Pages

Monday, February 11, 2013

IKON VARSITI 2012


                 Salam buat semua pembaca blog Mai Silu. Erm..bagaimana ya untukku mulakan coretan ini sekadar sebuah perkongsian pengalaman baru. Mungkin bagi yang sudah biasa ape sangatlah pengalaman aku ni. IkonVarsiti 2012 anjuran Berita Harian. buat pertama kalinya IPG menempa nama sebagai sebuat IPG yang menjani aktiviti sosial luar negara mendapat tempat dalam pertandingan umpama ini. Aku difahamkan IPG tidak pernah lagi buat aktiviti ke luar negara dan kamilah sebagai perintisnya.

                 "Pengarah Sangat Berbangga", itulah ungkapan yang diulang-ulang oleh Dr Maskiah selaku orang kuat dalam menjayakan program khidmat sosial luar negara ke Aceh. "Pengarah sanggup turun, jarang Pengarah nak turun tau Mai". jelas suara Dr memberitahu melalui telefon. "Jangan lupa sambut Pengarah, sy mungkin lambat sampai", sambungnya. itulah antara bingkisan kata-kata sebelum kami bersua didalam majlis yang gah itu. sebenarnya banyak yang kami bicarakan melalui telefon mahupun sms dari hal tempat duduk hinggalah hal ucapan andai di"interview". hehe.

                    Mengimbas kembali detik kami dimaklumkan, kembara Aceh dicalonkan dalam Ikon Varsiti dan akhirnya kami digalakkan untuk mengundi.  sememangnya aku ada mengundi dan rupenyer hal mengundi ni sering disebut dalam perhimpunan di IPGKTI. 20% daripada keputusan kemenangan adalah dari sesi mengundi.


                          





                  

Apa ada pada cemerlang ?

                 hehe...amacam tajuk aku kali ni. bes tak? apa ada pada cemerlang? semua itu mengaitkan kita dalam kehidupan menuntut ilmu. di atas kertas keputusan akan tertera cemerlang, kepujian, lulus. mane satu pilihan kita?

                 Mengimbas kembali peristiwa aku ditanya apa ada pada cemerlang?, aku berkerut dahi. kenapa ya aku seolah-olah tidak mengerti jawapannya. walaupun itu yang kukejarkan selama aku berada dalam dalam alam menuntut ilmu. "yang penting lulus, tak payah la nk cemerlang. ape ada pada cemerlang?". mungkin kata-kata itu membangkitkan aku kepada satu anggapan. "malas betul orang ni. blajo setakat nak lulus."

                Soalan yang sama aku utarakan pada orang disekelilingku. rupanya mereka pon lebih kurang aku. tidak dapat merungkaikan dengan baik jawapan yang sepatutnya diberikan. "dengan cemerlang kita akan dapat kepuasan", "dengan cemerlang kita boleh beritahu anak2 kita yang kita adalah orang cemerlang". "masyarakat akan pandang kita","dengan cemerlang cita2 boleh tercapai" dan banyak lagi.

                Sebenarnya apa ada pada cemerlang? tiada. tiada apa pada cemerlang. percayakah anda? mungkin macam tak logik dek akal jika aku juga berkata demikian. jangan buat persepsi awal dengan jawapanku tapi dengar dulu huraian yang aku rungkaikan. begini. cemerlang biasanya ada dlam kertas keputusan bukan? jadi sebahagian besar pelajar akan berusaha keras unttuk cemerlang dalam peperiksaan. tak kiralah peperiksaan apa sekalipun sama ada peringkat sekolah hinggalah IPT. ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan tahu soalan yang bakal keluar. hingga ujudlah satu ketika apabila hampir saat peperiksaan "soalan sport". tajuk ni keluar...bukanlah tajuk tu pun keluar...semua cemas. kenapa? kerana nk cemerlangkan ?.

               kita cuba muhasabah bersama, apa yang kita niatkan ketika datang ketempat ilmu? "Aku pergi ke sekolah untuk menuntut Ilmu kerana Allah." itu contohnya. betulkan? jadi kita pergi ke sekolah atau ke IPT untuk menuntut ilmu bukan kerana inginkan peperiksaan. Jika kita sandarkan untuk menuntut ilmu maka kita akan dapat ilmu itu, insya-Allah. walaupun belum tentu kita skor. kalau kita tumpukan pada peperiksaan maka kita tak tentu lagi dapat ilmu itu dan tak tentu lagi kita skor. ada sebilangan dari kita juga yang dianugerahkan "Dekan" tapi apabila ditanya tentang ilmu yang pernah dipelajari tidak dapat mengutarakan semula apa yang pernah dipelajari. adakah mereka cemerlang walaupun diatas kertas tertera "cemerlang".

