Pages

Sunday, December 19, 2010

Maafkanlah..bukankah itu lebih mulia..

            Mungkin ramai antara kita yang menggemari majalah hingga sanggup melanggan tidak kiralah majalah apa sekalipun. Entahlah, sejak dua mejak ni, aku diperkenalkan dengan majalah solusi yang berimejkan islam dalam kandungannya. Walaupun majalah ni baru dalam pasaran dan mencecah kepada isu 26, tapi bagiku majalah ini wajar dijadikan koleksi peribadi.

           Memetik kepada kupasan oleh Dato Fazilah Kamsah, untuk menjadi seorang yang hebat dan bekarisma, kita perlulah menjadi seorang yang pemaaf. Sememangnya bukan mudah untuk kita menghulur tangan dan memohon maaf apatah lagi memaafkan orang yang membuat penganiayaan terhadap kita. Budaya bermaafan jelas kelihatan dalam masyarakat kita apabila tibanya hari raya. itupun ada kalanya bersalaman atas sebab nak duit raya atau just salam jer dan bukanlah dari dasar hati yang inginkan kesucian hati dalam membentuk peribadi yang tinggi. 
hulurkanlah tangan tanda kemaafan..

            Sikap pemaaf ini jelas ditunjukkan oleh junjungan besar Rasulullah dalam dakwahnya contohnya ketika penduduk Taif menolak dakwah baginda ketika ditemani Zaid bin Thabit. Baginda dilontar batu-batu dan zaid dengan sedaya upaya melindunginya namun terkena jua tubuh baginda hingga terluka dan mengalirkan darah. Apabila malaikat datang dan menawarkan untuk mengangkat bukit dan menghempapkan kepada penduduk Taif, baginda tetap tidak mengizinkan dengan mengatakan bahawa "mereka tidak tahu".  Kekayaan jiwa yang dimiliki tidak langsung memberi kesan dendam terhadap hatinya.

             Insan yang pemaaf mempunyai sifat berkasih sayang yang tinggi. Darjat yang dimiliki orang pemaaf sebenarnya telah diangkat disisi Allah. Persoalannya, bagaimana untuk menjadi seorang yang pemaaf?
  • Tidak perlu menang setiap masa.
  • memikirkan orang lain juga mempunyai masalah
  • Mengingatkan Allah mengangkat darjat orang yang suka meminta maaf dan pemaaf.
  • Berdoa supaya disabarkan hati.
  • Bersangka baik
  • Memikirkan kebaikan yang telah dibuat.
iklaskan hati dalam berjabat mesra..

               Pengalaman berdepan dengan seorang pelajar yang enggan tinggal di asrama kerana masalah salah faham dengan kawan hingga ibubapanya pening menyebabkan seorang ustaz menunjukkan cara kepada pelajar itu. Bukankah lebih baik kita melakukan solat sunat dua rakaat sebelum tidur dan niatkan dalam hati bahawa "aku memaafkan sekalian yang berbuat salah padaku" dan anggaplah bahawa kita tidak ada apa2 hutang dengan sesiapa. Teori memang mudah, tapi pelaksanaan memang sukar. walaupapun, cubalah. Baru tahu keberkesanannya.  Pernah juga aku mintak maaf dalam seluruh jemaah pelajar di musollah.  Tapi lucunya mereka semua salah faham mengatakan aku dah nak pindah. hehe..kelakarnya saat itu... 

                 Ingatlah, dalam kerendahan hati ada ketinggian budi, dalam kemiskinan harta ada  kekayaan jiwa. Hidup ini indah jika kita saling bermaaf-maafan.










    Saturday, December 18, 2010

    Apa yang kita cari? apa yang kita nak jadi?

