Salam buat semua pembaca blog Mai Silu. Erm..bagaimana ya untukku mulakan coretan ini sekadar sebuah perkongsian pengalaman baru. Mungkin bagi yang sudah biasa ape sangatlah pengalaman aku ni. IkonVarsiti 2012 anjuran Berita Harian. buat pertama kalinya IPG menempa nama sebagai sebuat IPG yang menjani aktiviti sosial luar negara mendapat tempat dalam pertandingan umpama ini. Aku difahamkan IPG tidak pernah lagi buat aktiviti ke luar negara dan kamilah sebagai perintisnya.
"Pengarah Sangat Berbangga", itulah ungkapan yang diulang-ulang oleh Dr Maskiah selaku orang kuat dalam menjayakan program khidmat sosial luar negara ke Aceh. "Pengarah sanggup turun, jarang Pengarah nak turun tau Mai". jelas suara Dr memberitahu melalui telefon. "Jangan lupa sambut Pengarah, sy mungkin lambat sampai", sambungnya. itulah antara bingkisan kata-kata sebelum kami bersua didalam majlis yang gah itu. sebenarnya banyak yang kami bicarakan melalui telefon mahupun sms dari hal tempat duduk hinggalah hal ucapan andai di"interview". hehe.
Mengimbas kembali detik kami dimaklumkan, kembara Aceh dicalonkan dalam Ikon Varsiti dan akhirnya kami digalakkan untuk mengundi. sememangnya aku ada mengundi dan rupenyer hal mengundi ni sering disebut dalam perhimpunan di IPGKTI. 20% daripada keputusan kemenangan adalah dari sesi mengundi.
No comments:
Post a Comment