Tuesday, August 14, 2018
Ceramah BM Kertas 2
Kali ni aku dikejutkan dengan permintaan rakan lama. Katanya boleh tak jadi penceramah kertas 2. Entah macam mana naik nama aku.
Takpelah, aku jadikan ini salah satu cara aku nak cabar diri. Sebelum ni pengalman di SMK Sri Tangkak saja.
Ceritanya persiapan dibuat pada hari khamis. Aku gunakan kesempatan CTR yg aku dapat dari hantar peserta catur ke segamat hari tu. Maka, kali ni nmpknya aku lebih bersedia dari tahun lepas.
Perancangan berjalan dengan baik. Sikit2 lari tu biasalah.
Alhamdulillah. Aku dapat belajar sesuatu. Ada penambahbaikan yang perlu aku lakukan.
BUKU PENULISAN KREATIF
Untuk makluman buku ini adalah cetusan idea daripada bengkel penulisan yang telah diadakan pada 12-14 April 2017 yang melibatkan seramai 30 orang pelajar tingkatan 5 2017. Projek buku ini telah diketuai oleh saya, Cikgu Maisarah Ahmad, Ketua Panitia Bahasa Melayu SMA Lughatul Quran dengan kerjasama dari pihak D Vista Tranning & Consultancy dan Cikgu Ruzaini binti Yahya, guru SMK SAB Muar merangkap penulis novel Tawanan Komander Caucasus.
Projek buku ini adalah yang pertama seumpanya dihasilkan oleh Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran. Dediksi khas ditujukan buat En Mohd Taufiq Mahmud kerana banyak membantu dalam menjayakan projek ini.
Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini secara peribadi atau untuk diletakkan diperpustakaan sekolah masing-masing boleh hubungi saya pada talian 012-2664198.
Terima kasih
Friday, August 10, 2018
Jumaat barakah
Hari ni Allah nak ajar aku sesuatu. Pagi ni kawan aku ajak aku pergi meeting kat batu pahat. Boleh kerana tak ada apa2 urusan aku turuti ajakannya.
Tiba di satu persimpangan, lmpu trafiq light rosak. Ku berhenti dn cuba melintas, tiba2 entah mn muncul sebuah motosikal menghentam sebelah kiriku.
Aku berhenti dan Cuba selesaikan masalah yang terjadi. Mujur tiada kemalangan jiwa yng berlaku. Budak tingkatan 5 nak ke kelas tambahan di sekolahnya.
Selesai semuanya, aku termenung sendiri. APA sebenarnya yang Allah nak sampaikn kepadaku.
Sedekah?
Niat yang tak lepas?
Semua dah selesai rasanya.
Entah kenapa tiba2 aku teringat tentang korban. Ceritanya bulan ni aku agak sempit. Aku berkira2 untuk ambik bhagian qurban di kampungku yg berharga rm750. Namun, aku dah niat aku mesti buat korban jugak.
Dalam masa yang sama sekolah menawarkan korban rm350. Aku terus buat tindkan memberi duit untuk sertai.
OK, apa kaitan dengan semua ni?
Berbaki 300 adalah cara Allah nak ajar aku dengan kereta yang kemek.
Itulah pengajarannya...
Wednesday, August 1, 2018
Tuesday, July 24, 2018
Saturday, July 29, 2017
Penceramah
Rupanya semuanya tak semudah disangka, perit menyediakan slaid sahaja membuatkan tidurku tidak lena. dada sentiasa berdebar. huhu.
Hinggalah sampai tarikh yang dinantikan, aku seolah-olah rasa mahu berpatah balik. perasaan bolak balik mula menerpa. "kenapa gatal terima undangan?", "kenapa dulu tak tolak je" haishhh.... bisikan yang membunuh semua tu. "sampai bila nak berada di takok lama", "apa salahnya mencuba sesuatu yang baharu?". aku kembali membina semangat.
Selesai program aku rasa seperti demam. Hutang tidur 2 hari seperti tidak mencukui memandangkan esoknya aku ada program yang lain. Alhamdulillah, selesai semuanya...
Syukur
Aku sudah boleh terima semuanya. Aku sudah boleh berhadapan sepenuhnya. malah aku mampu bergurau senda dan ketawa riang.
Terima kasih Ya Allah atas segala kurnia-Mu.
Siapa sangka sekarang ni aku bantu mereka mendirikan masjid. mana tahu dengan cara ini dosa-dosaku terampun. Namun apa yang jadi mengajar aku banyak perkara. Tiada apa yang kita miliki sekarang ini milik kita sepenuhnya. Semua pinjaman.
Kini, aku belajar erti syukur.















