Pages

Thursday, June 18, 2015

RAMADHAN KAREEM...

Assalamualaikum ...

Pejam celik pejam celik dah 18 Jun bersamaan 1 Ramadhan. ini bermakna hampir setahun bolg ini sunyi tanpa sebarang coretan. 

Entah semangat apa yang menjelma membuat aku mengkaji semula bagaimana untuk melihat semula blog yang sudah berhabuk dan berlumut. Mengimbas kembali bagaimana nk tukar design dan sebagainya dan yang paling kelakar bila baca semula tulisan-tulisan lama. 

Oklah, belum ada idea sangat nk tulis apa tapi sebenarnya nk ucap pada semua SalamRamadhan. semoga Ramadhan kali ini membawa 1000 erti dalam hidup kita semua. Semoga beroleh lailatu Qadar...Amin... 




Thursday, July 31, 2014

BBplus Collagen: Rahsia kecantikan asli




 

Mengapa BBPlus penting jadi pilihan utama?


BB Plus diperbuat daripada kolagen ikan yang bermutu tinggi. Kolagen ikan dikelaskan sebagai Kolagen Jenis 2, yang mempunyai struktur rantaian asid amino yang seakan-akan sama seperti yang terdapat dalam kolagen manusia. Habitat semulajadi ikan menyebabkan kolagen ikan  mempunyai kandungan Prolin dan Glisin yang cukup dalam suhu badan ikan yang rendah iaitu sama seperti kolagen manusia. Prolin dan Glisin adalah dua jenis asid amino yang penting untuk penghasilan kolagen, mengekalkan kecantikan kulit dan kesihatan rawan. Kolagen ikan ditukarkan menjadi peptida dengan menggunakan teknologi terkini untuk sumber kolagen yang kaya dan kesan penyerapan yang lebih baik.




Bagaimana BB Plus Bertindak?
Mod tiga tindakan:
1. Memulih  - Menggalakkan pembersihan mikro, menggantikan peptida kolagen bagi
                         rantaian kolagen yang telah rosak ataupun lemah
2. Membina - Menguatkan dan melindungi rantaian kolagen melalui proses antioksida
3. Memperbaharui -  Menggalakkan pertumbuhan dan penghasilan sel kolagen baruPhoto: Ramadhan hampir tiba. tapi masih ada lagi yang tak larat nk bayar puasa. pulak tu dugaan cuti sekolah memang mencabar. cuti sana sini...takkan nak puasa kot. hehe. jadi, kalau rasa nk bertenaga menghabiskan sisa-sisa puasa yang tertunggak tunggu apa lagi. ambil je 1 sachet pagi masa sahur atau malam sebelum tidur. insyaAllah akan terasa sihat dan hari yang dilalui lebih bertenaga.


Dos apakah yang efektif?
Hanya 1 paket (5g) setiap hari untuk memiliki kulit muda yang cantik dan mulus. Proses hidrolisis menghasilkan peptida (3,000 saiz Dalton) yang sedia diserap.

7 Hasil Kulit Cantik dengan BB Plus Collagen
1. Kulit wajah berseri dan cerah
2. Kulit lebih anjal dan tegang
3. Kulit lebih halus dan gebu
4. Kulit lebih lembab
5. Kulit lebih licin serta kurang garis halus dan kedutan
6. Kulit lebih cepat sembuh dan pulih
7. Kulit kurang kesan kerosakan akibat sinaran matahari

  

 
 
Tanpa Gula dan Kolesterol
Gula gantian semulajadi dengan Indeks Glisemik yang rendah digunakan untuk memenuhi keperluan mereka yang mempunyai masalah jantung dan diabetes.


CARA PENGAMBILAN
Campurkan 1 paket BB Plus ke dalam 150ml air bersuhu bilik. Elakkan daripada menggunakan air panas. Kacau dan sedia diminum. Pengambilan terbaik adalah sebelum makan ataupun sebelum tidur.
Sesuai untuk pesakit diabetes. Warna, rasa dan tekstur produk dalam setiap kelompok mungkin berlainan disebabkan oleh ramuan asli yang digunakan.
 
