Pages

Monday, December 24, 2012

Untuk Dia




Sorilah ek...layan lagu nie...hehe

Kuatkan radio, kuatkan radio anda
Kuatkan radio, kuatkan radio
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Dia penuh gaya, semua pun nak bayar
Memang selalu belanja
Mungkin anak orang kaya
Kadang kala pabila
Dia ke Singapura
Tak duduk rumah saudara
Dia inginkan Shangrila
Bertemu di Facebook
Beberapa hari kemudian
Mungkin gua comel kot
Ajak ku jumpanya di KL, Ooh KL
Oh lupa bilang gadis ni KL
Tak cakap kosong dia memang begini
Akhirnya dapat tahu dia punyai lelaki
Lelakinya pula kan bawa Mercedez
Apa saja dia minta dia memberi tetapi
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu, ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Engkau punya gaya
Walaupun tak kaya
Bukan paras rupa yang aku pandang sahaja
Mungkin kau lihat ku
Ku banyak berbelanja
Tapi sebenarnya ku biasa-biasa saja
Bertemu di muka buku
Ku jatuh hati padamu
Bukan tak nak mengaku
Tapi hati rasa malu
Senyum mu menawan menawan
Kau buat hatiku tertawan
Ada sesuatu yang kau perlu tahu
Tentang diri aku dengan lelaki itu
Meski dia bisa beriku apa sahaja
Tapi itu semua tidak boleh beri bahagia (bahagia)
Itu bukan segalanya
Aku yang patut, yang patut
Memberinya segala
Kerna aku mampu
Ya aku mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Untuk dia (hey) Untuk dia (hey) Untuk dia (hey)
Jadi engkau yang patut, yang patut
Memberiku segala
Kerna engkau mampu, ya engkau mampu
Melakukan apa-apa saja
Untuk aku (okay)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku (untuk kamu)
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku
Untuk aku

Friday, November 16, 2012

Jangan ulangi kesilapan itu...

                    Dalam meniti kehidupan terkadang kita berada di atas dan terkadang kita berada di bawah. ada kalanya kita berfikiran di atas landasan yang sebenar namun adakalanya kita tersasar. Terlalu sukar sebenarnya dalam membuat pilihan dan keputusan. apatah lagi jika kita seorang ketua atau pemimpin.yang pasti kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik. ingatlah, tiada jalan pintas untuk kejayaan.  Selebinya harus bertawakal.

                     5 Nov 2012 bermulanya peperiksaan SPM tahun ini. Dikala ini hanya tuhan yang tahu betapa gundah gulananya hati hambaNya ini apabila melihat pelajar berbaris lurus dan menadah tangan memohon keberkatan dihari pertama melangkah ke dewan peperiksaan. subjek BM. yup! subjek asas penentu kelulusan seseorang dalam peperiksaan yang besar sebelum melangkah ke IPT. Aku hanya seorang guru yang kerdil, dari segi jasad dan wibawa. Entah kenapa, terasa seperti sesuatu yang tidak kena dalam detik terakhir ini. Namun, kugagahi jua hati ini dan menunjukkan tekad agar pelajarku turut bersemangat.

                    "Cikgu, boleh tak cikgu bacakan yasin untuk kitorang mase menjawab kertas BM". entah kenapa kalimat ini terngiang-ngiang sejak aku didalam perjalanan ke sekolah pada hari itu. dan aku cuba tunaikan permintaan pelajarku itu tapi entah kenapa hatiku terus dipagut resah.

                     Habis menjawab kertas 1, aku di serbu pelajar yang melihat kelibatku. entah kenapa ya, ada yang menangis. TIDAK! aku tidak suka situasi ini. Anak-anak, perlu diberi tunjuk ajar. Guru seperti ibubapa yang perlu berlakon didepan anak-anak untuk kebaikan mereka. Aku bersikap tenang dan terus memberi semangat. "Fokus kertas 2. Lupakan Kertas 1".