                Terdetik dalam hati, dengan cemerlang kita akan mudah dapat kerja. itu secara zahirnya. jika kita memohon kerja, cemerlang itu penting. Tapi bukankah rezeki itu ditangan Allah. Ada pelajar lepasan IPT yang skor bawah 3 pointer berjaya menjadi pensyarah. akhirnya gaji yang diperolahi sama dengan mereka yang dianugerah Cemerlang. bawah 3 pointer tidak dikategorikan cemerlang. Jadi apa ada pada cemerlang?

               Perkara yang sama cuba kulakukan dalam menenpuh alam prktikum satu ketika dahulu. pernah kutulis kenapa aku tidak mahu direntas. sedangkan aku rasa aku layak untuk itu. bagiku cukup sekadar A tapi tidak perlu orang mengenali aku cemerlang. kenape? kerana aku tidak mahu cmerlang aku dikenali menerusi atas kertas. biarlah orang sekelilingku mengenali aku cemerlang dalam kaca mata mereka menerusi perilakuku yang cemerlang. itu pun andai aku benar-benar cemerlang. insya-Allah. ( sila rujuk post aku yang lepas berkaitan rentas).

              Jawapan yang hampir sama aku temui menerusi filem 3 IDIOTS. Amer Khan seorang pemuda miskin yang belajar kerana Ilmu telah menggunakan nama anak tuannya semata2 kerana cintakan ilmu. anak kepada tuannya pula hanya perlukan sijil yang dimiliki Amir Khan semata-mata kerana mahukan kontrak dari kerajaan untuk membina lebuh raya. Tapi akhirnya Amir Khan memiliki sekolah sendiri hasil daripada ilmu yang diperolehi.


              Apa yang tersirat ingin kusampaikan disini adalah, apabila kita berniat untuk menuntut ilmu, maka kita akan berusaha menuntut ilmu itu sebaik mungkin kerana ilmu Allah itu luas. Kita niatkan Ilmu yang kita perolehi adalah untuk masyarakat. maka kita kita akan berusaha menuju kejayaan. begitulah yang dilaungkan dalam Azan setiap hari. "Mari Menuju Kejayaan".


              Tahukah anda bahawa keputusanku di IPG telah dapat diketahui. walaupun bukan secara rasmi. semuanya atas ihsan pensyarahku yang sudi menelefonku memberitahu keputusanku. ayatnya lebih kurang begini. "sayang betul awak, walaupun dapat pmg 3.90 tapi awak tak dianugerahkan cemerlang. semua ni mungkin sebab saya beri markah A- dalam prktikum." entah kenapa aku seperti tidak terkejut dengan semua itu. aku membalas, "apa ada pada cemerlang?". kami tergelak bersama.  Alhamdulillah, syukur atas anugerah yang diberi Allah. ;)















Sunday, February 10, 2013

Aku Hebat !!!!



assalamualaikum...

saya Maisarah Ahmad
...seorang guru di SMALQ..memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik daripada sebelum ini...saya yakin saya mempunyai kemampuan yang besar dan belum diterokai lagi...disini saya ingin berkongsi 101 impian saya yang besar dan yang kecil kepada sahabat-sahabt yang sekalian...

