Dalam meniti kehidupan terkadang kita berada di atas dan terkadang kita berada di bawah. ada kalanya kita berfikiran di atas landasan yang sebenar namun adakalanya kita tersasar. Terlalu sukar sebenarnya dalam membuat pilihan dan keputusan. apatah lagi jika kita seorang ketua atau pemimpin.yang pasti kita sentiasa cuba melakukan yang terbaik. ingatlah, tiada jalan pintas untuk kejayaan. Selebinya harus bertawakal.
5 Nov 2012 bermulanya peperiksaan SPM tahun ini. Dikala ini hanya tuhan yang tahu betapa gundah gulananya hati hambaNya ini apabila melihat pelajar berbaris lurus dan menadah tangan memohon keberkatan dihari pertama melangkah ke dewan peperiksaan. subjek BM. yup! subjek asas penentu kelulusan seseorang dalam peperiksaan yang besar sebelum melangkah ke IPT. Aku hanya seorang guru yang kerdil, dari segi jasad dan wibawa. Entah kenapa, terasa seperti sesuatu yang tidak kena dalam detik terakhir ini. Namun, kugagahi jua hati ini dan menunjukkan tekad agar pelajarku turut bersemangat.
"Cikgu, boleh tak cikgu bacakan yasin untuk kitorang mase menjawab kertas BM". entah kenapa kalimat ini terngiang-ngiang sejak aku didalam perjalanan ke sekolah pada hari itu. dan aku cuba tunaikan permintaan pelajarku itu tapi entah kenapa hatiku terus dipagut resah.
Habis menjawab kertas 1, aku di serbu pelajar yang melihat kelibatku. entah kenapa ya, ada yang menangis. TIDAK! aku tidak suka situasi ini. Anak-anak, perlu diberi tunjuk ajar. Guru seperti ibubapa yang perlu berlakon didepan anak-anak untuk kebaikan mereka. Aku bersikap tenang dan terus memberi semangat. "Fokus kertas 2. Lupakan Kertas 1".
Detik terus berlalu, aku terus memacu kenderaanku dikala pelajarku terus mencoretkan pen di kertas masing-masing untuk kertas 2. Dikejauhan, aku melihat mereka di dewan dalam keadaan sebak berbaur kesal. "Ya Allah, janganlah Engkau menghukum mereka atas kesalahan yang aku lakukan. Berilah mereka kemudahan dalam SPM".Aku tak sanggup mengadap mereka dikala keluar dewan nanti. TIDAK...aku tak sanggup.
kekesalan yang ku tanggung membuatkan aku seperti tidak boleh berfikir. solat, tidur. itulah penawarku ketika itu. Dalam dinihari aku dikejutkan oleh panggilan telefon dari ASPURI. "Cikgu, maafkan saya, saya tak dapat buat yang terbaik cikgu" suara di corong telefon dalam nada sebak membuatkan air mataku turut bertakung. Allah....
***
Apa yang aku ceritakan bukanlah membuka pekung didada, tetapi sekadar panduan untuk yang lain agar tidak membuat kesilapan sebagaimana yang telah aku lakukan. biarlah kujelaskan apa yang terjadi sebenarnya. kekesalan itu sememangnya perlu kutangguang tetapi sesalan semalam dan tangguangjawab hari ini tidak mungkin dapat dipikul sekali. bebanannya terlalu berat. justeru, pengalaman semalam jadikanlah sandaran dalam menggapai tanggungjawab yang sebenar hari ini.
Sebenarnya, minggu terakhir sebelum peperiksaan, ada seorang guru yang sudah berkecimpung lama dalam Dunia Bahasa Melayu memberi aku beberapa helaian "sport soalan". maklumat itu pula beliau dapati daripada seorang guru penggubal soalan. Prestasi sekolah itu melonjak namanya pada tahun 2011 dimana semua pelajarnya berjaya mendapat "A" dalam subjek BM. sikap ingin berkongsi denganku membuatkan aku begitu ghairah seolah-olah aku sudah tahu soalan yang bakal keluar. Aku memberikan kepada pelajarku apa yang aku dapat. Pelajarku pula teruja dan seperti hanya itu sahaja perlu dibuat ulangkaji. Pesanku pada mereka, "ini hanya ramalan, kita hanya mampu merancang, kalau keluar Alhamdulillah.. kalau x keluar.....", "innalillah..." jawab pelajarku pula sambil berseloroh. Ternyata, setelah peperiksaan berlangsung, apa yang aku amati, pelajarku tidak fokus kepada yang lain selain kertas "sport" tersebut. Hanya segelintir sahaja yang mengulangkaji keseluruhannya.