                    Detik terus berlalu, aku terus memacu kenderaanku dikala pelajarku terus mencoretkan pen di kertas masing-masing untuk kertas 2. Dikejauhan, aku melihat mereka di dewan dalam keadaan sebak berbaur kesal. "Ya Allah, janganlah Engkau menghukum mereka atas kesalahan yang aku lakukan. Berilah mereka kemudahan dalam SPM".Aku tak sanggup mengadap mereka dikala keluar dewan nanti. TIDAK...aku tak sanggup.

                    kekesalan yang ku tanggung membuatkan aku seperti tidak boleh berfikir. solat, tidur. itulah penawarku ketika itu. Dalam dinihari aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari ASPURI. "Cikgu, maafkan saya, saya tak dapat buat yang terbaik cikgu" suara di corong telefon dalam nada sebak membuatkan air mataku turut bertakung. Allah....

                                                                      ***
                    Apa yang aku ceritakan bukanlah membuka pekung didada, tetapi sekadar panduan untuk yang lain agar tidak membuat kesilapan sebagaimana yang telah aku lakukan. biarlah kujelaskan apa yang terjadi sebenarnya. kekesalan itu sememangnya perlu kutangguang tetapi sesalan semalam dan tangguangjawab hari ini tidak mungkin dapat dipikul sekali. bebanannya terlalu berat. justeru, pengalaman semalam jadikanlah sandaran dalam menggapai tanggungjawab yang sebenar hari ini.

                   Sebenarnya, minggu terakhir sebelum peperiksaan, ada seorang guru yang sudah berkecimpung lama dalam Dunia Bahasa Melayu memberi aku beberapa helaian "sport soalan".  maklumat itu pula beliau dapati daripada seorang guru penggubal soalan. Prestasi sekolah itu melonjak namanya pada tahun 2011 dimana semua pelajarnya berjaya mendapat "A" dalam subjek BM. sikap ingin berkongsi denganku membuatkan aku begitu ghairah seolah-olah aku sudah tahu soalan yang bakal keluar. Aku memberikan kepada pelajarku apa yang aku dapat. Pelajarku pula teruja dan seperti hanya itu sahaja perlu dibuat ulangkaji. Pesanku pada mereka, "ini hanya ramalan, kita hanya mampu merancang, kalau keluar Alhamdulillah.. kalau x keluar.....", "innalillah..." jawab pelajarku pula sambil berseloroh. Ternyata, setelah peperiksaan berlangsung, apa yang aku amati, pelajarku tidak fokus kepada yang lain selain kertas "sport" tersebut. Hanya segelintir sahaja yang mengulangkaji keseluruhannya.

                    Ramalan itu benar-benar meleset. Dari 7 tajuk karangan yang diberi, tidak 1 pun yang keluar. Apatah lagi ada pelajarku yang terus menghafal contoh karangan yang diberi tanpa melihat lagi contoh2 karangan yang lain. Natijahnya, mereka tidak mampu mengemudi bahtera BM dikala SPM pagi itu. Kita merancang dan Allah juga merancang. Sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Ditakdirkan apa yang disport semua tak keluar. Mungkin memberi petunjuk buatku agar tidak lagi menggunakan kaedah yang melemahkan ini. Itulah yang berlaku pada Kertas 1. Guru yang berkongsi soalan itu juga seperti kesal dan mohon maaf kepadaku dengan apa yang berlaku. Tidak, aku sesekali tidak salahkan dia. niatnya baik untuk membantu anak bangsa. Namun, aku perlu gagah dalam mempertahankan pendirianku bahawa, aku perlu mengajar semua silibus kepada pelajarku dan selebihnya terpulang pada kudrat masing-masing untuk menggapai kejayaan. Segalanya terpulang pada usaha masing-masing. Guru (aku) sudah menjalankan tugasku. kini sewajarnya tiba giliran mereka untuk memilih jalan kejayaan atau kegagalan.

                   Aku bermuhasabah. Apa yang berlaku berpunca daripada kesilapanku mendidik. Sikap terlalu bersuap membuatkan pelajarku lemah. apatah lagi suapan terakhir yang hampir sahaja membunuh mereka. Dalam jangka masa yang terdekat, mereka kurang berusaha membuat ulangkaji keseluruhan dari apa yang mereka pelajari. Dari sudut jangka panjangnya pula, Pelajar yang dilatih begini tidak akan mampu berdiri sendiri di medan menuntut ilmu di menara gading kelak. Semuanya al-hasil dari didikan suapan yang melampau...

                  Aku bertekad, insyaAllah. Aku tidak akan ulangi kesilapan ini. Doaku, moga pelajar SPM 2012 mendapat kejayaan yang cukup cemerlang. Amienn....




