Untuk memahami yang tersirat dan mencungkil hakikat daripada sesuatu peristiwa, kita perlu menyingkap lembaran sejarah. Walau bagaimanapun, ada bencana yang lebih seni dan maknawi sifatnya. Tidak ketara oleh mata, tetapi sangat derita pada hati. Di dunia, dosa dapat membuat hati keras dan buta dari kebenaran. Ia akan menutup pintu hati dari melihat kebenaran dan membuatnya terbalik dalam membuat penilaian. Allah berfirman:
“Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan, sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan, Kami seksa mereka secara mengejut, maka ketika itu mereka berputus asa. (Surah al-An’am 6: 44)
Dosa akan menyebabkan hidup kita menjadi sempit, perasaan menjadi tidak keruan dan fikiran selalu kacau. Ada sahaja yang tidak kena walaupun kekadang kita sudah memiliki kekayaan, kesihatan dan pekerjaan. Firman Allah: “Dan barang siapa yang berpaling daripada peringatan Ku maka sesungguhnya baginya penghidupan yang sempit.” Thaha: 24
Ibnu Khatir menjelaskan keadaan orang yang melakukan dosa dengan katanya: “Di dunia dia tidak akan mendapat ketenteraman dan ketenangan. Hatinya gelisah akibat kesesatannya. Meski pun lahiriahnya nampak begitu senang, mampu memakan apa sahaja makanan yang diingini, mampu tinggal di mana sahaja yang dia kehendaki, namun selama dia belum sampai kepada keyakinan dan petunjuk maka hatinya akan sentiasa gelisah, bingung, ragu dan masih terus ragu. Ini ialah kehidupan yang sempit.”
Hati orang soleh begitu lembut, sensitif, mudah menerima cahaya hidayah dan taufik. Sebaliknya, hati seorang pendosa menjadi gelap, tertutup, berkarat, keras, dan kerananya tidak dapat ditembusi cahaya kebenaran. Kita sering diingatkan bahawa apabila bencana menimpa jangan salahkan sesiapa, tetapi salahkanlah diri sendiri. Bagaimana kita di sini (di dunia), begitulah kita di sana (akhirat) nanti. Siapa yang menyemai angin, pasti terpaksa menuai badai!
Apa yang ingin ku ungkapkan adalah berkaitan kisah silam yang menghantui diriku yang serba banyak mehenyak jiwaku hingga dihambat perasaan resah dan gelisah. entah kenapa, BIG yang kuikuti baru-baru ini membuatkan aku seolah-olah rasa tertampar dengan kisah silamku yang begitu mengaibkan. sepanjang bergelar guru, tiada perkara yang boleh menjadi kebanggaanku. Semuanya penyesalan al hasil dari tindakan meluluku terhadap pelajarku. Amarah yang membelengguku membuatkan aku terasa diri sangat berkuasa dan akulah orang yang selayaknya ditakuti dan ditaati oleh pelajarku. Kesannya, banyak dari tindakanku menghukum dengan cara yang salah dan adakalanya tersalah menghukum...Andai ditakdirkan kita boleh berpatah balik ke zaman silam, akulah orang pertama yang berada dibarisan utama.
"Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai". secebis kata dari doa taubat yang sering dialunkan. walaupun pasir hanyalah simbolik dari kiasan dosa, mampukah kita membersihkannya. Walauapapun, ingatlah Rahmat ALLAH maha luas meliputi langit dan bumi serta seluruh isi alam. moga taubat kita diterima oleh Nya. ..
No comments:
Post a Comment