Ramalan itu benar-benar meleset. Dari 7 tajuk karangan yang diberi, tidak 1 pun yang keluar. Apatah lagi ada pelajarku yang terus menghafal contoh karangan yang diberi tanpa melihat lagi contoh2 karangan yang lain. Natijahnya, mereka tidak mampu mengemudi bahtera BM dikala SPM pagi itu. Kita merancang dan Allah juga merancang. Sebaik2 perancangan adalah dari Allah. Ditakdirkan apa yang disport semua tak keluar. Mungkin memberi petunjuk buatku agar tidak lagi menggunakan kaedah yang melemahkan ini. Itulah yang berlaku pada Kertas 1. Guru yang berkongsi soalan itu juga seperti kesal dan mohon maaf kepadaku dengan apa yang berlaku. Tidak, aku sesekali tidak salahkan dia. niatnya baik untuk membantu anak bangsa. Namun, aku perlu gagah dalam mempertahankan pendirianku bahawa, aku perlu mengajar semua silibus kepada pelajarku dan selebihnya terpulang pada kudrat masing-masing untuk menggapai kejayaan. Segalanya terpulang pada usaha masing-masing. Guru (aku) sudah menjalankan tugasku. kini sewajarnya tiba giliran mereka untuk memilih jalan kejayaan atau kegagalan.
Aku bermuhasabah. Apa yang berlaku berpunca daripada kesilapanku mendidik. Sikap terlalu bersuap membuatkan pelajarku lemah. apatah lagi suapan terakhir yang hampir sahaja membunuh mereka. Dalam jangka masa yang terdekat, mereka kurang berusaha membuat ulangkaji keseluruhan dari apa yang mereka pelajari. Dari sudut jangka panjangnya pula, Pelajar yang dilatih begini tidak akan mampu berdiri sendiri di medan menuntut ilmu di menara gading kelak. Semuanya al-hasil dari didikan suapan yang melampau...
Aku bertekad, insyaAllah. Aku tidak akan ulangi kesilapan ini. Doaku, moga pelajar SPM 2012 mendapat kejayaan yang cukup cemerlang. Amienn....
Friday, November 16, 2012
Sunday, October 28, 2012
Sabar
Apakah tanda-tanda kita memberontak apabila diuji? Kata Imam Ghazali rahimahullah, “cukuplah seseorang hamba dikatakan sudah ‘memberontak’ kepada Tuhannya apabila dia menukar kebiasaan-kebiasaan dalam hidupnya apabila diuji Allah dengan sesuatu yang tidak disukainya!” Misalnya, seseorang suami atau isteri itu tidak mahu lagi untuk makan dan minum secara teratur, tidak menyisir rambut, tidak berpakaian kemas, tidak mengemaskan rumah atau menjaga anak-anaknya lagi.
Marilah sama-sama kita ingat, apabila ditimpa ujian, kita diajar untuk mengucapkan kalimah istirja’, “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un.” Firman Allah:
“Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya kami kembali. (Surah al-Baqarah 2:156).”
Kalimah ini mengingatkan kita agar kembali merasakan erti kehambaan. Bahawa kita adalah milik Allah dan kepada-Nya kita akan dikembalikan. Kita layak, patut dan mesti diuji kerana kita hamba, bukan tuan apalagi Tuhan dalam hidup ini. Dengan ini kita akan dapat menurunkan rasa marah kepada pasangan, anak-anak, mertua atau sesiapa sahaja anggota keluarga kita. Ya, mereka berbuat demikian atas izin Allah jua!

Sunday, October 14, 2012
"kasih sayang"
Jari jemariku menekan keyboard dengan perasaan yang agak hambar. tiada perkara yang membuatkanku teruja untuk menaip ketika ini. tetapi entah kenapa kuteruskan jua langkah ini tanpa arah tuju yang sebenar.