                 Ehem..post ni nampaknya masuk yang ke 7. bukan 70 or 700. rasenye masih belum boleh dibanggakan kot. huuhuu..Menulis blog ni ada kalanya rasa macam cakap sorang-sorang. Tiada sebarang komen seperti di 'face sibuk' yang ada kesinambungan dari statment yang dibuat. Cuma bila lihat pada total pageviews baru terasa ada jugak orang lain yang sudi baca walau hanya bingkisan dalam catatan hidup diriku. Siapa yea anda yang sudi berkunjung ke blog yang tidak sepertinya ini? atau saya hanya berandaian ada pengunjung setia yang sentiasa ingin mengikuti bingkisan hidup saya. Mungkin juga ada pengunjung yang tersesat dalam mencari maklumat di internet. Walau siapapun anda,terima kasih kerana sudi menjengah dalam untaian cerita seorang insan kerdil yang serba kekurangan ini.

                 Sejak kita dilahirkan hinggalah dalam usia sekarang ini, dari mula kita mengenal dunia dan boleh berfikir, mak dan ayah bersusah payah untuk membesarkan kita dengan memberi kelengkapan pakaian dan makanan, didikan dan sebagainya. Persoalannya, sebagai insan  pernahkah kita terfikir apa yang kita nak jadi dan apa yang kita cari?

                 Kita sering ditanya sejak kecil, "dah besar nak jadi apa?". Jawapan kanak-kanak biasalah, nak jadi polis, tentera, bomba, pensyarah, doktor. Kenapa nak jadi semua tu? Biasanya sebab terpengaruh dengan environment family. Tapi bila kita dewasa dan boleh berfikir, besar kemungkinan cita-cita kita akan berubah. Akhirnya kita tahu apa yang kita nak jadi dan semua persoalan ini biasanya merujuk pada kerjaya kita.
                 
                 Bagaimana pula persoalan apa yang kita cari? kekayaan dalam limpahan harta berupa wang dan emas atau penghormatan dan sanjungan setinggi langit?. Ramai diluar sana yang berjaya jadi apa yang  dia nak jadi. cita-citanya tercapai untuk menjadi peguam, menteri, doktor umpamanya dan berjaya mencari kesenangan hidup dengan memiliki rumah dan kereta mewah. Ada juga dalam masyarakat kita berada dalam golongan yang tidak jadi apa yang dia nak jadi dan tidak dapat apa yang dia nak.

                  Sesungguhnya marilah kita sama-sama muhasabah dan menyuluh hati kita. Dalam kehidupan ini perkara yang kita nak cari adalah  kebahagiaan di dunia dan akhirat. Sebagai hambanya, kita perlu sedar bahawa dunia ini adalah hanya persinggahan sementara dan di sinilah kita perlu mencari bekal sebanyak mungkin untuk mengadap pencipta kita. Untuk itu jadilah seorang yang bertakwa kepadanya dengan membentuk nafsu dalam diri agar kita menjadi dalam kalangan orang-orang yang berakhlak mulia. 

                  Memang tidak dinafikan, teori sememangnya mudah. berbeza dengan amali yang menuntut kita erti kesabaran dalam mencari apa yang sepatutnya kita cari dan menjadi  apa yang sepatutnya kita jadi. Berdoalah pada Allah moga-moga kita  tergolong dalam kalangan mereka-mereka yang dipelihara oleh-Nya. Amienn..


    Tuesday, December 14, 2010

    Johor...Penang...Perak...Johor.

                Selamat bertemu kembali. Hmm, cuti yang pendek tapi perjalanan yang agak memenatkan. Syukurlah, semuanya selamat. Thanks a lot to my friends, Ummu Mardhiah Abdul Jalil & Norwahida Musa atas layanan yang cukup baik untuk seorang pengembara ini. Acecehhhh..hehe.

                 Perjalanan dr Johor ke Penang menemukan aku dengan seorang anggota polis, En Ariffin. Sempat jugak berkongsi cerita pengalaman pahit manis bergelar polis lebih dari 10 tahun. Katanya nak pulang ke Kedah, ayahnya sakit tenat. Terpaksa ambil cuti segera.


