Pages

Sunday, February 10, 2013

Aku Hebat !!!!



assalamualaikum...

saya Maisarah Ahmad
...seorang guru di SMALQ..memperbaiki diri supaya menjadi lebih baik daripada sebelum ini...saya yakin saya mempunyai kemampuan yang besar dan belum diterokai lagi...disini saya ingin berkongsi 101 impian saya yang besar dan yang kecil kepada sahabat-sahabt yang sekalian...

1- Saya seorang yang bermanfaat untuk orang lain.
2- Saya mempunyai sebuah keluarga yang sangat bahagia yang sentiasa tersenyum setiap hari.
3- Saya ingin memiliki sebuah rumah yang sangat cantik. Ada sebuah ruang tamu yg besar untuk tetamu datang setiap hari dan berkongsi cerita dan pengalaman.
4- Saya ada anak-anak yg ramai yang sentiasa ceria cergas bijak dan cantik-cantik.
5- Saya seorang jutawan dalam 5 tahun dari sekarang.
6- Saya orang yang menjaga ibu bapa sehingga akhir hayat.
7- Saya dapat menunaikan haji ke mekah bersama mak dan ayah saya
8- Saya juga mempunyai sebuah bmw dan sebuah alphard dalam 7 tahun.
9- saya mendapat ketenangan hari-hari dalam hidup saya.
10- Saya dapat berjumpa dan berkawan dengan insan yang hebat-hebat dalam hidup saya..
11- Saya menjadi seorang yang hebat di kaca mata keluarga dan menjadi inspirasi kepada anak-anak.
12- Saya dapat membayar zakat melebihi 10 ribu setiap tahun.
13- saya memilki kesihatan yang baik
14- Anak-anak saya adalah inspirasi untuk orang lain..
15- Harta yang saya miliki dapat dikongsi dengan org lain tanpa henti.
16- saya dapat membela nasib keluarga saya
17- Sambut hari raya aidilfitri di Makkah bersama ahli keluarga.
18- saya bakal memiliki perniagaan saya sendiri
19- Saya menghafal alquran dan memahami maknanya.
20- saya mampu istiqamah dalam membaca dan memahami maknanya
21- Anak-anak dan keturunan saya menghafal al-quran.
22- saya mampu memahami bahasa Arab dengan baik
23- Setiap tahun akan melancong ke luar negara
24- Saya bekerja kerana saya pilih untuk kerja bukan terpaksa bekerja.
25- Saya dan keluarga saya hidup dalam aman dan damai serta tenteram jiwa raga.
26- Saya dan keluarga hidup siht sejahtera sehingga akhir hayat.
27- saya seorang guru dan seorang pendidik yang disayangi
28- Saya menjadi orang menepati waktu.
29- Saya dan keluarga khusyuk dalam solat.
30- Saya tidak lagi membut perkara yang sia-sia.
31- Saya sentiasa menjaga maruah nilai diri saya agar dapat memberi manfaat kepada orang.
32- Saya mempunyai harta yang sentiasa bertambah dan melimpah luah agar di salurkan kepada insan2 lain.
33- Saya sentiasa bercakap perkara yang baik-baik sahaja.
34- Saya sentiasa mendapat keuntungan dalam apa jua perkara yang saya lakukan agar dapat saya nikmati dan syukuri serta memberi manfaat kepada org lain.
35- Saya sentiasa menjadi org yg bersyukur.
36- Saya sentiasa bertemu dengan peluang yang menguntungkan.
37- Saya sentiasa mendoakan kesejhteraan ibu bapa saya.
38- Saya mempunyai anak-anak dan suami yang sentiasa mendoakan saya.
39- Saya mempunyai kawan-kawan yang sentiasa memajukan diri sya kearah kebaikan, kejayaan dan kekayaan.
40- Saya dapat membantu menyelesaikan masalah sesiapa sahaja yang ingin memerlukan bantuan dripada saya.
41- Saya akan sentiasa lebih baik daripada sebelumnya setiap masa.
42- Saya adalah insan yang hebat di kaca mata saya sendiri.
