary seseorang juga adalah hak peribadi seseorang yang tidak boleh diselongkar.
Kita lihat pula situasi andainya seorang guru itu bertindak melihat isi hp tersebut dan terlihat olehnya gambar pelajarnya tengah berpegang tangan atau sebagainya yang melanggar syariat Islam, bagaimana? adakah guru itu berhak menegur akhlak pelajar tersebut walaupun untuk kebaikan? Jawapannya TIDAK! Kenapa? sebab kesalahan pelajar tersebut adalah membawa hp sahaja. malah tindakan guru yang melihat gambar di hp pelajar itu adalah melanggar etika manusia dan islam. Malahan guru itulah sebenarnya yang wajar dihukum. Kita kaitkan pula kisah Robin Hood yang mencuri harta si kaya dan diberi kepada golongan miskin, adakah wajar tindakannya mencuri harta si kaya walaupun tujuannya untuk kebaikan?
Oleh itu tindakan seorang guru hanyalah merampas hp tersebut dan kenakan tindakan disiplin kepada pelajar itu. pendek kata terpulang pada tindakan guru disiplin. ingat! hanya guru disiplin dan pengetua sahaja yang berhak merotan pelajar yang melakukan masalah disiplin.
Izinkan aku mengupas sedikit berkaitan isu yang aku ketengahkan ini. kewajaran guru tidak boleh menyelongkar hp pelajar adalah kerana Islam bukan mencari salah org..tapi islam membetulkan ape yg salah...kita kene ingat islam ni terbentuk utk tegakkan 5 perkara..
- agama
- harta
- akal
- keturunan
- maruah...
No comments:
Post a Comment