                  Sampai di Batterworth dalam pukul 5 pagi. Kesian ummu tak dapat tido malam tu. Risaukan aku katenye. ish..ish..terharu beb! Dapat gak borak2 jap ngan housematenye Zura, seorang lacture gak tapi tengah busy ngan master chemical engineering tp bestnyer die ni dah mampu beli Honda civic.WOW! (teringat 'merah silu'ku. syhhhhh)

                 Siang tu aku ngan Ummu pun mulakan pengembaraan pas zohor sampai jejak kul 10 mlm baru balik. huh, lama la jugak. Hajat di hati nak p bukit bendera tapi tengah renovate katenye. aiseh..takde rezeki kali ni nampaknye. So, roundla kawasan Balik Pulau. Haha..kat sinilah aku dapat merasa laksa penang special yang "ori". Than, ptg tu p Pesta Penang 2010. Agak besar la jugak kawasan tu sampai x larat nk jalan. Tapi paling lama kitorang tersangkut kat tempat jualan bukula. hmm..teruja ngan diskaun kot aku ni, terbeli la jugak buku 'Yakjud & Makjud' ngan 'Iskandar Zulkarnain'. Sebenarnya ayah dah lame dah suro cari buku ni. tapi baru ni rase nak beli.

                 Esoknya aku berkesempatan p uitm, office Ummu than pusing2 kawasan USM. Hah, hari ni dia bwk p makan mee udang plak kat Sg Dua. perghh...memang sedap. hmm...nk p pantai bersih, tp tak sempat. so, kitorang p kat tempat "rojak tonggek" je. hehe..pelik tol name tu. Apa istimewanya? rojak or tonggek? Haa...jgn fikir bukan-bukan! yang uniknye rojak ni pembeli bole makan kat situ sambil cicah ngan kuah rojak sambil berdiri. than, untuk elak kuah tu terkena kat baju si pemakan kenalah tonggek sket or bongkokkan badannye. Haa...itulah sejarahnye rojak tonggek ni.
    perjalanan..

    kat rumah ummu..

                  Petang tu bermulanya perjalananku ke Perak yang mengambil masa 2 jam setengah. cume yang agak kesal pengurusan bas ini agak kelam kabut. Mane taknye, dahla penumpang yang depa ambik terlebih sorang. so, terpaksa dok kat lantai belakang. Agak tak kene, die suro duduk plak kat tempat tido driver yang kat belakang skali tuh. Hmm..nak jadikan cerita plak, si driver bas ni tak tahu jalan p Ipoh. Siap tanye penumpang lagi betul tak jalan yang dia lalu. Apelah nasib aku dapat bas yang tak famous lagi kucar kacir ni.
    Inilah bas yang mengharukan tu. Nama syarikat bas..jeng..jeng..jeng.. terpaksa dirahsiakan. huhu.


                Okla, pendek cite bile dah sampai perak, member aku wahida dah lame tercongok kat situ. kitorang ni mmg dah lame tak jumpe sejak abis matrix, adalah dalam 9 tahun gitu. Die ni plak mengajar kat uitm perak. Cerita punye cerita malam tu sampai kul 2 pagi. ngantuk jangan cakap beb. sempatla jugak berkenalan ngan housematenyer, Mumtaz. cam name olahragawati negare gitu. hehe.. same2 ngajar di tempat yang sama.
    siang tu kitorang p lumut jer. Nak p Pulau Pangkor kononnye tapi masing2 penat dah. So, belilah sket buah tangan kat situ. jadilah..
    Inilah kenangan di Lumut..

                   Malam tu jugak aku terpaksa balik bertolak dari Seri Iskandar ke Muar. Tak ada bas waktu siang katenye. Mengingatkan ada mesyuarat hari Rabu pagi terpaksa jugalah aku balik malam tu. Dan bermulalah perjalanan yang panjang pada malam itu dan menemukan aku dengan anggota navy pulak. Sekali lagi kami berkongsi pengalaman hidup. Dahsyat jugak la cite dia ni yang dah bekecimpung dalam dunianya selama 20 tahun.
                   Inilah sedikit perkongsian cuti-cuti sekolahku. sorila ek. bahase tak gramatis langsung. pulak tu ayat cam budak sekolah rendah je rasenye. dah seharian kat rumah pun tapi penat berjalan lom habis lagi. tu yang agak sikit melalut. huhu. oklah yea, jumpe lagi dalam post akan datang..tata..