RAMUAN UTAMA
Kolagen ikan terhidrolisis, ekstrak biji anggur, Vitamin C, jus bunga roselle, jus buah blackcurrant, serat epal, inulin.

Bagaimanakah dengan aksi perlindungan antioksida tambahan?
Jus blackcurrant mengandungi anthocyanin untuk melindungi kulit muka dan badan daripada sinaran UV dan radikal bebas. Ekstrak biji anggur dengan OPC (oligomeric proanthocyanidins) mengurangkan ketidakselesaan kulit serta menggalakkan penyembuhan kulit. Vitamin C dan roselle menguatkan rantaian kolagen, melindungi kolagen di dalam dermis kulit dan menggalakkan proses sintesis

Bagaimanakah BB Plus dapat meningkatkan kualiti kulit?
Serat epal dan inulin (serat diet) menggalakkan pencerahan kulit melalui proses detoksifikasi.

Bagaimanakah BB Plus dapat membantu mengurangkan ketidakselesaan penyakit sendi?
Peptida kolagen ikan adalah sumber Kolagen Jenis 2 yang baik dan merupakan komponen utama dalam rawan untuk membantu mencegah keradangan yang disebabkan oleh rheumatism and osteoarthritis.
BB Plus mengandungi peptida kolagen yang tinggi untuk mengganti dan membina semula rantaian kolagen yang diperlukan untuk menjadikan kulit anjal, lembab, tegang dan gebu menawan. Rasa enak campuran ekstrak blackcurrant 100% dan jus roselle berkualiti tinggi serta kolagen ikan yang tidak berbau.
 
 

Photo: Semakin hari semakin ramai yang memilih bbplus collagen. Mane taknye, terbukti berkesan dan tiada kesan sampingan. Rugi kalau tak cuba. Dah cuba pasti tertambat. Nasibla sy diperkenalkan dgn produk ni. Terus x nk tukar dah.
lihatlah sendiri kejelitaan dan keremaajaan wajah-wajah pengguna bbpluscollagen

Sunday, October 13, 2013

Nikmat Sihat

                    SESUNGGUHNYA tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepada-Nya.

                    Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.

                     Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit. Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia makan sepuas-puasnya.

Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu. Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya terutama solat fardu lima waktu.

               Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya.

                Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

Dalam sebuah hadis lain daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya yang ditanyakan pertama kali kepada hamba di hari kiamat – maksudnya tentang nikmat – adalah dikatakan, ‘Bukankah Aku telah menyihatkan tubuhmu dan menyegarkanmu dengan air yang dingin.” (Hadis riwayat Tirmizi) Mereka yang menghargai kesihatan sentiasa ingat dan mengucap syukur kepada Allah. Nikmat sihat yang Allah kurniakan kepadanya itu tambah menguatkan lagi perasaan cinta dan takwa terhadap Allah. Nabi Muhammad mengerjakan solat tahajud di waktu malam bagi melahirkan rasa syukur kepada Allah.

                Amat rugi hidup seseorang Muslim kalau badannya sihat, kuat dan bertenaga dihabiskan dengan kerja maksiat dan melakukan amalan yang dilarang-Nya. Tambah malang lagi jika umur panjang tanpa amalan soleh sebagai bekalan di hari kemudian.

Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Kekayaan tidak akan menimbulkan bahaya bagi orang yang bertakwa. Kesihatan bagi orang yang bertakwa lebih baik daripada kekayaan. Dan keadaan jiwa yang baik adalah bahagian daripada nikmat.” (Hadis riwayat Ibnu Majah).

                SESUNGGUHNYA tidak terhitung kita betapa banyaknya nikmat Allah yang dikecapi semasa hidup di dunia. Kita tidak pernah putus menerima nikmat Allah, kecuali bila kita mati barulah nikmati itu terhenti. Sebagai contoh, nikmat mata dapat melihat, nikmat kaki dapat berjalan, nikmat tangan dapat bergerak, nikmat mulut dapat makan. Semua nikmat itu Allah berikan kepada kita secara percuma. Oleh demikian, kita patut mengucap syukur selalu kepada-Nya.