 







Sunday, October 28, 2012

Sabar

                   Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!” Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.

                 Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” Firman Allah:
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).” 

                  Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

Sunday, October 14, 2012

"kasih sayang"

                   Jari jemariku menekan keyboard dengan perasaan yang agak hambar. tiada perkara yang membuatkanku teruja untuk menaip ketika ini. tetapi entah kenapa kuteruskan jua langkah ini tanpa arah tuju yang sebenar.

                  Hmm...terasa sunyi kadang2 hidup ni. kawan2 sume dah ade tanggungjawab. aku? masih di hentian ini. mungkin menunggu sang putera berkuda putih menjemput. terkadang aku terfikir, di mana ya mereka2 yang rapat denganku suatu ketika dulu? apehal daa..aku nie, cam nk wat karangan plak. xpela, layannn...

                  Memori silam terkadang menjengah. satu persatu bayangan mereka bermain jelas di mataku. ermmm, siapa ya yang aku sukar nk lupakan dalam hidup ini? hmmmm, tiba-tiba teringat aku ketika sekolah rendah,  yati. walaupun rapat tapi sering bercakaran. nama sebenarnya Mariati Abu, aku M..A jugak. kdg2 jd trade mark kami, MAMA. tah pape. Tapi yang aku suka kawan, namenye Faezah. hehe. mungkin sebab aku minat kat abang die kot. SA gitu...minat dalam diam. ape laa aku ni, sekolah rendah dah nk minat2. ceh. haha...dah bahagia pun die skang. tapi dalam mase yang same aku suke kawan ngan Ummu, kawan baik sampai aku beso. wat mase ni die jela yang single cam aku.
             
                 Sekola men, aku ade geng gak. 4 orang. Jun, Noni, Why dan aku. Jun jer yang msh jd geng aku sampai skang. kat matrik, kwn baik aku lelaki. seyez. walaupun aku dulu jenis "gonjol" tp hakikatnya aku sebenarnye jenis pemalu dengan lelaki. Zam. budak muar jugak. rajin call aku tp sejak die dah nikah, jarang betol kontek aku. isterinya cemburu. begitulah menurutnya hinggakan hp nyer sering di godam dihadapannye. biarlah, hal rumah tangga diorang. tp kes aku ngan die ni blh dikatekan sahabat baik. kitorang dlu slalu syer masalah.

               Ops! ade 1 orng yang aku hampir terlupe, pakwe aku. ehhh. hehe...tersilu pulak. aku mule couple mase aku sem last kat U. Aku terima nikahnye, ehh sasul lagi...aku terima dirinya sebagai ehem2 dalam phon jer than terus x jumpe2 sampai 5 tahun lamenyer. pastu STOPPPP!!!!. time tu aku lek jer. susahnyer cinte jarak jauh. sejauh padang pasir. katenyer die skang ajo J-kaf kat sabah dan dah nk kawen ngan gadis selangor. huhu..

              Camtulah, laluan hidupku bersama rakan tersayang. inilah kelemahanku sejak dulu, aku sukar nk melafazkan sayang kat orang yang aku sayang. bagi aku cukuplah sekadar aku menunjukkan perbuatan atau "take care". dulu bagiku kata2 "sayang" amat mahal dan aku akan berikan hanya untuk orang yang aku sayang. tp akhirnya aku sedar. rupenye dengan melafaskan kata2 sayang pada sesiapa jua yang kita sayang maka akan membuatkan jiwaku lembut.  terkadang aku cemburu dengan sikap orang sekelilingku yang mudah melafazkannya.  yup, aku cuba untuk berterus terang pada kalian, aku sayang korang sume. luv u all..

             Terima kasih buat adikku ****** atas kesedaran ini dan aku akan menyayangimu sampai bila2. InsyaAllah. 


             

Friday, August 24, 2012

Lagu Semaian Subur IPGKTI

Semaian subur, semaian subur.
begitulah cogankata.
maktab kami,maktab kami.
maktab yang kami cinta.

kami janji,kami rela.
rajin tekun berusaha.
tabur bakti,curah tenaga.
berkhidmat kepada negara.

ilmu pengetahuan yang disemai didada.
agar subur membunga.
kami akan mendidik puteri dan putera.
jadi rakyat berguna....