    Thursday, December 9, 2010

    Hati-hati jaga "HATI"


                Malam tadi entah nape tergerak plak nk tengok tv walaupun dah pukul 12. Tiba-tiba ade plak rancangan tanyelah ustaz membincangkan soal akhlak. Perghh..terkene kat batang idung beb!.

                 Ermm..camne ek nak mulakan crita. Sebenarnya, klau nak diikutkan aku ni jenis orang yang suke beli buku. Mase keje kilang dulu mesti ketepikan duit RM50 sebab nak beli buku. Tiap-tiap bulan gitu. Yealah, itu jelah yang mampu untuk santapan jiwa. Klau tak sempat baca pun bagi dulu kat ayah. Nanti ayah dah baca ayah crite plak kat aku. Hehe.…kan bes camtu.

                Apa yang ayah komen, napelah aku ni suke beli buku berkaitan hati. Pendek kate soal aqidah sedangkan tasauf pun penting gak. Kene seimbang. Semua buku ini banyak membantu aku tapi tetap tak dapat merubah perangaiku yang sudah agak sebati dengan jiwa iaitu pemarah dan sifat mazmumah lain yg ada. Hinggalah sampai satu ketika, ditakdirkan ada seorang insan yang hadir dalam hidupku untuk meunjukkan aku jalan sebenar. Syukur pada ALLAH. Walaupun hadirnya hanya untuk seketika. Bagiku, segala peringatan yang diberi cukup bermakna untuk aku mengenal siapa aku sebagai hamba di muka bumi ini.

                 Begitulah sedikit sebanyak berkisar aku. Bila aku berubah jadi seorang yang suka senyum, bagiku semua pekerjaanku menjadi mudah walaupun cabarannya agak besar ketika itu. Ramai pulak yang pelik dan tertanya-tanya kenape aku berubah. Entah di mana silapnya akhirnya aku lalai semula. Amalanku aku tinggalkan sikit demi sedikit. Inilah yang dikatakan, untuk mencari atau merubah diri kita begitu susah. Dari seorang pemarah kepada seorang yang penyabar. Dari bakhil kepada pemurah atau sebagainya memang susah. Tapi bila kita sudah berubah, untuk mengekalkannya adalah lebih sukar.

                   Hal ini ibarat kita mengumpul harta. Contoh yang mudah apabila kita membeli kereta baru. Nak kumpul duit bukan mudah. Bekerja siang malam. Bersengkang mata. Tapi bila dah berjaya membeli kereta baru, nak menjaga kualiti kereta itu agar kekal sentiasa baru bukan mudah. Ini zahir yang boleh kita nampak. Tapi hati kita bagaimana?

                    Bagaimana kita hendak menjadi seorang insan yang sentiasa syukur dengan nikmat dan sabar apabila ditimpa ujian?.  Semua ini bergantung pada hati. Ingatlah, janganlah kita menagis jika diri kita tidak dihargai tapi menangislah jika diri kita tidak berharga lagi. Kenapa perlu menangis jika hasil kerja yang kita lakukan tidak di pandang orang lain, tidak dipuji dan diberi penghargaan sedangkan sewajarnya kita menangis jika harga diri kita tiada lagi dengan sebab tandusnya ilmu di dada, ceteknya iman dalam diri dan buruknya akhlak sebagai pakaian kita.

                     Semoga post yang serba ringkas ini dapat dijadikan pengajaran buat semua. Sama-samalah kita berusaha mendekatkan diri kepada pencipta kita agar kita dapat sama-sama kembali kepadaNya dalam keadaan golongan yang beriman. Amienn….

    Wednesday, December 8, 2010

    Story hari ni..