Hmm...terasa sunyi kadang2 hidup ni. kawan2 sume dah ade tanggungjawab. aku? masih di hentian ini. mungkin menunggu sang putera berkuda putih menjemput. terkadang aku terfikir, di mana ya mereka2 yang rapat denganku suatu ketika dulu? apehal daa..aku nie, cam nk wat karangan plak. xpela, layannn...
Memori silam terkadang menjengah. satu persatu bayangan mereka bermain jelas di mataku. ermmm, siapa ya yang aku sukar nk lupakan dalam hidup ini? hmmmm, tiba-tiba teringat aku ketika sekolah rendah, yati. walaupun rapat tapi sering bercakaran. nama sebenarnya Mariati Abu, aku M..A jugak. kdg2 jd trade mark kami, MAMA. tah pape. Tapi yang aku suka kawan, namenye Faezah. hehe. mungkin sebab aku minat kat abang die kot. SA gitu...minat dalam diam. ape laa aku ni, sekolah rendah dah nk minat2. ceh. haha...dah bahagia pun die skang. tapi dalam mase yang same aku suke kawan ngan Ummu, kawan baik sampai aku beso. wat mase ni die jela yang single cam aku.
Sekola men, aku ade geng gak. 4 orang. Jun, Noni, Why dan aku. Jun jer yang msh jd geng aku sampai skang. kat matrik, kwn baik aku lelaki. seyez. walaupun aku dulu jenis "gonjol" tp hakikatnya aku sebenarnye jenis pemalu dengan lelaki. Zam. budak muar jugak. rajin call aku tp sejak die dah nikah, jarang betol kontek aku. isterinya cemburu. begitulah menurutnya hinggakan hp nyer sering di godam dihadapannye. biarlah, hal rumah tangga diorang. tp kes aku ngan die ni blh dikatekan sahabat baik. kitorang dlu slalu syer masalah.
Ops! ade 1 orng yang aku hampir terlupe, pakwe aku. ehhh. hehe...tersilu pulak. aku mule couple mase aku sem last kat U. Aku terima nikahnye, ehh sasul lagi...aku terima dirinya sebagai ehem2 dalam phon jer than terus x jumpe2 sampai 5 tahun lamenyer. pastu STOPPPP!!!!. time tu aku lek jer. susahnyer cinte jarak jauh. sejauh padang pasir. katenyer die skang ajo J-kaf kat sabah dan dah nk kawen ngan gadis selangor. huhu..
Camtulah, laluan hidupku bersama rakan tersayang. inilah kelemahanku sejak dulu, aku sukar nk melafazkan sayang kat orang yang aku sayang. bagi aku cukuplah sekadar aku menunjukkan perbuatan atau "take care". dulu bagiku kata2 "sayang" amat mahal dan aku akan berikan hanya untuk orang yang aku sayang. tp akhirnya aku sedar. rupenye dengan melafaskan kata2 sayang pada sesiapa jua yang kita sayang maka akan membuatkan jiwaku lembut. terkadang aku cemburu dengan sikap orang sekelilingku yang mudah melafazkannya. yup, aku cuba untuk berterus terang pada kalian, aku sayang korang sume. luv u all..
Terima kasih buat adikku ****** atas kesedaran ini dan aku akan menyayangimu sampai bila2. InsyaAllah.

Friday, August 24, 2012
Lagu Semaian Subur IPGKTI
Semaian subur, semaian subur.
begitulah cogankata.
maktab kami,maktab kami.
maktab yang kami cinta.
kami janji,kami rela.
rajin tekun berusaha.
tabur bakti,curah tenaga.
berkhidmat kepada negara.
ilmu pengetahuan yang disemai didada.
agar subur membunga.
kami akan mendidik puteri dan putera.
jadi rakyat berguna....
rajin tekun berusaha.
tabur bakti,curah tenaga.
berkhidmat kepada negara.
ilmu pengetahuan yang disemai didada.
agar subur membunga.
kami akan mendidik puteri dan putera.
jadi rakyat berguna....
Tuesday, August 21, 2012
Hidup vs Mati
Huh! cam seram jer tajuk post aku kali nie. ermm... tp bukan ke kite disarankan agar sentiase mengingati mati. huhu..