                Satu lagi nikmat Allah yang kurang kita beri perhatian ialah nikmat sihat. Justeru, semasa sihat ramai di kalangan kita tidak ambil kisah untuk menjaga kesihatan. Bila sudah dapat penyakit baru sedar betapa mahalnya nilai kesihatan itu dalam kehidupan. Ada orang sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak semata-mata untuk berubat bagi mendapatkan kembali nikmat sihat yang pernah dikecapi.

                     Bagi orang yang sudah terlantar sakit, sebut berapa saja jumlah wang yang perlu dibayar untuk ubat, dia sanggup sediakan demi untuk dirinya kembali sihat. Biasanya di waktu sakit baru timbul keinsafan betapa tubuh yang sihat itu lebih mahal nilainya daripada segala-galanya yang ada di dunia baik wang mahu pun harta benda. Isteri cantik atau suami kacak sudah tidak memberi apa-apa makna kalau diri terlantar sakit. Tidak siapa boleh nafikan betapa tubuh yang sihat membolehkan seseorang itu melakukan apa saja kerja dengan baik dan sempurna, termasuklah mengerjakan amal ibadat kepada Allah. Tetapi ada di kalangan kita tidak menjaga kesihatan sebaik-baiknya ketika sihat sehingga Nabi Muhammad s.a.w pernah mengingatkan umatnya tentang hal ini. Sabda Rasulullah bermaksud: “Ada dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu kerananya iaitu kesihatan dan masa lapang.” (Hadis riwayat Al-Bukhari) Sudah jadi lumrah dunia, kebiasaannya orang sihat jarang memikirkan tentang sakit. Justeru, orang sihat bila makan selalu gelojoh dan tidak ikut peraturan. Selagi boleh makan dia makan sungguh-sungguh. Selagi tidak kenyang dia tidak berhenti makan, tak kira apa yang dia makan itu boleh mendatangkan mudarat kepada tubuhnya atau tidak. Selagi ada selera dia makan sepuas-puasnya.

Tetapi lain halnya bagi orang yang tidak sihat seperti mempunyai penyakit darah tinggi, kencing manis atau jantung. Orang yang berpenyakit selalu merindui sihat. Boleh dikatakan dua puluh empat jam dia berharap dan berdoa supaya kembali sihat seperti orang lain. Oleh kerana inginkan sihat, dia mula makan ikut peraturan seperti yang dinasihatkan doktor. Makannya tidak lagi ikut kata hati dan cukup berhati-hati. Makannya juga terhad. Semua itu dilakukan kerana ingin cepat sembuh daripada penyakit dan kembali sihat seperti dulu. Seharusnyalah ketika tubuh sihat inilah kita perlu muhasabah diri dan mengucap syukur atas nikmat sihat yang Allah berikan kepada kita. Allah mengurniakan tubuh sihat bukan semata-mata untuk kita bekerja mencari rezeki untuk diri kita dan keluarga, tetapi pada waktu sama Allah mahukan kita mengerjakan amal ibadat seperti yang diperintahkan-Nya terutama solat fardu lima waktu.

                      Tidak ada alasan untuk kita meninggalkan solat ketika tubuh sihat. Sesibuk mana pun kita bekerja kerana mencari nafkah untuk keluarga, bila masuk waktu kita perlu solat. Solat tidak boleh kita tinggalkan kerana kita mampu mengerjakannya.