Tuesday, August 21, 2012

Hidup vs Mati



                   Huh! cam seram jer tajuk post aku kali nie. ermm... tp bukan ke kite disarankan agar sentiase mengingati mati. huhu..
      
                   Terkadang aku terfikir gak, yealah aku ni bukan ustazah, bukan jua pendakwah cuma ingin bermadah terkadang yang tak tentu arah. Terfikir gak ape kate orang lain lau aku ni asyik nk cakap pasal agama konon. tapi ilmu tak setinggi mane. itulah hidup kan! asyik nak fikir apa orang kata, sampaikan nk wat ape2 pun terhalang dengan sebab pemikiran kita "apa orang kata".

                   Oklah, aku teruskan jugak ape yang aku nak kate. Semalam, raye ke 2 aku pergilah keluar nk p kedai, lalu kat kawasan kubur di Bakri. huh! sesak! ramainyer orang di kawasan kuburan. erm..terdetik di fikiran bagusnya orang ni. x macam aku. Bagi aku mereka ingatkan orang yang telah pergi dan mereka jua menanam  sifat mengingati mati. bukankah mereka antara orang2 yang berjaya? insyaAllah. Terasa ada satu pesta di situ, namun aku hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.

                   Sepanjang drive, aku mengelamun sendiri, teringat saat aku di bumi ACEH. Ketika itu sambutan Nuzul Quran. Seorang mantan imam masjidil haram dijemput untuk memberi ceramah. Hari itu merupakan hari ke-2 kami solat terawih di masjid Baitulrahman. ingat lagi tak kes tsunami yang melanda Aceh tapi satu-satunya masjid yang selamat. itulah masjid Baitulrahman. Lautan manusia yang membanjiri masjid untuk sambutan Nuzul Quran membuatkan aku terasa kagum. hinggakan ada yang solat di atas rumput. aku sendiri hanya dapat solat di dataran masjid betul2 di hadapan pintu masuk utama. sempat jua beramah mesra bersama orang tempatan di situ.

replika masjid Baitulrahman
                  Aku kongsikan serba sedikit hasil ceramah yang di sampaikan apatah lagi tajuknya supaya kita mengingati mati. Menurutnya, laut sentiasa berdoa sebanyak 3 kali dalam sehari untuk menghancurkan manusia. dan mungkin apa yang terjadi ketika tsunami adalah dengan keizinan Allah jua mengkabulkan sebahagian dari doa itu. mungkin!. siapa diantara kita yang sudah bersedia mengingati mati, sila angkat tangan!!! semua jemaah senyap dan tiada siapa yang berani mengangkat tangan. Justeru, kita perlulah sentiasa bersedia untuk mati. soalnya, bagaimana caranya untuk kita sentiasa mengingati mati? kepada yang berkeluarga, bawalah anak2 di hujung minggu ke ke kuburan dan kepada yang belum berkeluaga perlulah turut serta sebagai salah satu destinasi beriadah. itulah tarbiah yang terbaik.
hari pertama aku dapat masuk dalam masjid nie..

                 Kata-kata itu diteruskan lagi...bukan itu sahaja malahan, setiap manusia perlu bersedia dengan kematian dengan cara membeli sendiri kain kafan. Jangan hanya sudah meninggal baru ditunggu waris membelikan kain kafan untuknya. Adalah lebih elok jika sudah membeli kain kafan, maka digantung pula di kamar pembaringan. insyaAllah kita TIDAK AKAN TIDUR. sekalian jemaah tersenyum dan tertawa. mana mungkin ada yang berani membuatnya. Rasionalnya jika kita benar2 mengingati mati, kita tidak akan lena untuk tidur dan kita akan bangkit untuk beribadat di tengah malam menghabisi sisa2 hidup menghadapi kematian..

                 Moga coretan yang ringkas ini mampu memberi sedikit kesedaran buat kita semua...amien..

                   


di hadapan pintu masuk utama masjid. 


Suasana dalam masjid Baitulrahman. Indah!








Sunday, August 19, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri

                 
                   Salam buat semua rakan dan taulan yang mengenali diriku. sekejap jer dah syawal kan? Ramadhan yang telah meninggalkan kita entahkan sudah terisi atau tidak. Tepuk dada tanya iman. buat yang berjaya khatam quran ku ucapkan tahniah. anda sekurang-kurangnya telah cuba menyemarakkan Ramadhan. siapa ya antara kita yang ada jumpa Liatulqadar? huh! alangkah bertuahnya hidup.

