Pages

Saturday, January 22, 2011

Masalah..ujian..cabaran!

            Dengan lafaz bismillahku mulakan bicara. Banyak perkara yang mengusik jiwa ini pada hari ini. Sebenarnya susah untuk dirungkai, apatah lagi untuk diluahkan satu persatu. Apa yang tercoret ini pun hanya sekelumit dari rasa hatiku yang ku rasa (...?...)

             Dalam hidup ini kita tak dapat lari dari masalah. Begitulah asam garamnya dan begitulah sifirnya. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Apabila dibelenggu masalah,kita terkadang rasa ingin menjerit sekuat hati dan beritahu dunia bahawa aku ada masalah yang cukup besar. Terkadang pula jiwa akan menjadi kucar kacir dan di situlah bermulanya langkah kaki untuk pergi jauh entah ke mana. Mungkin ke barat atau ketimur, mungkin jua ke selatan. Entahlah! itulah jawapannya. sungguh melankoli. Disinilah syaitan mula menguasai diri. Andai yang rapuh pegangannya maka hanyutlah ia dan terjadinya banyak kes seperti bunuh diri, lupakan Tuhan, minum arak dan sebagainya. Maka bertuahlah kepada sesiapa yang berpegang teguh pada Allah, tuhan seru sekalian alam. 

            Masalah sentiasa membelenggu kita, seolah-olah ajal kita yang sentiasa mengekori dari setiap jejak langkah kita. Tidak kiralah hartawan, raja yang mempunyai kuasa yang luas, ahli kedoktoran, hinggalah kepada si pencuci lantai. Semunya takkan lepas dari disapa masalah. Apa yang kita semua sedar, kematian dijanjikan buat semua mahluk yang bernyawa. Apa yang aku ingin sampaikan di sini, manusia sebenarnya serupa. Cume yang membezakan kita adalah amalan. Terkadang kita terlalu mengkagumi seseorang yang kita rasakan bahawa hebatnya dia! pandainya dia! kayanya dia! tanpa kita sedar mereka juga tidak dapat lari dari masalah dan kematian. Dan tanpa kita sedar kita telah mengkagumi sesuatu yang lemah, sedangkan kita sewajarnya mengkagumi Allah. Hanya Dia yang layak untuk dikagumi dan disanjungi.

            Ingatlah, bahawa kita hanyalah hamba yang lemah. Kembalilah ke jalan Allah, nescaya akan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat. Kenapa Allah memberi kita hujan, rupa-rupanya Allah ingin memberi pelangi kepada kita. Andai dibelenggu masalah, ingatlah, kita dikurniakan siang dan malam. ada sinar dan ada kegelapan, ada masalah adalah kebahagiaan.  Allah maha adil, bersangkalah baik dengannya. Allah menciptakan kita dan maha mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Allah tidak membebani seseorang dengan sesuatu yang tidak dapat dipikul oleh hambanya. Jika ada masalah, cubelah hadapi dengan sebaiknya dan mintalah pertolongan-Nya.

Hidup tidak selalunya indah,
Langit tak selalunya cerah,
Suram malam tak berbintang,
Itulah lukisan alam,
Begitu aturan tuhan...

Monday, January 10, 2011

kekosongan..

            bila kita dalam kesunyian, tak tahu nk buat ape2 biasenye kita kan cakap boring, bosan! sedangkan keje yang kita nak buat banyak. terutama di facebook yang majoritinya menulis statment "boringnyer".
cuba kita fikir kenapa kita jadi macam ini sedangkan banyak perkara kita boleh isi dalam hidup ini selaku khalifah di dunia.

            tapi memang tak dapat dinafikan, bila kita terasa sunyi, secara tak langsung kita akan fikir yang bukan-bukan. bermacam-macam perasaan negatif akan menguasai jiwa. Maka akan teringat kenangan lalu yang menggamit seribu satu kegembiraan dan kekesalan hingga terdetik di hati alangkah indahnya jika masa lalu dapat diputar kembali, jarum jam kembali berputar melawan arah. mana mungkin boleh berlaku semua ini. mustahil! tidak akan berlaku anak yang dilahir kembali semula dalam kandungan ibunya.  

             Begitulah fitrah manusia. sememangnya akan ada ketikanya jiwa merasai kekosongan. terpulang pada kita untuk mengisi ruang itu samada dengan perkara yang mendatangkan manfaat untuk diri kita atau untuk kebaikan orang lain jua.? dan buat diriku yang kekosongan ini, ku mohon petunjuk darimu ya Rabbi agar kau berikan petunjuk buatku dalam mendapat kebahagiaan hidup ini, ketenagan dalam menghadapi sapaan ujian dan dan cabaran. ku sedar matlamat hidup ini adalah untuk Mu, namun aku memohon agar di beri ruang dan panduan untuk aku meningkatkan ilmu dan ketakwaan agar aku sentiasa berada di sisiMU..amien...

jangan biarkan hati kita kekosongan..


