Pages

Saturday, January 14, 2023

Saat kembali kepada Allah

 Apa khabar semua. 

terpanggil untuk menulis kembali sedikit coretan. ada lagi ke yg sudi baca blog ni. entahla rasa macam selesa tulis di sini berbanding medsos yang lain. mungkin di sini akan kucerikan perjalanan hidupku

usiaku mencecah 40. ya, sesuatu yang aku sorokkan pada semua tentang umur. saat inilah aku takut kalau ada perangai buruk yang tak aku ubah. lepas usia ini dah susah. doakan aku. 

dalam usia ini andai dunia yang dikejar masih tak dapat, maka berhentilah dan tumpukan akhirat. kerana umur ini semakin menipis. takut tak sempat nk kejar akhirat. 

Saat untuk kembali kepada Allah. cukuplah dunia yang kukejar dan telah banyak yang aku hilang. Allah panggil aku supaya aku sedar yang aku kena kembali padaNya. terima kasih Allah

Semoga aku dan kita semua selamat kembali kepadaNya. amin



Wednesday, January 9, 2019

Terbaik Dariku

Allah, aku akan cuba mempersiapkan diri yang terbaik kerana aku percaya Engkau sedang sediakan yang terbaik buatku.
Amin....

Tuesday, November 20, 2018

23 UCAPAN DOA YANG BIASA KITA SEMUA DENGAR.


1. جزاك الله خيرا Dibaca Jazaakallah khairan
Artinya : Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan
Kegunaannya : Diucapkan untuk saudara laki - laki hanya 1 orang

2. جزاكم الله خيرا Dibaca Jazakumullah khairan
Artinya : Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan
Kegunaannya : Diucapkan untuk saudara laki - laki Banyak dapat juga digunakan untuk laki - laki dan perempuan banyak.

3. جزاك الله  Dibaca Jazaakillah
Artinya : Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan
Kegunaannya : Diucapkan untuk saudari Perempuan hanya 1 orang

4. و إياك  Dibaca Wa iyyaka
Artinya : Semoga engkau juga dibalas dengan kebaikan
Kegunaannya : Jawaban bagi yang mengucapkan jazaakallah, untuk laki-laki

5. و إياك  Dibaca Wa iyyaki
Artinya : Semoga engkau juga dibalas dengan kebaikan
Kegunaannya : Jawaban bagi yang mengucapkan jazaakallah, untuk Perempuan
 
6.إلتق الله حيث ما كنت  Dibaca Ittaqilaah haitsumma kunta
Artinya : Bertaqwalah kamu kepada Allah dimanapun kamu berada
Kegunaannya : Umum

7. يسار الله/ شهل الله لنا الخير حيث ما كنا  Dibaca  Yassarallah/sahhalallah lanal khaira haitsumma kunna
Artinya : Semoga Allah mudahkan kita dalam kebaikan dimanapun berada
Kegunaannya : Umum

8. اللهم اغفر لنا والمسلمين  Dibaca  Allahummaghfir lana wal muslimin
Artinya : Ya Allah ampunilah kami dan kaum muslimin
Kegunaannya : Umum

9. شفاك الله  Dibaca  Syafakallah
Artinya : Semoga Allah menyembuhkanmu
Kegunaannya : Laki - Laki

10.  شفاك الله  Dibaca  Syafakillah
Artinya : Semoga Allah menyembuhkanmu
Kegunaannya : Perempuan

11.شفاها الله  Dibaca  Syafahallah
Artinya : Semoga Allah menyembuhkanmu
Kegunaannya : Lebih Dari 1 Orang

12. في أماني الله  Dibaca Fii amaanillah
Artinya : Semoga dalam lindungan Allah
Kegunaannya : Umum

13. إلى ألقى  Dibaca Ilalliqa’
Artinya : Sampai ketemu lagi
Kegunaannya : Umum

14. مع السلامه  Dibaca  Ma’as salaamah
Artinya : Semoga dalam keselamatan
Kegunaannya : Jawaban

15. بارك الله  Dibaca  Baarakallah / Barakallah fikum / Allahu yubarikfik
Artinya : Semoga Allah memberkahi / Semoga Allah memberikan kalian berkah
Kegunaannya : Umum

