Ehem..post ni nampaknya masuk yang ke 7. bukan 70 or 700. rasenye masih belum boleh dibanggakan kot. huuhuu..Menulis blog ni ada kalanya rasa macam cakap sorang-sorang. Tiada sebarang komen seperti di 'face sibuk' yang ada kesinambungan dari statment yang dibuat. Cuma bila lihat pada total pageviews baru terasa ada jugak orang lain yang sudi baca walau hanya bingkisan dalam catatan hidup diriku. Siapa yea anda yang sudi berkunjung ke blog yang tidak sepertinya ini? atau saya hanya berandaian ada pengunjung setia yang sentiasa ingin mengikuti bingkisan hidup saya. Mungkin juga ada pengunjung yang tersesat dalam mencari maklumat di internet. Walau siapapun anda,terima kasih kerana sudi menjengah dalam untaian cerita seorang insan kerdil yang serba kekurangan ini.
Sejak kita dilahirkan hinggalah dalam usia sekarang ini, dari mula kita mengenal dunia dan boleh berfikir, mak dan ayah bersusah payah untuk membesarkan kita dengan memberi kelengkapan pakaian dan makanan, didikan dan sebagainya. Persoalannya, sebagai insan pernahkah kita terfikir apa yang kita nak jadi dan apa yang kita cari?
Kita sering ditanya sejak kecil, "dah besar nak jadi apa?". Jawapan kanak-kanak biasalah, nak jadi polis, tentera, bomba, pensyarah, doktor. Kenapa nak jadi semua tu? Biasanya sebab terpengaruh dengan environment family. Tapi bila kita dewasa dan boleh berfikir, besar kemungkinan cita-cita kita akan berubah. Akhirnya kita tahu apa yang kita nak jadi dan semua persoalan ini biasanya merujuk pada kerjaya kita.
Bagaimana pula persoalan apa yang kita cari? kekayaan dalam limpahan harta berupa wang dan emas atau penghormatan dan sanjungan setinggi langit?. Ramai diluar sana yang berjaya jadi apa yang dia nak jadi. cita-citanya tercapai untuk menjadi peguam, menteri, doktor umpamanya dan berjaya mencari kesenangan hidup dengan memiliki rumah dan kereta mewah. Ada juga dalam masyarakat kita berada dalam golongan yang tidak jadi apa yang dia nak jadi dan tidak dapat apa yang dia nak.
Sesungguhnya marilah kita sama-sama muhasabah dan menyuluh hati kita. Dalam kehidupan ini perkara yang kita nak cari adalah kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebagai hambanya, kita perlu sedar bahawa dunia ini adalah hanya persinggahan sementara dan di sinilah kita perlu mencari bekal sebanyak mungkin untuk mengadap pencipta kita. Untuk itu jadilah seorang yang bertakwa kepadanya dengan membentuk nafsu dalam diri agar kita menjadi dalam kalangan orang-orang yang berakhlak mulia.
Memang tidak dinafikan, teori sememangnya mudah. berbeza dengan amali yang menuntut kita erti kesabaran dalam mencari apa yang sepatutnya kita cari dan menjadi apa yang sepatutnya kita jadi. Berdoalah pada Allah moga-moga kita tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang dipelihara oleh-Nya. Amienn..
No comments:
Post a Comment