Monday, January 3, 2011

1st day scoll

            Huh..pejam celik pejam celik dah naik sekola. bangun awal la nampaknyer tiap2 pagi. biasela awal tahun, masing2 ada azam baru. aku pun camtu gak. apelagi, aku upgrade la cara pemakaian aku. pergghh..malu tetap malu. tapi tu la risikonyer. kne perli. ceh!

         Sejak dari perhimpunan pagi lagi dah kne perli budak2 kat dewan. nk tergelak gak aku yg dok atas pentas tu. tapi dengan penampilan yag agak baru, aku kaku sebenarnye. lagi2 bila masuk kelas nk lantik ketua, ajk mcm2 lagi la.

         Tapi camne pun, semangat baru untuk menjadi lebih cemerlang tetap ada. yang penting, aku akan sentiasa tersenyum untuk semua. daa...:)

Saturday, January 1, 2011

Selamat tahun baru 2011

            Selamat menyambut tahun baru 2011. semoga yang berlalu dapat kita sama2 jadikan pengajaran  dalam menghadapi hari2 yang mendatang. ujian dan cabaran sentiasa akan menyapa kita selagi nadi masih berdenyut dan selagi jantung masih mampu mengepam darah keseluruh pelusuk urat saraf.
 

           Apa jua yang berlaku dalam diri kita, sedarlah bahawa kita sebagai manusia diciptakan untuk mengabdi pada Allah. bersangka baiklah dengan-Nya kerana Dia telah menciptakan kita dengan cukup sempurna berbanding dengan mahluk yang lain. Allah menciptakan kita dan lebih mengetahui apa jua yang terbaik untuk kita. Jadi, kenapa kita perlu rasa Allah tidak menyayangi kita dengan memberi kita ujian? ingatlah bahawa setiap ujian yang kita terima adalah untuk meningkatkan keimanan kita sejuah mana kita tabah dalam mendekatkan diri pada yang Esa. Disitulah bezanya kita. Iman!     

Sunday, December 19, 2010

Maafkanlah..bukankah itu lebih mulia..

            Mungkin ramai antara kita yang menggemari majalah hingga sanggup melanggan tidak kiralah majalah apa sekalipun. Entahlah, sejak dua mejak ni, aku diperkenalkan dengan majalah solusi yang berimejkan islam dalam kandungannya. Walaupun majalah ni baru dalam pasaran dan mencecah kepada isu 26, tapi bagiku majalah ini wajar dijadikan koleksi peribadi.

           Memetik kepada kupasan oleh Dato Fazilah Kamsah, untuk menjadi seorang yang hebat dan bekarisma, kita perlulah menjadi seorang yang pemaaf. Sememangnya bukan mudah untuk kita menghulur tangan dan memohon maaf apatah lagi memaafkan orang yang membuat penganiayaan terhadap kita. Budaya bermaafan jelas kelihatan dalam masyarakat kita apabila tibanya hari raya. itupun ada kalanya bersalaman atas sebab nak duit raya atau just salam jer dan bukanlah dari dasar hati yang inginkan kesucian hati dalam membentuk peribadi yang tinggi. 
hulurkanlah tangan tanda kemaafan..

            Sikap pemaaf ini jelas ditunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah dalam dakwahnya contohnya ketika penduduk Taif menolak dakwah baginda ketika ditemani Zaid bin Thabit. Baginda dilontar batu-batu dan zaid dengan sedaya upaya melindunginya namun terkena jua tubuh baginda hingga terluka dan mengalirkan darah. Apabila malaikat datang dan menawarkan untuk mengangkat bukit dan menghempapkan kepada penduduk Taif, baginda tetap tidak mengizinkan dengan mengatakan bahawa "mereka tidak tahu".  Kekayaan jiwa yang dimiliki tidak langsung memberi kesan dendam terhadap hatinya.

             Insan yang pemaaf mempunyai sifat berkasih sayang yang tinggi. Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat disisi Allah. Persoalannya, bagaimana untuk menjadi seorang yang pemaaf?
  • Tidak perlu menang setiap masa.
  • memikirkan orang lain juga mempunyai masalah
  • Mengingatkan Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan pemaaf.
  • Berdoa supaya disabarkan hati.
  • Bersangka baik
  • Memikirkan kebaikan yang telah dibuat.
iklaskan hati dalam berjabat mesra..