                      Semasa sihat inilah juga kita selalu diingatkan supaya banyak berzikir dan mengingati Allah. Bila kita ingat kepada Allah nescaya Allah juga akan ingat kepada kita. Ada sebuah riwayat yang menyebutkan mengenai seorang hamba Allah yang soleh telah mencapai usia 70 tahun tetapi masih sihat. Ketika ditanya seorang hamba Allah dia menjawab, “Anggota badanku ini sejak kecil aku jaga untuk selalu taat kepada Allah s.w.t. Oleh kerana itu Allah menjaganya untukku di saat aku sudah tua.” Nikmat sihat adalah paling agung yang sentiasa diharapkan setiap manusia di bumi ini agar dapat hidup bahagia dan sejahtera. Manusia boleh melakukan apa saja kerja jika sihat dan sekali gus menunaikan kewajipan kepada Allah yang berkaitan dengan dunia mahupun akhirat.
Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah dan keduanya (baik yang kuat atau yang lemah) memiliki kebaikan.” (Hadis riwayat Muslim daripada Abu Hurairah).

                   Orang sakit tidak mampu melakukan kerja-kerja seperti orang sihat. Justeru, pesan Nabi Muhammad dalam sebuah hadis seperti yang diriwayatkan oleh Hakim amat baik dijadikan ingatan bagi setiap Muslim, iaitu ambillah peluang lima perkara sebelum dihilangkan (didatangi) lima perkara.

                   Lima perkara yang dimaksudkan itu ialah peluang masa mudamu sebelum datang tuamu, peluang masa kayamu sebelum datang fakirmu, peluang masa lapangmu sebelum datang kesibukanmu, peluang masa sihatmu sebelum datang sakitmu dan peluang masa hidupmu sebelum datang matimu.

Sunday, September 1, 2013

Bukan senang nak senang

                 Al-kisah maka tersebutlah kisah diri aku yang nk capai hala tuju. Alhamdulillah, setle mendaftar nama syarikat. Aku dikejutkan dengan sms yang mengatakan loan aku rejected. termenung jap aku. Tp yang bestnyer "mentor" aku boleh gelak. releks jer die. Apekah??? die soh aku releks. buat slow2. itu jer pesannye. Aku pulak gelabah tak tentu pasal. sume nak cepat.

                Sebenarnya, aku x risau sgt dalam bab nk set up bisnes ni. cume yang aku riso "mentor" aku ni dah nk sambung blajo kat oversea, Phd kau... tak silap kat universiti ibn Torfail. kat mane tu? huhu.

                 Bile aku ckp aku riso die lek jer.. dengan bahasa mudah die ckp, bukan ke aku yang runner nanti. (sambil tergelak). aku plak yang serius. Apepun aku kene bertenang. pesan die slalu kat aku yang berkali2 diulang 1 jer. tau x ape die.

"Bende belum jadi jangan fikir dulu". haa...camtulah. So, aku kne pelan2 rancang kewangan aku dulu k.

buat anda diluar sane....doakan usaha kami berjaya. Amien......
        

Saturday, August 17, 2013

Dunia Baru

            
   Salam lebaran yang masih bersisa. aku di sini masih meneruskan hidup. yup, macam orang lain jugak. mungkin sama dan mungkin berbeza.

                 Aku baru nak melangkah ke satu dunia baru. dunia perniagaan yang pastinya paling ditakuti kerana besar risikonya. aku mestikan diriku untuk melangkah mengenangkan tanggungjawabku. jadi aku tanamkan dalam jiwaku, aku "mesti kaya".

                Aku bersyukur kerana dikurniakan rakan yang menjadi mentorku sendiri bahawa kami sama-sama nak jadi kaya. kami nak bangunkan ekonomi orang Islam, kami nak beri peluang pekerjaan pada orang lain, kami nak hidupkan sunnah.

               Aku berazam dalam diri bahawa aku nak imbangkan antara tugas hakikiku sebagai guru dan perniagaan. Siapa aku tanpa pertolongan dariMu ya Allah. aku hanya hambamu yang kerdil. bantulah aku dan orang dikelilingku. 

                Moga Allah merahmati usaha kami. Amien..