1- Saya seorang yang bermanfaat untuk orang lain.
2- Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia yang sentiasa tersenyum setiap hari.
3- Saya ingin memiliki sebuah rumah yang sangat cantik. Ada sebuah ruang tamu yg besar untuk tetamu datang setiap hari dan berkongsi cerita dan pengalaman.
4- Saya ada anak-anak yg ramai yang sentiasa ceria cergas bijak dan cantik-cantik.
5- Saya seorang jutawan dalam 5 tahun dari sekarang.
6- Saya orang yang menjaga ibu bapa sehingga akhir hayat.
7- Saya dapat menunaikan haji ke mekah bersama mak dan ayah saya
8- Saya juga mempunyai sebuah bmw dan sebuah alphard dalam 7 tahun.
9- saya mendapat ketenangan hari-hari dalam hidup saya.
10- Saya dapat berjumpa dan berkawan dengan insan yang hebat-hebat dalam hidup saya..
11- Saya menjadi seorang yang hebat di kaca mata keluarga dan menjadi inspirasi kepada anak-anak.
12- Saya dapat membayar zakat melebihi 10 ribu setiap tahun.
13- saya memilki kesihatan yang baik
14- Anak-anak saya adalah inspirasi untuk orang lain..
15- Harta yang saya miliki dapat dikongsi dengan org lain tanpa henti.
16- saya dapat membela nasib keluarga saya
17- Sambut hari raya aidilfitri di Makkah bersama ahli keluarga.
18- saya bakal memiliki perniagaan saya sendiri
19- Saya menghafal alquran dan memahami maknanya.
20- saya mampu istiqamah dalam membaca dan memahami maknanya
21- Anak-anak dan keturunan saya menghafal al-quran.
22- saya mampu memahami bahasa Arab dengan baik
23- Setiap tahun akan melancong ke luar negara
24- Saya bekerja kerana saya pilih untuk kerja bukan terpaksa bekerja.
25- Saya dan keluarga saya hidup dalam aman dan damai serta tenteram jiwa raga.
26- Saya dan keluarga hidup siht sejahtera sehingga akhir hayat.
27- saya seorang guru dan seorang pendidik yang disayangi
28- Saya menjadi orang menepati waktu.
29- Saya dan keluarga khusyuk dalam solat.
30- Saya tidak lagi membut perkara yang sia-sia.
31- Saya sentiasa menjaga maruah nilai diri saya agar dapat memberi manfaat kepada orang.
32- Saya mempunyai harta yang sentiasa bertambah dan melimpah luah agar di salurkan kepada insan2 lain.
33- Saya sentiasa bercakap perkara yang baik-baik sahaja.
34- Saya sentiasa mendapat keuntungan dalam apa jua perkara yang saya lakukan agar dapat saya nikmati dan syukuri serta memberi manfaat kepada org lain.
35- Saya sentiasa menjadi org yg bersyukur.
36- Saya sentiasa bertemu dengan peluang yang menguntungkan.
37- Saya sentiasa mendoakan kesejhteraan ibu bapa saya.
38- Saya mempunyai anak-anak dan suami yang sentiasa mendoakan saya.
39- Saya mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memajukan diri sya kearah kebaikan, kejayaan dan kekayaan.
40- Saya dapat membantu menyelesaikan masalah sesiapa sahaja yang ingin memerlukan bantuan dripada saya.
41- Saya akan sentiasa lebih baik daripada sebelumnya setiap masa.
42- Saya adalah insan yang hebat di kaca mata saya sendiri.
43- keluarga saya sentiasa bersama saya dikala susah dan senang.
44- saya mampu memasak makanan yang sedap-sedap
45- Dapat mengajak org bukan Islam masuk islam.
46- Berjaya di peringkat nasional dan antarabngsa.
47- Dapat membina msjid dan menyumbang kepada beberapa masjid.
48- saya mampu memasak untuk kuantiti yang banyak
49. Saya seorang yang sihat
50- Menggembirakan sesiapa sahaja berada di sekeliling saya.
51- Saya menjadi seorang yang penyayang.
52- Saya adalah seorng yang tegas dalam tindak tnduk.
53- Saya tidak mudah mengalah.
54- Saya mencapai impian2 kecil yg saya impikan.
55- Saya menjadi seorang yang sentiasa menerima peluang yang baik.
56- Saya sentiasa menjadi org yang selalu menghidu peluang yang baik agar dapat mnfaatkan utk diri sendiri dan org lain.
57- Saya menjadi seorang yang berpendirin tegas.
58- Saya seorang yang ceria dn periang.
59- Saya adalah seorang yang jujur.
60- Saya adalah seorang amanah.
61- Seorang yang sentiasa mengambil berat keadaan sekeliling…
62- Menjadi seorg yng sentiase mendoakan orang lain.
63- Menghasilkan pelajar yang lebih hebat.
64- Saya dapat membuka beberapa cawangan restoran yang membuatkn org rmai gembira dengan nilai perkhidmatan yang disediakan.
65- Saya sentiasa memberi lebih.
66-.saya mempunyai suami yang mencintai saya
67-Suami saya mampu menjadi imam saya
68- Saya menjadi seorang pakar motivasi yang baik..
69- Saya menjadi seorng penulis buku dn pengkarya yang mampu memberi manfaat kepada org lain.
70- Saya selalu tersenyum dalam ape jua situasi.
71- Saya tidak mahu menjadi org yg selalu merungut..
72- Saya adalah seorg yg Nampak kelemahan itu satu kelebihan.
73- Dapat menunaikan hajat orang lain.
74- Dapat berbakti pada ibu ayah,  hingga akhir hayat.
75- Dapat berdakwah hingga hujung nyawa.
76- Mampu menjadi mentor kepada orng lain.
77- Tidak berfikirn negatif.
78- Saya seorang yang rajin dan gigih berusaha.
79- Dapat melihat anak-anak menunaikan impian mereka samada kecil atau besar.
80- Anak-anak menjdi orang kaya yang mmpu menyumbang kepada masyarakat dan keluarga.
81- Saya menjadi seorang yang sentiase bermuhasabah kepada diri sendiri.
82- Saya tidak bekerja untuk wang tpi wang yg bekerja untuk saya.
83- Saya dapat melihat anak-anak saya selalu tersenyum pada setiap waktu.
84- Saya mampu memiliki phd.
85- saya disayangi bukan ditakuti
86- Saya tidak lagi menjadi org yg suke menangguh kerja.
87- saya seorang yang merendah diri
88- Pelajar-pelajar saya akan menjadi orang-orang yang hebat.
89- Saya menjadi seorang Berjaya dalam kerjya yang saya ceburi.
90- saya seorang yang cekap dalam menjalankan amanah
91- saya mampu meneroka alam ini.
92- Saya seorang yang rajin melakukan ibadah-ibdah wajib.
93- Saya rajin melakukan ibadah-ibadh sunat.
94- Saya mempunyai guru-guru yang hebat2 agar saya mampu menjadi hebat.
95- Pilihan yang saya wat sealunya tepat.
96- Saya seorang yang cergas dn pantas.
97- Wang saya tidak pernh tidak cukup bahkan sentiase bertambah.
98- Saya tidak akan mudah kehilangan atau tercicir barang.
99- Saye seorg yg berfikiran tajam dan teliti.
100- Tiada sesiapa mampu menghalang kejayaan saya.
101- Segala hidup dan matiku hanya untuk Allah.