                   Sepanjang ramadhan ni banyak perkara yang berlaku, aku turut serta dalam program pengantarabangsaan ke ACEH dari 3-6 OGOS. terlalu banyak pengalaman yang aku nk kongsikan. insyaAllah di kesempatan yang lain akan kuceritakan. almaklum..berpuasa di serambi mekah agak berbeza di bumi sendiri. tak dapat di Mekah di ACEH pun jadilah...

Berita tentang kami dipaparkan di akhbar berita harian 9/8/12
                    Satu lagi perkara bersejarah di Ramadhan yang lalu, sekolah SAR telah diiktiraf di bawah SABK. Maka, secara tak langsung aku adalah salah seorag kaitangan kerajaan. huh! akhirnya. Alhamdulillah, dengan izinnya jua aku dikurniakan rezeki seumpama ini. moga aku dapat membantu keluargaku terutama mak dan ayah. tunggu yea mak, ade rezeki kita pergi tunaikan Haji. insyaAllah. doakan aku.

di majlis menandatangani MoU



                      Oklah last but not least, aku postkan bersama gambar aku bersama family. bukan ape, saje nk syer. nk cite kat fb x best. Raya tahun ni sgt penat walaupun br 1 hr raya. tah camne aku mase aku angkat ayam nk basuh, tersalah step kot, tibe2 menjerat pinggang aku. sakitnya hanya tuhan yang tahu. dah takleh nk bongkok. huh! ermm...ditakdirkan pulak abang ipo aku masuk spital pagi raye. knelah bantu membantu family die ape yang termampu...oklah dah nk p beraye...

Slamat hari raya , maaf zahir dan batin..sayang awak semua.. (^_^)

ade yang xde dalam gambo. mane tah diorang

Saturday, July 14, 2012

Di Mana "DIA" Di Hatiku?

                  Salam buat semua. terlebih dahulu mohon maaf kupinta andai sepanjang membaca blog nie, terlalu banyak perkara yang lagha. terkadang hati ini ingin berkongsi soal hidup hingga kucoret tajuk "Bingkisan Hidup". Entah berapa ramai yang sudi menjengah, aku tak kesah. bagiku satu kepuasan apabila aku dapat berkongsi perasaan.


                   Buku ini dah lame aku beli, dan dah lame jugak aku baca. namun untuk menghabiskannya dalam masa yang singkat terasa sayang. bagi aku buku ini akan menyuntik semangatku apabila aku dalam resah. justeru, aku baca sedikit demi sedikit agar terkesan berpanjangan.

                   Berilah aku keyakinan,
                   Yang menimbulkan keberanian hati
                       Kurniakanlah aku kebijaksanaan
                       Yang membuahkan kerendahan diri


                 

Friday, July 13, 2012

Rentas

                  Rentas? ape tu? rentas desa? hahaha...xla. Siapa2 yang dianggap cemerlang akan direntas. untuk menguji sejauh mana kecemerlangan seseorang hingga digelar pelajar cemerlang praktikum. pendek cite dapat A+. gitulah citenye. ape plak kesnyer dengan aku? huh!

                 Siapa jer yang tak nak cemerlang? tapi semuanya perlukan pengorbanan yang besar. kejayaan takkan datang bergolek tanpa usaha. sesuatu kepuasan akan dapat dirasai oleh yang berjaya atas usahanya sendiri. yang empunya badan jer yang tahu bagaimana perasaan itu. tapi nape tah tiba2 aku macam hilang tuju. aisehh mulalah nk wat ayat sedey. kawan aku nan sorang tu cukup meluat lau aku asik cite sedey. tapi nk wat camne lau dah sedey.

                  camnilah. terasa nk syer apa yang aku rasa dan ini pendapat aku pasal rentas. mula2 tahu ade praktikum. aku target nak A. pendek kate aku nk cemerlang. semestinya. dapat tahu plak pasal rentas, maka bertambah berkedut dahi aku. susahnye rentas ni ialah p&p kita akan diselia oleh lecture lain setelah penyelia asal kita selesai menjalankan tugasnya menyelia kita sebanyak 5 kali. pulak tu katenye, yang akan datang selia rentas tak akan memberi tahu bila die nk datang. than lau datang, akan melibatkan seramai 5 orang lecture bersama video bagai. pulak tu segala buku persediaan kita dan folio kita akan diteliti semula satu persatu. begitu juga markah yang diberi penyelia asal akan dibandingkan dan dinilai semula. pernah terjadi ada yang sudah dapat A+ bertukar menjadi C. huh!