43- keluarga saya sentiasa bersama saya dikala susah dan senang.
44- saya mampu memasak makanan yang sedap-sedap
45- Dapat mengajak org bukan Islam masuk islam.
46- Berjaya di peringkat nasional dan antarabngsa.
47- Dapat membina msjid dan menyumbang kepada beberapa masjid.
48- saya mampu memasak untuk kuantiti yang banyak
49. Saya seorang yang sihat
50- Menggembirakan sesiapa sahaja berada di sekeliling saya.
51- Saya menjadi seorang yang penyayang.
52- Saya adalah seorng yang tegas dalam tindak tnduk.
53- Saya tidak mudah mengalah.
54- Saya mencapai impian2 kecil yg saya impikan.
55- Saya menjadi seorang yang sentiasa menerima peluang yang baik.
56- Saya sentiasa menjadi org yang selalu menghidu peluang yang baik agar dapat mnfaatkan utk diri sendiri dan org lain.
57- Saya menjadi seorang yang berpendirin tegas.
58- Saya seorang yang ceria dn periang.
59- Saya adalah seorang yang jujur.
60- Saya adalah seorang amanah.
61- Seorang yang sentiasa mengambil berat keadaan sekeliling…
62- Menjadi seorg yng sentiase mendoakan orang lain.
63- Menghasilkan pelajar yang lebih hebat.
64- Saya dapat membuka beberapa cawangan restoran yang membuatkn org rmai gembira dengan nilai perkhidmatan yang disediakan.
65- Saya sentiasa memberi lebih.
66-.saya mempunyai suami yang mencintai saya
67-Suami saya mampu menjadi imam saya
68- Saya menjadi seorang pakar motivasi yang baik..
69- Saya menjadi seorng penulis buku dn pengkarya yang mampu memberi manfaat kepada org lain.
70- Saya selalu tersenyum dalam ape jua situasi.
71- Saya tidak mahu menjadi org yg selalu merungut..
72- Saya adalah seorg yg Nampak kelemahan itu satu kelebihan.
73- Dapat menunaikan hajat orang lain.
74- Dapat berbakti pada ibu ayah,  hingga akhir hayat.
75- Dapat berdakwah hingga hujung nyawa.
76- Mampu menjadi mentor kepada orng lain.
77- Tidak berfikirn negatif.
78- Saya seorang yang rajin dan gigih berusaha.
79- Dapat melihat anak-anak menunaikan impian mereka samada kecil atau besar.
80- Anak-anak menjdi orang kaya yang mmpu menyumbang kepada masyarakat dan keluarga.
81- Saya menjadi seorang yang sentiase bermuhasabah kepada diri sendiri.
82- Saya tidak bekerja untuk wang tpi wang yg bekerja untuk saya.
83- Saya dapat melihat anak-anak saya selalu tersenyum pada setiap waktu.
84- Saya mampu memiliki phd.
85- saya disayangi bukan ditakuti
86- Saya tidak lagi menjadi org yg suke menangguh kerja.
87- saya seorang yang merendah diri
88- Pelajar-pelajar saya akan menjadi orang-orang yang hebat.
89- Saya menjadi seorang Berjaya dalam kerjya yang saya ceburi.
90- saya seorang yang cekap dalam menjalankan amanah
91- saya mampu meneroka alam ini.
92- Saya seorang yang rajin melakukan ibadah-ibdah wajib.
93- Saya rajin melakukan ibadah-ibadh sunat.
94- Saya mempunyai guru-guru yang hebat2 agar saya mampu menjadi hebat.
95- Pilihan yang saya wat sealunya tepat.
96- Saya seorang yang cergas dn pantas.
97- Wang saya tidak pernh tidak cukup bahkan sentiase bertambah.
98- Saya tidak akan mudah kehilangan atau tercicir barang.
99- Saye seorg yg berfikiran tajam dan teliti.
100- Tiada sesiapa mampu menghalang kejayaan saya.
101- Segala hidup dan matiku hanya untuk Allah.

semoga Allah berkati hidup kamu sekalian..Amiin

No comments:

Post a Comment