Thursday, August 8, 2013

Bertindak Positif

                 Assalamualaikum... ade orang tak kat sane??? hehe

                Ohho...lame giler kot tak update pape. heh heh. erm..entry ni kutulis tatkala jam menunjukkan pukul 4.41 pagi. erm.. cam tak tido jer 1 syawal kali ni. nape tah. semangat plak nk tolong mak masak. masak??? yup rumah aku biaselah lau malam raye jadi burung antu. kul 11 baru nak tenggek ketupat. orang lain dah siap proses dalam perut.

               oklah..aku nk cite pasal tajuk aku tu haa...nape aku tak tulis slamat hari raye je ek? ah ha, ade rahsia disebalik bicara.

               Oklah, camni. dari sebelum 2 hari lagi nk raye, aku adelah nampak mak aku ni baru bancuh gula nk buat kuih lagi. ops..lupe lak. nk cite mak aku jual kuih bangkit. nk jadi cite konon2 tempahan yg nak ambik sket jadi banyak. kire punye kire terpakse tambah bancuhan sebab nk tokok yang tak cukup. aku punyela hangin. ops...terase hati sket ar kat mak aku yang asik buat kuih orang jer sedangkan rumah lintang pukang tak siap. tiap2 tahun macam tu. sape tak bosan. rase nak lari dari rumah boleh tak.???

              Perasaan kesian yang bertandang memaksa aku tolong mak aku dalam keadaan hati merungut. "semua tak siap".."tiap2 tahun camni"..."mak nk kejo ape lagi, anak2 sume dah beso"...bla..bla..bla...

            tibe bab aku buang sampah kat peron...jeng..jeng..jeng...aku nampak mancis dalam kotak kat tepi garaj kete aku. gatai plak tangan ni capai. nge "test"...skali masih elok. aku pun ape lagi. nk melayankan kebosanan aku raye tiap2 tahun camni aku pun bakola sampah kat peron tu.. macam anak kecil main api daa...haha.

            dah bosan dok situ aku sambungla keje aku yg tertunda sambilhati aku masih terus merungut dan merungut... tibe2.........huh! dengo bunyi bende terbako. abang aku besungguh2 pukul api ngan kayu. aku pun apelagi..cari kayu gak pukul api tu kasi x merebak. rupenyer dah masuk kebun jiran aku daa apinyer. abang aku sorang lagi datang bawak air. ayah pon joint sekali tolong...waahhh dasat. Akhirnya api berjaye dipadamkan.
            huh! camtulah cite aku. sambil aku tengok hasil jilitan api kat kawasan sekitar, rase menyesal plak. ini kot natijahnyer jika kita menghasilkan aura "negatif". ,maka hasilnya juga adalah negatif. bukan sahaja mudarat untuk diri sendiri malah orang lain jugak. alangkah indahnya jika kita menghasilkan aura "positif" maka hasilnya juga adalah "positif" bukan untuk diri sendiri sahaja malahan untuk orang lain jugak. jadi yang mana satu pilihan kita???

              Jom jadi positif...slamat hari raya Aidilfitri. Maaf zahir dan Batin..








             

Sunday, May 19, 2013

Terima kasih cikgu

 haa.....layan lagu ni beb!

http://www.youtube.com/watch?v=NIWJkLdtz4s


Tulus setiamu cikgu telah mengajar kami
Membekalkan ilmu untuk masa depan
Dari ABCDE 12 dan 3 hingga aku tahu baca dan kira

Tak terhingga pengorbananmu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Kaulah pelita hidup bagi kami semua
Menuju jalan ke arah yang benar
Penuh ikhlas dan tulus membimbing dan mengajar
Untuk memastikan kami berjaya

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasih pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajarku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Tak terhingga pengorbanan mu
Hingga aku besar kan ku ingat selalu

Terima kasi pada mu cikgu
Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih pada mu cikgu

Jasa mu akan ku kenang selalu
Tak pernah lelah tunjuk ajar ku
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu

Terima kasih pada mu cikgu (terima kasih cikgu)
Jasa mu akan ku kenang selalu

Tak pernah lelah tunjuk ajarku (terima kasih cikgu)
Terima kasih ku kepada mu cikgu
Terima kasih cikgu