                 Entah macam mane tah, aku berdebat dgn seorang sahabat yang aku percaya kebolehannya. isterinya guru j-qaf dan pernah ditawarkan rentas. tp die menolak. kemudian die bertanya kat aku pasal rentas. antaranya.....
"lau rentas ape dapat? "
aku jwb name nnt tertulis kat buku konvo "pelajar cemerlang praktikum".
die tanye lagi "ape lagi selain tu?
aku jwb "tu jela"
die ckp lg "pastu semua org tau org tu rajin."
apa yg aku faham pendek cite lau cemerlang praktikum ni gaji sama, ngajar ttp sama, masa ttp sama. xde bezanya.just nama jer tertulis kat buku konvo.

              Akhirnya hasil dari penelitian aku, aku nk A tapi aku tak nak direntas. aku berpendirian....sebabnya biarlah aku dipandang sebagai guru yang biasa. tak perlulah aku menunjukkan diriku adalah seorang yang cemerlang dalam P&P di praktikum sebagai  tergolong dalam kalangan pelajar yang rajin dan cemerlang. Andai orng memandang aku cemerlang sekarang dan aku sebenarnya biasa2, bukankah itu lebih merbahaya. orng akan kata jua..."tak bagus mana rupanya die ni". biarlah aku dianggap biasa2. andai aku guru yang betul2 cemerlang, "mereka" akan dapat menilai jua siapa aku walaupun mengambil masa yang lama dan tiada sebarang coretan dinukil di kertas.

                Bukankah Islam mengajar kita...sesungguhnya sebaik2 perkara adalah pertengahan. (^_^).

Sunday, July 1, 2012

Praktikum oh praktikum

                  Alhamdulillah, berakhir sudah 5 kali aku di observe. kenangan yg mungkin takkan dapat kulupakan sepanjang belajar diploma pendidikan. terase lega bukan kepalang. Hanya Allah jua maha mengetahui. 29/6/2012 bermaksud berakhirnya pertemuanku secara rasmi dengan penyeliaku En Jafri Hussin. nama yang mungkin asing bagi yang lain tapi agak popular di IPGKTI.
                 Aku nk kongsi sedikit cerita dari mula aku digembar gemburkan soal praktikum. ada yang kata minggu paling tak lena tidur. minggu yang paling berhabis duit dan macam2 lagilah. terdetik di hatiku ingin menjadikan Dr Maskiah sebagai penyeliaku kerana ilmunya dan kerana bakatnya sebagai jurulatih Bahas. Dr Maskiah juga pernah bg tahu sesiapa yang diselianya akan mendapat A. itu janjinya. Namun semuanya perlukan pengorbanan.
                Bahas! ya..aku ingin menjadi jurulatih yang sebenar. terase begitu terseksa melatih bahas. Aku sentiasa rasa keseorangan walaupun aku dikelilingi guru lain. Jika ada pun mungkin sekadar cadangan nama pelajar yang layak. tapi dari sudut mencari bahan  dan melatih pelajar, aku bersendirian. aku terpaksa menagih maklumat luar, meminta simpati pada yang mengerti. walaupun hajatku kesampaian namun dihati kecilku tetap berkata.."sampai bila aku nak jadi macam ni???","yup. aku seorang pembahas. tapi kenapa aku tidak mampu menjadi jurulatih?" Dan kerana itu aku berharap sgt mendapat Dr Maskiah sebagai penyeliaku.
                 Ditakdirkan aku mendapat En Jafri, pensyarah Bahasa Melayu Komunikasi. siapa dia yang nk sangat selia aku dan kwnku katanye. Rupanya anaknya ada kat sekolah aku. ishhh, belum pape dah mula mesej aku nk tengok buku persediaan..hari ahad pulak tu. bila aku bermesej, dengan pantasnya die akan call aku. hehe...
                  Perjumpaan pertama mengundang resah. takut kne belasah. almaklum..org baru belajar. macam2 buat salah. semuanya syukur Alhamdulillah. huluran persahabatan membuatkan kami lebih akrab. macam getah skrab...haha. bagi aku die ni lecture yang paling sempoi..sampaikan orang kat kantin suke giler lau die datang. dapat gelaran Prof lagi. sampaikan akak2 kat kantin pelik nape lecture lain tak turun kat kantin. gitu ea.. Aku bersyukur. bagiku ini satu rezeki yang dikurniakan kepadaku. walaupun pada mulanya aku agak kecewa kerana tak diselia Dr Maskiah.
                "Sesungguhnya sesuatu perkara yang disangka buruk bagi kita rupanya baik". "sesungguhnya kita hanya mampu merancang, Allah juga merancang dan sebaik2 perancangan adalah Allah"