    Hari ni ayah ade appoiment. Awal2 lagi dah pesan kat aku suro teman. Titah dijunjung ayahanda. huhu....
                      Nampaknya dah byk improvement. K, time ambik ubat, giliran 2245. Jauh tu… tapi dari 2221. Erm.. takla lame sgt ade dlm ½ jam. So, tunggula. Beli air jap sambil belek2 buku yang ade kat café situ tp xde plak yg bes.
                     Akhirnye sampai gak giliran. Hoho. Tibe2 akak farmasi mintak maaf lak sebab ubat tu kne ambik kat lab mane tah. Kne tunggu ½ jam lagi. Siap suggest kat aku lagi suro ajak ayah makan2. Depa x tau ayah aku makan pantang. Xpela. Dimaafkan.
                    Ayah bg cadangan lak nk ajak jalan2 dulu. So aku ckpla p Pustaka Hussein. Tengok buku bes. Nk jadikan crite time dah sampai kat situ jem lak. Dahla xde parking. Pusing2 la p tanjung lak. Tanjung Ketepang. Tengok monyet. Sedare sape tah. Haha. Jalan2 la kitorg kat jeti tu.
                    Entah nape hati aku tiba2 terdetik. Dalam usia aku ni, adakah aku dah cukup membahagiakan perents aku?. Memang budi mak ayah x kan terbalas sampai bila2. Teringat aku kisah masyarakat  setempat. Ada yang dah berumahtangga tapi masih bergantung harap pada mak ayah. Dahla di besarkan, disekolahkan, diberi makan, pakaian secukupnya. Kemudian bila dewasa kahwin dan sewajarnya bertanggungjwb atas keluarga yang dibina. Tapi, sebaliknya berlaku. Bila susah sikit, balik semula pada mak ayah. Bergantung harap semula pada mak ayah untuk membesarkan cucunya pula.  Moga sifat ini dijauhkan dari diri kita.
                    Aku mohon padaMu ya Rabbi agar diberi kekuatan untuk aku membalas jasa mak dan ayah sedaya aku agar mereka sempat untuk merasa bahagia. Jadikanlah aku sebagai seorang anak yang “MEMBERI” bukan hanya lagi “MENERIMA”.



    Jeti Tanjung ketapang..


     Ayahandaku..riso tengok monyet. aku pun takut kne kejo..hahaha


                    

    Monday, December 6, 2010

    MaaL hijRAH...bermulanya langkah pertama.





                           Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
    Apa yang berlaku sekarang jelas sebagaimana yang diceritakan dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud yang bermaksud:

    'Hampir-hampir seluruh umat mengeliling kamu sepertimana orang-orang yang kelaparan mengelilingi hidangan mereka.' Ada yang bertanya, 'Apakah itu disebabkan bilangan kita kurang?' Nabi s.a.w menjawab: 'Bilangan kamu pada ketika itu ramai tetapi seperti buih. Allah mencabut dalam hati seteru kamu perasaan gerun terhadap kamu dan meletakkan perasaan al-wahn dalam hati kamu.' Ada yang bertanya: 'Apa al-wahn itu wahai Rasulullah?' Jawab Baginda: 'Cintakan dunia dan bencikan mati.' 


                   Hadith ini jelas menunjukkan bahawa sampai suatu masa orang-orang Islam samalah seperti satu hidangan yang dikelilingi oleh sekumpulan orang yang lapar lagi gelojoh makan. Tiada sedikitpun perasaan bimbang dalam hati orang bukan Islam untuk melakukan apa sahaja yang disukai terhadap orang-orang Islam kerana mereka sangat lemah.

                   Namun berdasarkan hadith itu tadi, jelas menunjukkan bahawa sebab kelemahan masyarakat Islam ialah hilangnya semangat berkorban dari dalam diri mereka. Umat Islam sudah tidak sanggup berkorban untuk tidak cintakan dunia atau berkorban untuk tidak takut mati. Mereka cintakan dunia sehingga sanggup memilihnya dengan membelakangkan kepentingan agama. Mereka juga takutkan mati apabila dituntut oleh agama bangun memperjuangkan sesuatu kebenaran. Inilah sifat-sifat negatif yang menjangkiti umat Islam.
    Roh Ma’al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri mereka kepada bentuk-bentuk positif yang selaras dengan Islam. Berkorban ataupun jihad perlu tersemai di dalam jiwa masyarakat Islam sama ada dari sudut pengertian mahupun sikap.