               Pengalaman berdepan dengan seorang pelajar yang enggan tinggal di asrama kerana masalah salah faham dengan kawan hingga ibubapanya pening menyebabkan seorang ustaz menunjukkan cara kepada pelajar itu. Bukankah lebih baik kita melakukan solat sunat dua rakaat sebelum tidur dan niatkan dalam hati bahawa "aku memaafkan sekalian yang berbuat salah padaku" dan anggaplah bahawa kita tidak ada apa2 hutang dengan sesiapa. Teori memang mudah, tapi pelaksanaan memang sukar. walaupapun, cubalah. Baru tahu keberkesanannya.  Pernah juga aku mintak maaf dalam seluruh jemaah pelajar di musollah.  Tapi lucunya mereka semua salah faham mengatakan aku dah nak pindah. hehe..kelakarnya saat itu... 

                 Ingatlah, dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada  kekayaan jiwa. Hidup ini indah jika kita saling bermaaf-maafan.










    Saturday, December 18, 2010

    Apa yang kita cari? apa yang kita nak jadi?

                 Ehem..post ni nampaknya masuk yang ke 7. bukan 70 or 700. rasenye masih belum boleh dibanggakan kot. huuhuu..Menulis blog ni ada kalanya rasa macam cakap sorang-sorang. Tiada sebarang komen seperti di 'face sibuk' yang ada kesinambungan dari statment yang dibuat. Cuma bila lihat pada total pageviews baru terasa ada jugak orang lain yang sudi baca walau hanya bingkisan dalam catatan hidup diriku. Siapa yea anda yang sudi berkunjung ke blog yang tidak sepertinya ini? atau saya hanya berandaian ada pengunjung setia yang sentiasa ingin mengikuti bingkisan hidup saya. Mungkin juga ada pengunjung yang tersesat dalam mencari maklumat di internet. Walau siapapun anda,terima kasih kerana sudi menjengah dalam untaian cerita seorang insan kerdil yang serba kekurangan ini.

                 Sejak kita dilahirkan hinggalah dalam usia sekarang ini, dari mula kita mengenal dunia dan boleh berfikir, mak dan ayah bersusah payah untuk membesarkan kita dengan memberi kelengkapan pakaian dan makanan, didikan dan sebagainya. Persoalannya, sebagai insan  pernahkah kita terfikir apa yang kita nak jadi dan apa yang kita cari?

                 Kita sering ditanya sejak kecil, "dah besar nak jadi apa?". Jawapan kanak-kanak biasalah, nak jadi polis, tentera, bomba, pensyarah, doktor. Kenapa nak jadi semua tu? Biasanya sebab terpengaruh dengan environment family. Tapi bila kita dewasa dan boleh berfikir, besar kemungkinan cita-cita kita akan berubah. Akhirnya kita tahu apa yang kita nak jadi dan semua persoalan ini biasanya merujuk pada kerjaya kita.
                 
                 Bagaimana pula persoalan apa yang kita cari? kekayaan dalam limpahan harta berupa wang dan emas atau penghormatan dan sanjungan setinggi langit?. Ramai diluar sana yang berjaya jadi apa yang  dia nak jadi. cita-citanya tercapai untuk menjadi peguam, menteri, doktor umpamanya dan berjaya mencari kesenangan hidup dengan memiliki rumah dan kereta mewah. Ada juga dalam masyarakat kita berada dalam golongan yang tidak jadi apa yang dia nak jadi dan tidak dapat apa yang dia nak.

                  Sesungguhnya marilah kita sama-sama muhasabah dan menyuluh hati kita. Dalam kehidupan ini perkara yang kita nak cari adalah  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebagai hambanya, kita perlu sedar bahawa dunia ini adalah hanya persinggahan sementara dan di sinilah kita perlu mencari bekal sebanyak mungkin untuk mengadap pencipta kita. Untuk itu jadilah seorang yang bertakwa kepadanya dengan membentuk nafsu dalam diri agar kita menjadi dalam kalangan orang-orang yang berakhlak mulia. 

                  Memang tidak dinafikan, teori sememangnya mudah. berbeza dengan amali yang menuntut kita erti kesabaran dalam mencari apa yang sepatutnya kita cari dan menjadi  apa yang sepatutnya kita jadi. Berdoalah pada Allah moga-moga kita  tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang dipelihara oleh-Nya. Amienn..


    Tuesday, December 14, 2010

    Johor...Penang...Perak...Johor.

                Selamat bertemu kembali. Hmm, cuti yang pendek tapi perjalanan yang agak memenatkan. Syukurlah, semuanya selamat. Thanks a lot to my friends, Ummu Mardhiah Abdul Jalil & Norwahida Musa atas layanan yang cukup baik untuk seorang pengembara ini. Acecehhhh..hehe.