markah terakhir..
                  Akhirunkalam, ada sedikit coretannya yang membuatkan perasaanku tersentuh. mungkin die ingin berseloroh. tapi mampu membangkitkan jiwa guru agar sentiasa kukuh. ku doakan moga En Jafri Hussin berjaya menyambung Phd. dengan jayanya. juga berjaya di dunia dan akhirat.
                  Buat insan diluar sana. doakan aku sejahtera. agar menjadi guru yang wibawa dalam mendidik anak bangsa. DariMu kupohon ya Allah. Agar aku diberi kekuatan..meneruskan kehidupan..

                    MENCARI BELALANG DI TENGAH PADANG
                    SANGGUP MEREDAH PARIT DAN LONGKANG
                             JADILAH GURU BERJIWA PEJUANG
                             AGAR BANGSAMU MULIA DIPANDANG.



Sunday, June 24, 2012

Jiwa INI

                   Dalam kehidupan ini ada kalanya semangat kita melonjak naik dan adakalanya jatuh terjelepuk entah kenapa. hati ini jua begitu, ada kalanya bersih sesuci embun pagi dan ada kalanya hitam, debu dan berkarat. aku manusia biasa yang tak lepas dari semua ini.

                    Pengajian yang kuikuti di IPG adalah detik yang kunanti. tetapi hampir di garisan penamat, aku dah mengeluh penat. minggu praktikum betul2 menguji semangatku. RPH menjadi satu kewajipan ku anggap mainan dan tak perlu bersungguh. malah kian tertangguh. bila dah bertimbun tak dibuat akhirnya aku mengeluh.

                    Aku terkadang berfikir, bagusnya andai ada yang ambil kisah diriku. menegur mana yang patut, berkongsi masalah pelbagai sudut. namun semuanya angan2 kosong yang akhirnya membuatkan kedudukanku sebagai pelajar dan guru kian merosot. aku termenung. terkadang tugas mengajarku, guru penasihat kelab dan persatuan membuatku resah. banyaknye keje nak buat. aku ni taklah rajin sangat, tp orng suke bagi aku kerja setiausaha dan akhirnya aku tidur tak lena tanpa terusik walaupun satu kerja.

                     aku cuba bantu mak dan ayah mana yang termampu. berkebun mungkin boleh membuatkanku rase terlepas dari tekanan. almaklumlah dah musim durian dan rambutan, tiba2 jadi rajinlah pulak aku menebas rumput yang dah nak jadi hutan.

                    wahai semangat. kuseru namamu walaupun kutahu ini mustahil. mungkin juga dianggap jahil. tapi aku tahu, engkau sememangnya sentiasa hadir. wahai jiwa yang malas. pergilah dikau jauh dariku. jangan sesekali menjengahku walau sedetik. putuskanlah hubungan ini. kurela kau pergi.

                   Kepadamu ya Rabbi. aku mohon kepadaMU. mudahkanlah segala urusanku. peliharalah aku. bantulah aku dalam menjadi hambaMU yang berguna...Amiennn....