semoga Allah berkati hidup kamu sekalian..Amiin

Thursday, February 7, 2013

aku eksiden...

                   Salam buat pembaca. ada kalanya kita membuat sesuatu perancangan yg jika kita amati bagai sudah menepati kehendak. ada kalanya kita lakukan bermacam2 cara untuk memastikan semua berjalan baik dan sebagaimana yang dirancang.hingga satu ketika berlaku perisiwa yg kita tak sangka. suatu peristiwa yang menjentik perasaan hingga kita kelu tidak terkata
.
                   Bagaimana ya nk jalani hidup dengan baik. dugaan pasti datang. tapi terkadang hadir dengan sebab percakapan kita yang tidak kita sedari. percayakah anda bahawa kayu boleh menyerap air, magnet boleh menarik besi. semua tu ada kaitnnya dalam hidup kita.cume bezanya ada klanya kita terlepas pandang bahawa kita pernah berkata sesuatu yang akhinya mendatangkan sesuatu.

                  Ape jer yang aku melalut. biarlah. yang pasti aku sedar dari kesilapan ini. aku nk jadi baik. aku nk miliki aura positif. aku nk ceria. aku nk bahagia. aku nk kaya. aku nk bahagiakan orng dikelilingku. aku nk jadi pemberi bukan penerima. aku nk jd pendidik bukan hanya guru cabuk. aku nk jd orang yg disayangi bukan dibenci. seorang yg lembut tutur kata bukannya yang marah tak tentu hala. yup! aku ingin bahagia. kerana hidup hanya sementara.