                 Perjalanan dr Johor ke Penang menemukan aku dengan seorang anggota polis, En Ariffin. Sempat jugak berkongsi cerita pengalaman pahit manis bergelar polis lebih dari 10 tahun. Katanya nak pulang ke Kedah, ayahnya sakit tenat. Terpaksa ambil cuti segera.


                  Sampai di Batterworth dalam pukul 5 pagi. Kesian ummu tak dapat tido malam tu. Risaukan aku katenye. ish..ish..terharu beb! Dapat gak borak2 jap ngan housematenye Zura, seorang lacture gak tapi tengah busy ngan master chemical engineering tp bestnyer die ni dah mampu beli Honda civic.WOW! (teringat 'merah silu'ku. syhhhhh)

                 Siang tu aku ngan Ummu pun mulakan pengembaraan pas zohor sampai jejak kul 10 mlm baru balik. huh, lama la jugak. Hajat di hati nak p bukit bendera tapi tengah renovate katenye. aiseh..takde rezeki kali ni nampaknye. So, roundla kawasan Balik Pulau. Haha..kat sinilah aku dapat merasa laksa penang special yang "ori". Than, ptg tu p Pesta Penang 2010. Agak besar la jugak kawasan tu sampai x larat nk jalan. Tapi paling lama kitorang tersangkut kat tempat jualan bukula. hmm..teruja ngan diskaun kot aku ni, terbeli la jugak buku 'Yakjud & Makjud' ngan 'Iskandar Zulkarnain'. Sebenarnya ayah dah lame dah suro cari buku ni. tapi baru ni rase nak beli.

                 Esoknya aku berkesempatan p uitm, office Ummu than pusing2 kawasan USM. Hah, hari ni dia bwk p makan mee udang plak kat Sg Dua. perghh...memang sedap. hmm...nk p pantai bersih, tp tak sempat. so, kitorang p kat tempat "rojak tonggek" je. hehe..pelik tol name tu. Apa istimewanya? rojak or tonggek? Haa...jgn fikir bukan-bukan! yang uniknye rojak ni pembeli bole makan kat situ sambil cicah ngan kuah rojak sambil berdiri. than, untuk elak kuah tu terkena kat baju si pemakan kenalah tonggek sket or bongkokkan badannye. Haa...itulah sejarahnye rojak tonggek ni.
    perjalanan..

    kat rumah ummu..

                  Petang tu bermulanya perjalananku ke Perak yang mengambil masa 2 jam setengah. cume yang agak kesal pengurusan bas ini agak kelam kabut. Mane taknye, dahla penumpang yang depa ambik terlebih sorang. so, terpaksa dok kat lantai belakang. Agak tak kene, die suro duduk plak kat tempat tido driver yang kat belakang skali tuh. Hmm..nak jadikan cerita plak, si driver bas ni tak tahu jalan p Ipoh. Siap tanye penumpang lagi betul tak jalan yang dia lalu. Apelah nasib aku dapat bas yang tak famous lagi kucar kacir ni.
    Inilah bas yang mengharukan tu. Nama syarikat bas..jeng..jeng..jeng.. terpaksa dirahsiakan. huhu.


                Okla, pendek cite bile dah sampai perak, member aku wahida dah lame tercongok kat situ. kitorang ni mmg dah lame tak jumpe sejak abis matrix, adalah dalam 9 tahun gitu. Die ni plak mengajar kat uitm perak. Cerita punye cerita malam tu sampai kul 2 pagi. ngantuk jangan cakap beb. sempatla jugak berkenalan ngan housematenyer, Mumtaz. cam name olahragawati negare gitu. hehe.. same2 ngajar di tempat yang sama.
    siang tu kitorang p lumut jer. Nak p Pulau Pangkor kononnye tapi masing2 penat dah. So, belilah sket buah tangan kat situ. jadilah..
    Inilah kenangan di Lumut..

                   Malam tu jugak aku terpaksa balik bertolak dari Seri Iskandar ke Muar. Tak ada bas waktu siang katenye. Mengingatkan ada mesyuarat hari Rabu pagi terpaksa jugalah aku balik malam tu. Dan bermulalah perjalanan yang panjang pada malam itu dan menemukan aku dengan anggota navy pulak. Sekali lagi kami berkongsi pengalaman hidup. Dahsyat jugak la cite dia ni yang dah bekecimpung dalam dunianya selama 20 tahun.
                   Inilah sedikit perkongsian cuti-cuti sekolahku. sorila ek. bahase tak gramatis langsung. pulak tu ayat cam budak sekolah rendah je rasenye. dah seharian kat rumah pun tapi penat berjalan lom habis lagi. tu yang agak sikit melalut. huhu. oklah yea, jumpe lagi dalam post akan datang..tata..