Terkadang aku terfikir gak, yealah aku ni bukan ustazah, bukan jua pendakwah cuma ingin bermadah terkadang yang tak tentu arah. Terfikir gak ape kate orang lain lau aku ni asyik nk cakap pasal agama konon. tapi ilmu tak setinggi mane. itulah hidup kan! asyik nak fikir apa orang kata, sampaikan nk wat ape2 pun terhalang dengan sebab pemikiran kita "apa orang kata".
Oklah, aku teruskan jugak ape yang aku nak kate. Semalam, raye ke 2 aku pergilah keluar nk p kedai, lalu kat kawasan kubur di Bakri. huh! sesak! ramainyer orang di kawasan kuburan. erm..terdetik di fikiran bagusnya orang ni. x macam aku. Bagi aku mereka ingatkan orang yang telah pergi dan mereka jua menanam sifat mengingati mati. bukankah mereka antara orang2 yang berjaya? insyaAllah. Terasa ada satu pesta di situ, namun aku hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.
Sepanjang drive, aku mengelamun sendiri, teringat saat aku di bumi ACEH. Ketika itu sambutan Nuzul Quran. Seorang mantan imam masjidil haram dijemput untuk memberi ceramah. Hari itu merupakan hari ke-2 kami solat terawih di masjid Baitulrahman. ingat lagi tak kes tsunami yang melanda Aceh tapi satu-satunya masjid yang selamat. itulah masjid Baitulrahman. Lautan manusia yang membanjiri masjid untuk sambutan Nuzul Quran membuatkan aku terasa kagum. hinggakan ada yang solat di atas rumput. aku sendiri hanya dapat solat di dataran masjid betul2 di hadapan pintu masuk utama. sempat jua beramah mesra bersama orang tempatan di situ.
Aku kongsikan serba sedikit hasil ceramah yang di sampaikan apatah lagi tajuknya supaya kita mengingati mati. Menurutnya, laut sentiasa berdoa sebanyak 3 kali dalam sehari untuk menghancurkan manusia. dan mungkin apa yang terjadi ketika tsunami adalah dengan keizinan Allah jua mengkabulkan sebahagian dari doa itu. mungkin!. siapa diantara kita yang sudah bersedia mengingati mati, sila angkat tangan!!! semua jemaah senyap dan tiada siapa yang berani mengangkat tangan. Justeru, kita perlulah sentiasa bersedia untuk mati. soalnya, bagaimana caranya untuk kita sentiasa mengingati mati? kepada yang berkeluarga, bawalah anak2 di hujung minggu ke ke kuburan dan kepada yang belum berkeluaga perlulah turut serta sebagai salah satu destinasi beriadah. itulah tarbiah yang terbaik.
Kata-kata itu diteruskan lagi...bukan itu sahaja malahan, setiap manusia perlu bersedia dengan kematian dengan cara membeli sendiri kain kafan. Jangan hanya sudah meninggal baru ditunggu waris membelikan kain kafan untuknya. Adalah lebih elok jika sudah membeli kain kafan, maka digantung pula di kamar pembaringan. insyaAllah kita TIDAK AKAN TIDUR. sekalian jemaah tersenyum dan tertawa. mana mungkin ada yang berani membuatnya. Rasionalnya jika kita benar2 mengingati mati, kita tidak akan lena untuk tidur dan kita akan bangkit untuk beribadat di tengah malam menghabisi sisa2 hidup menghadapi kematian..
Moga coretan yang ringkas ini mampu memberi sedikit kesedaran buat kita semua...amien..
Terkadang aku terfikir gak, yealah aku ni bukan ustazah, bukan jua pendakwah cuma ingin bermadah terkadang yang tak tentu arah. Terfikir gak ape kate orang lain lau aku ni asyik nk cakap pasal agama konon. tapi ilmu tak setinggi mane. itulah hidup kan! asyik nak fikir apa orang kata, sampaikan nk wat ape2 pun terhalang dengan sebab pemikiran kita "apa orang kata".
Oklah, aku teruskan jugak ape yang aku nak kate. Semalam, raye ke 2 aku pergilah keluar nk p kedai, lalu kat kawasan kubur di Bakri. huh! sesak! ramainyer orang di kawasan kuburan. erm..terdetik di fikiran bagusnya orang ni. x macam aku. Bagi aku mereka ingatkan orang yang telah pergi dan mereka jua menanam sifat mengingati mati. bukankah mereka antara orang2 yang berjaya? insyaAllah. Terasa ada satu pesta di situ, namun aku hanya menjadi pemerhati dari kejauhan.
