Pages

Tuesday, August 14, 2018

BUKU PENULISAN KREATIF

Pada 4 April 2018 BUKU PROJEK PENULISAN KREATIF REMAJA EDISI 01 telah dirasmikan oleh En. Amiruddin Bin Md. Ali Hanafiah Ketua 2 Gabungan Penulis Nasional (GAPENA) Merangkap Ketua 1 Persatuan Penulis Johor.

Untuk makluman buku ini adalah cetusan idea daripada bengkel penulisan yang telah diadakan pada 12-14 April 2017 yang melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 2017. Projek buku ini telah diketuai oleh saya, Cikgu Maisarah Ahmad, Ketua Panitia Bahasa Melayu SMA Lughatul Quran dengan kerjasama dari pihak D Vista Tranning & Consultancy dan Cikgu Ruzaini binti Yahya, guru SMK SAB Muar merangkap penulis novel Tawanan Komander Caucasus.

Projek buku ini adalah yang pertama seumpanya dihasilkan oleh Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Dediksi khas ditujukan buat En Mohd Taufiq Mahmud kerana banyak membantu dalam menjayakan projek ini.

Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini secara peribadi atau untuk diletakkan diperpustakaan sekolah masing-masing boleh hubungi saya pada talian 012-2664198.
Terima kasih







No comments:

Post a Comment