                  Jika kita melakukan amalan dengan membaca doa akhir tahun umpamanya yang dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah maka sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata:

    "Kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun."


                  Dalam melangkah ke tahun baru di mana buku catatan kita juga adalah yang baru maka marilah kita berusaha dan berazam agar catatan buku baru ini biarlah dengan catatan yang baik dan mampu membantu kita untuk kita menghadap pencipta kita iaitu ALLAH s.w.t.
           






    salam maal hijarah buat semua..

    Saturday, December 4, 2010

    Senyumlah kerana di situ ada kebahagiaan..

     Senyum seindah suria, yang membawa cahaya,
    Senyumlah dari hati, duniamu berseri...

               Pelbagai ungkapan yang dicipta oleh pelbagai pihak termasuklah para cendiakawan, sasterawan dan sesiapa sahaja berkaitan senyuman. "Senyum" adalah satu perkara yang mudah namun sukar untuk diaplikasikan oleh kebayakkan masyarakat dalam kehidupan seharian.

               Menurut kajian memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, tubuh badan kita akan menganggap kita gembira dan kerja seharian kita akan dapat kita laksanakan dengan baik.

               Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Ini bermaksud, apabila kita senyum kita hanya akan menggerakkan sedikit sahaja otot berbanding apabila "muka ketat". Apabila kita terlalu banyak menggunakan otot maka seseorang itu akan kelihatan lebih berusia dari umurnya yang sebenar berbanding mereka yang suka tersenyum bolehlah di kategorikan sebagai "awet muda".  Jadi inilah penawar sebenar untuk kelihatan muda berseri.

                 Melihat kepada sunah Rasullullah, baginda telah meluluhkan hati sesiapa sahaja dengan senyuman dan beginda sentiasa tersenyum walau badai cabaran yang menimpa. Baginda mampu menambat hati dan mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dalam menyampaikan dakwahnya, baginda mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.



                  Rasulullah saw.  bersabda,

    فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
    “Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.




              Rasulullah SAW bersabda bahwa anak keturunan Adam memiliki kewajiban untuk bersedekah setiap harinya sejak matahari mulai terbit. Seorang sahabat yang tidak memiliki apa pun untuk disedekahkan bertanya, "Jika kami ingin bersedekah, namun kami tidak memiliki apa pun, lantas apa yang boleh kami sedekahkan dan bagaimana kami menyedekahkannya?"

                 Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
                 Berkongsi sedikit pengalaman yang lalu di mana saya sendiri adalah berpenampilan "muka ketat". Majoriti kawan apatah lagi pelajar takut nak tegur. Pendek kata kalau diorang ni nak jumpa saya fikir 1001 kali. Begitulah dahsyatnya peribadi saya dahulu. Bersyukur atas rahmat Allah yang menyedarkan saya bahawa saya perlu berubah dan senyum :) Anda bagaimana?

    Ukirlah senyuman seindah bunga di taman.
    ketahuilah bahawa senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati
    ia sangat mendamaikan
    malahan menjadi penawar sanubari

    Friday, December 3, 2010

    Mulakan dengan Bismillah..seru Allah tuhan sekalian alam

    Salam perkenalan buat semua yang menjengah ke blog saya. terima kasih atas kesudian kalian.
    Untuk kali pertama sy mempunyai blog sendiri walaupun usia sudah hampir 30 an. Agak terlambat rasenya.

    Memegang kata-kata "tidak kira di mana kita bermula yang penting di mana kita akan berakhir" membuatkan sy cuba untuk menguatkan pendirian ingin berkongsi cerita, pengalaman hidup, ilmu dan apa sahaja melalui blog ini dengan mengenepikan kata-kata nista "dah terlambat dah nk buat blog".

    Walau bagaimanapun saya mengharap daripada saudara/i sekalian andai ada sebarang kesilapan atau untuk meningkatkan mutu blog saya, diharap dapat memberikan teguran. 


    sekian untuk kali ini. salam perkenalan