Sepanjang drive, aku mengelamun sendiri, teringat saat aku di bumi ACEH. Ketika itu sambutan Nuzul Quran. Seorang mantan imam masjidil haram dijemput untuk memberi ceramah. Hari itu merupakan hari ke-2 kami solat terawih di masjid Baitulrahman. ingat lagi tak kes tsunami yang melanda Aceh tapi satu-satunya masjid yang selamat. itulah masjid Baitulrahman. Lautan manusia yang membanjiri masjid untuk sambutan Nuzul Quran membuatkan aku terasa kagum. hinggakan ada yang solat di atas rumput. aku sendiri hanya dapat solat di dataran masjid betul2 di hadapan pintu masuk utama. sempat jua beramah mesra bersama orang tempatan di situ.
| replika masjid Baitulrahman |
| hari pertama aku dapat masuk dalam masjid nie.. |
Kata-kata itu diteruskan lagi...bukan itu sahaja malahan, setiap manusia perlu bersedia dengan kematian dengan cara membeli sendiri kain kafan. Jangan hanya sudah meninggal baru ditunggu waris membelikan kain kafan untuknya. Adalah lebih elok jika sudah membeli kain kafan, maka digantung pula di kamar pembaringan. insyaAllah kita TIDAK AKAN TIDUR. sekalian jemaah tersenyum dan tertawa. mana mungkin ada yang berani membuatnya. Rasionalnya jika kita benar2 mengingati mati, kita tidak akan lena untuk tidur dan kita akan bangkit untuk beribadat di tengah malam menghabisi sisa2 hidup menghadapi kematian..
Moga coretan yang ringkas ini mampu memberi sedikit kesedaran buat kita semua...amien..
| di hadapan pintu masuk utama masjid. |
| Suasana dalam masjid Baitulrahman. Indah! |
Sunday, August 19, 2012
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Salam buat semua rakan dan taulan yang mengenali diriku. sekejap jer dah syawal kan? Ramadhan yang telah meninggalkan kita entahkan sudah terisi atau tidak. Tepuk dada tanya iman. buat yang berjaya khatam quran ku ucapkan tahniah. anda sekurang-kurangnya telah cuba menyemarakkan Ramadhan. siapa ya antara kita yang ada jumpa Liatulqadar? huh! alangkah bertuahnya hidup.
Sepanjang ramadhan ni banyak perkara yang berlaku, aku turut serta dalam program pengantarabangsaan ke ACEH dari 3-6 OGOS. terlalu banyak pengalaman yang aku nk kongsikan. insyaAllah di kesempatan yang lain akan kuceritakan. almaklum..berpuasa di serambi mekah agak berbeza di bumi sendiri. tak dapat di Mekah di ACEH pun jadilah...
![]() |
| Berita tentang kami dipaparkan di akhbar berita harian 9/8/12 |
![]() | ||||
| di majlis menandatangani MoU |
Slamat hari raya , maaf zahir dan batin..sayang awak semua.. (^_^)
| ade yang xde dalam gambo. mane tah diorang |
Saturday, July 14, 2012
Di Mana "DIA" Di Hatiku?
Salam buat semua. terlebih dahulu mohon maaf kupinta andai sepanjang membaca blog nie, terlalu banyak perkara yang lagha. terkadang hati ini ingin berkongsi soal hidup hingga kucoret tajuk "Bingkisan Hidup". Entah berapa ramai yang sudi menjengah, aku tak kesah. bagiku satu kepuasan apabila aku dapat berkongsi perasaan.
Buku ini dah lame aku beli, dan dah lame jugak aku baca. namun untuk menghabiskannya dalam masa yang singkat terasa sayang. bagi aku buku ini akan menyuntik semangatku apabila aku dalam resah. justeru, aku baca sedikit demi sedikit agar terkesan berpanjangan.
Berilah aku keyakinan,
Yang menimbulkan keberanian hati
Kurniakanlah aku kebijaksanaan
Yang membuahkan kerendahan diri

Subscribe to:
Posts (Atom)