Pages

Sunday, December 19, 2010

Maafkanlah..bukankah itu lebih mulia..

            Mungkin ramai antara kita yang menggemari majalah hingga sanggup melanggan tidak kiralah majalah apa sekalipun. Entahlah, sejak dua mejak ni, aku diperkenalkan dengan majalah solusi yang berimejkan islam dalam kandungannya. Walaupun majalah ni baru dalam pasaran dan mencecah kepada isu 26, tapi bagiku majalah ini wajar dijadikan koleksi peribadi.

           Memetik kepada kupasan oleh Dato Fazilah Kamsah, untuk menjadi seorang yang hebat dan bekarisma, kita perlulah menjadi seorang yang pemaaf. Sememangnya bukan mudah untuk kita menghulur tangan dan memohon maaf apatah lagi memaafkan orang yang membuat penganiayaan terhadap kita. Budaya bermaafan jelas kelihatan dalam masyarakat kita apabila tibanya hari raya. itupun ada kalanya bersalaman atas sebab nak duit raya atau just salam jer dan bukanlah dari dasar hati yang inginkan kesucian hati dalam membentuk peribadi yang tinggi. 
hulurkanlah tangan tanda kemaafan..

            Sikap pemaaf ini jelas ditunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah dalam dakwahnya contohnya ketika penduduk Taif menolak dakwah baginda ketika ditemani Zaid bin Thabit. Baginda dilontar batu-batu dan zaid dengan sedaya upaya melindunginya namun terkena jua tubuh baginda hingga terluka dan mengalirkan darah. Apabila malaikat datang dan menawarkan untuk mengangkat bukit dan menghempapkan kepada penduduk Taif, baginda tetap tidak mengizinkan dengan mengatakan bahawa "mereka tidak tahu".  Kekayaan jiwa yang dimiliki tidak langsung memberi kesan dendam terhadap hatinya.

             Insan yang pemaaf mempunyai sifat berkasih sayang yang tinggi. Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat disisi Allah. Persoalannya, bagaimana untuk menjadi seorang yang pemaaf?
  • Tidak perlu menang setiap masa.
  • memikirkan orang lain juga mempunyai masalah
  • Mengingatkan Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan pemaaf.
  • Berdoa supaya disabarkan hati.
  • Bersangka baik
  • Memikirkan kebaikan yang telah dibuat.
iklaskan hati dalam berjabat mesra..

               Pengalaman berdepan dengan seorang pelajar yang enggan tinggal di asrama kerana masalah salah faham dengan kawan hingga ibubapanya pening menyebabkan seorang ustaz menunjukkan cara kepada pelajar itu. Bukankah lebih baik kita melakukan solat sunat dua rakaat sebelum tidur dan niatkan dalam hati bahawa "aku memaafkan sekalian yang berbuat salah padaku" dan anggaplah bahawa kita tidak ada apa2 hutang dengan sesiapa. Teori memang mudah, tapi pelaksanaan memang sukar. walaupapun, cubalah. Baru tahu keberkesanannya.  Pernah juga aku mintak maaf dalam seluruh jemaah pelajar di musollah.  Tapi lucunya mereka semua salah faham mengatakan aku dah nak pindah. hehe..kelakarnya saat itu... 

                 Ingatlah, dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada  kekayaan jiwa. Hidup ini indah jika kita saling bermaaf-maafan.










    No comments:

    Post a Comment