Saturday, May 19, 2012

hari guru

                  ahha...jumpe lagi. nk tau x, time ni aku tengah dengar  cd "Langkah tepat memilih Pasangan". cd ni aku dapat time pesta buku hr tu. saje jer diorang ni nk perli aku kot. xpela. br ni aku tergerak nk dengo. huh!
                 sebenonyer nk syer satu cite ttg perasaan aku. cehh wah gitu ea. 16 mei yg kite sedia maklum hari guru rite! tapi mmandangkan mahkota johor datang kat kesang15 mei tu maka, exam ditangguhkan dan di sambung semula 16 mei. so, hari guru kat sekola aku 25 mei br sambut. camtula. tengok fb member2 guru yg lain dah macam2 aktiviti diorng wat.
                oklah, pendek cite, aku pon x tau mane tah datang prasaan aku yang bukan2 ni. nape tah, aku rs aku ni x layak untuk dihargai sebagai seorng guru. wlpn ade msj yg aku trima 16 mei dr X student aku wish, tp aku cam rs, layakkah aku untuk menerima wlpn ucapan slamat hr guru. hoho..
                aku rs prasaan ni muncul sejak ade seseorng tegur cara aku mendidik. yup! adelah satu kes ni. aku rase cara aku dah yang terbaekk dr ladang lah. tp bile die komen tang tu tang ni aku jadi terkesima. aku bungkam. cehh wahh.tp itulah hakikatnya. itu br satu kes yg aku ketengahkan belum lg yg lain. pendek kata, bile aku tengok gambo kwn2 aku yg hepi time sambut hari guru timbul persoalan dalam kepala aku.."adakah mereka dah jalankan t/jwb diorng sebiknya hingga disambut meriah oleh pelajarnya?". " layakkah mereka diraikan sebagai guru?"
                 hehe..tengokla, kan dah melalut. tibe2 aku  terfikir plakk  xnk sambut hr guru memandangkan perasaan aku mengatakan.."aku tak layak untuk diraikan"..huhu..sobb...sobb...sedey plak. oklah..pada guru2 diluar sana jgn terpedaye dengan nukilanku..haha..

Slamat Hari Guru:- Guru Inovatif melonjakkan transformasi pendidikan negara. ;)

Sunday, May 13, 2012

salam buat semua. huh! rindu rasenye may b sebab dah lame x tulis blog. cewahh. almaklumlah sebenonye tahun ni benar2 mencabar pengurusan masa aku. tau-tau bile bukak semula blog dah x tau camne nk wat post baru. jap jer mase berlalu dah berubah.

dah 6 bulan la lebih kurang aku dah tak wat pape cite kat sini. walaupun hakikatnya mmg byk crite nk dikongsi. oklah, diringkaskan cite tahun ni aku sibuk ngan praktikum. penyelia aku En Jafri hussin. mula2 cam agak takut gak dapat lec nih. bukan apedengar mcm2 cite pasal die ni. penah hempas buku persediaan cikgu, pernah fail kan 2 org pelajar. pulak tu mase die msj ku mula2 tu, die kate die akan menyusahkan aku. dahla aku ni jenis gelabah, bertambah gelabah la aku ni. hehe.. pendek kate jangan takutkan org yg sedia takut.

paling aku kesian kat form 5 thn ni. bukan ape, aku wat diorang cam anak tiri jer. dahhla kurang latihan, kelas tambahan pun aku x wat. lau nk wat pun kelas form 4 sbb diorang byk lg x abis silibus. huh! cam ilang arah jer aku thn ni. hr tu aku   ade gak bg tugasan kat diorang, at last aku yg x sempat nk tande. ;(

oklah dlu ek..tibe2 xde mood plak nk cite panjang2. byk keje yg x siap. ;(
jumpe lg yeaa...tata

Tuesday, January 3, 2012

2012

            Salam...achooommm!!. hehe, musim demam kan. aku pun x lepas dari kene simptom2nye. jap panas jap sejuk, jap rs gigi sakit jap bersin, jap pening kepala. camtulah.

           Oh ye, slamat tahun baru 2012. huhu dah tua dah aku. lau nk tanye apa azam tahun nie, aku ni jenis x suke cite. sbb aku takut x tercapai. tp Alhamdulillah azam aku thn lepas terlaksana. tau x ape? aku nk sambung blajar diploma pendididkan or master. syukurlah. Allah mengizinkan.

            Tibe2 teringat lak, mase aku muda2 dlu dalam usia form 5 x silap ,aku target, dalam usiaku (2012) aku nk kawen. hehe.. tp ms tu perancanganku, dalam usia ni aku dah tau cakap arab. errmm..sedey lak bile ingt blk. oklah..xmau sedey2 ek. All the best 2012..