Pages

Monday, February 11, 2013

Apa ada pada cemerlang ?

                 hehe...amacam tajuk aku kali ni. bes tak? apa ada pada cemerlang? semua itu mengaitkan kita dalam kehidupan menuntut ilmu. di atas kertas keputusan akan tertera cemerlang, kepujian, lulus. mane satu pilihan kita?

                 Mengimbas kembali peristiwa aku ditanya apa ada pada cemerlang?, aku berkerut dahi. kenapa ya aku seolah-olah tidak mengerti jawapannya. walaupun itu yang kukejarkan selama aku berada dalam dalam alam menuntut ilmu. "yang penting lulus, tak payah la nk cemerlang. ape ada pada cemerlang?". mungkin kata-kata itu membangkitkan aku kepada satu anggapan. "malas betul orang ni. blajo setakat nak lulus."

                Soalan yang sama aku utarakan pada orang disekelilingku. rupanya mereka pon lebih kurang aku. tidak dapat merungkaikan dengan baik jawapan yang sepatutnya diberikan. "dengan cemerlang kita akan dapat kepuasan", "dengan cemerlang kita boleh beritahu anak2 kita yang kita adalah orang cemerlang". "masyarakat akan pandang kita","dengan cemerlang cita2 boleh tercapai" dan banyak lagi.

                Sebenarnya apa ada pada cemerlang? tiada. tiada apa pada cemerlang. percayakah anda? mungkin macam tak logik dek akal jika aku juga berkata demikian. jangan buat persepsi awal dengan jawapanku tapi dengar dulu huraian yang aku rungkaikan. begini. cemerlang biasanya ada dlam kertas keputusan bukan? jadi sebahagian besar pelajar akan berusaha keras unttuk cemerlang dalam peperiksaan. tak kiralah peperiksaan apa sekalipun sama ada peringkat sekolah hinggalah IPT. ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan tahu soalan yang bakal keluar. hingga ujudlah satu ketika apabila hampir saat peperiksaan "soalan sport". tajuk ni keluar...bukanlah tajuk tu pun keluar...semua cemas. kenapa? kerana nk cemerlangkan ?.

               kita cuba muhasabah bersama, apa yang kita niatkan ketika datang ketempat ilmu? "Aku pergi ke sekolah untuk menuntut Ilmu kerana Allah." itu contohnya. betulkan? jadi kita pergi ke sekolah atau ke IPT untuk menuntut ilmu bukan kerana inginkan peperiksaan. Jika kita sandarkan untuk menuntut ilmu maka kita akan dapat ilmu itu, insya-Allah. walaupun belum tentu kita skor. kalau kita tumpukan pada peperiksaan maka kita tak tentu lagi dapat ilmu itu dan tak tentu lagi kita skor. ada sebilangan dari kita juga yang dianugerahkan "Dekan" tapi apabila ditanya tentang ilmu yang pernah dipelajari tidak dapat mengutarakan semula apa yang pernah dipelajari. adakah mereka cemerlang walaupun diatas kertas tertera "cemerlang".

                Terdetik dalam hati, dengan cemerlang kita akan mudah dapat kerja. itu secara zahirnya. jika kita memohon kerja, cemerlang itu penting. Tapi bukankah rezeki itu ditangan Allah. Ada pelajar lepasan IPT yang skor bawah 3 pointer berjaya menjadi pensyarah. akhirnya gaji yang diperolahi sama dengan mereka yang dianugerah Cemerlang. bawah 3 pointer tidak dikategorikan cemerlang. Jadi apa ada pada cemerlang?

               Perkara yang sama cuba kulakukan dalam menenpuh alam prktikum satu ketika dahulu. pernah kutulis kenapa aku tidak mahu direntas. sedangkan aku rasa aku layak untuk itu. bagiku cukup sekadar A tapi tidak perlu orang mengenali aku cemerlang. kenape? kerana aku tidak mahu cmerlang aku dikenali menerusi atas kertas. biarlah orang sekelilingku mengenali aku cemerlang dalam kaca mata mereka menerusi perilakuku yang cemerlang. itu pun andai aku benar-benar cemerlang. insya-Allah. ( sila rujuk post aku yang lepas berkaitan rentas).

              Jawapan yang hampir sama aku temui menerusi filem 3 IDIOTS. Amer Khan seorang pemuda miskin yang belajar kerana Ilmu telah menggunakan nama anak tuannya semata2 kerana cintakan ilmu. anak kepada tuannya pula hanya perlukan sijil yang dimiliki Amir Khan semata-mata kerana mahukan kontrak dari kerajaan untuk membina lebuh raya. Tapi akhirnya Amir Khan memiliki sekolah sendiri hasil daripada ilmu yang diperolehi.


              Apa yang tersirat ingin kusampaikan disini adalah, apabila kita berniat untuk menuntut ilmu, maka kita akan berusaha menuntut ilmu itu sebaik mungkin kerana ilmu Allah itu luas. Kita niatkan Ilmu yang kita perolehi adalah untuk masyarakat. maka kita kita akan berusaha menuju kejayaan. begitulah yang dilaungkan dalam Azan setiap hari. "Mari Menuju Kejayaan".


              Tahukah anda bahawa keputusanku di IPG telah dapat diketahui. walaupun bukan secara rasmi. semuanya atas ihsan pensyarahku yang sudi menelefonku memberitahu keputusanku. ayatnya lebih kurang begini. "sayang betul awak, walaupun dapat pmg 3.90 tapi awak tak dianugerahkan cemerlang. semua ni mungkin sebab saya beri markah A- dalam prktikum." entah kenapa aku seperti tidak terkejut dengan semua itu. aku membalas, "apa ada pada cemerlang?". kami tergelak bersama.  Alhamdulillah, syukur atas anugerah yang diberi Allah. ;)















No comments:

Post a Comment