16. بارك الله لك  Dibaca  Baarakallahu laka
Artinya : Semoga Allah memberkahi
Kegunaannya : Untuk Laki - Laki

17. بارك الله لك  Dibaca  Baarakallahu laki a
Artinya : Semoga Allah memberkahi
Kegunaannya :Untuk Perempuan

18. الله المستعان  Dibaca  Allahul musta'an
Artinya : Hanya Allah-lah tempat kita memohon pertolongan
Kegunaannya : Umum

19. و أنت كذالك  Dibaca  Wa anta kadzali
Artinya : Begitu juga kamu
Kegunaannya : Untuk Jawaban

20. حفظنا الله  Dibaca  Hafizhanallah
Artinya : Semoga Allah menjaga kita
Kegunaannya : Umum

21. زادنا أله علما و  حرصا  Dibaca  Zadanallah ilman wa hirsha
Artinya : Semoga Allah menambah kita ilmu dan semangat
Kegunaannya : Umum

22.الله يهدك  Dibaca  Allahu yahdik
Artinya : Semoga Allah memberimu petunjuk/hidayah
Kegunaannya : Umum

23. هدانا الله  Dibaca  Hadaanalla
Artinya : Semoga Allah memberikan kita petunjuk/hidayah
Kegunaannya : Umum

Thursday, September 20, 2018

Majlis anugerah akademik dan solat hajat

Ceritanya aku ni setiausaha Akademik. Entah macam mana Kali ni jadi penyelaras untuk majlis yang agak besar dan menjemput ibu bapa. Yang banyak tolong kerja aku setiausaha kecemerlangan.

Mula2 majlis ni aku nampak simple. Jadi aku releks je. Entah kenapa bila hari semakin hampir aku agak berdebar.

Ada saja yang tak kenapa rasanya. Terutama bahagian hadiah. Aduhai.
Kejap ramai kejap sikit.

Ini adalah program yang julung Kali dibuat. Melibatkan 2 program besar yang disatukan.

Allah, permudahkan. Jangan dipersulitkan.

Hanya kepada Allah aku berserah

Wednesday, August 29, 2018

Makmum

Rezeki hari ni bertemu dengan tiga pelajar bertudung labuh keluar dari Tempat wuduk. Terdetik dihati mcm bkn budak aku.

Ekor mataku terus perhatikan gelagat mereka bertiga walaupun aku sudah hampir Tempat mengambil wuduk.

Sekali lagi terdetik dihati
Ermm, nmpk Sgt bdk2. Lari2. Tapi mcm tula budak msh xde perasaan malu.

Masuk ke perkarangan Tempat solat aku terlihat ada orang yang sedang solat jemaah. Aku ambil keputusan Nak jadi makmum. Entah2 budak tadi sebab bertiga. Yela tu.

Aku makmum masbuk. Selesai mereka bersolat aku sambung lagi dua rakaat. Selesai aku beri Salam Dan berdoa rupanya mereka bertiga menungguku untuk bersalam. Allahu.

Aku Tempat bertanya. Dari sekolah mana?
Dari jawahir al ulum. Ada kursus taranum tadi kat maahad muar.

Owh...macam tu.

Jauh disudut hati entah kenapa aku bangga dengan mereka. Masih kekal berjemaah walau keluar Dari sekolah.

Semoga hidupmu diberkati Allah Nak. 😘

Monday, August 27, 2018

Cakap-cakap

Manusia boleh saja bercakap ikut sedap mulut. Adalah mereka tidak ingat bahawa mereka juga bukan sempurna.

Hidup ini adakalanya memang sukar untuk dirancang. Rancangan Allah ternyata ada hikmah yang tak mampu kita rungkai.

Adakalanya manusia itu tiada pilihan lain melainkan terpaksa terima. Hanya tuhan yang tahu sebaknya hati, peritnya jiwa.

Allah, kuserahkan segala urusan hidupku kepadaMu dan janganlah Kau serahkan urusanku kepadaku walau hanya sekelip mata.