Senyum seindah suria, yang membawa cahaya,Senyumlah dari hati, duniamu berseri...
Pelbagai ungkapan yang dicipta oleh pelbagai pihak termasuklah para cendiakawan, sasterawan dan sesiapa sahaja berkaitan senyuman. "Senyum" adalah satu perkara yang mudah namun sukar untuk diaplikasikan oleh kebayakkan masyarakat dalam kehidupan seharian.
Menurut kajian memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, tubuh badan kita akan menganggap kita gembira dan kerja seharian kita akan dapat kita laksanakan dengan baik.
Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Ini bermaksud, apabila kita senyum kita hanya akan menggerakkan sedikit sahaja otot berbanding apabila "muka ketat". Apabila kita terlalu banyak menggunakan otot maka seseorang itu akan kelihatan lebih berusia dari umurnya yang sebenar berbanding mereka yang suka tersenyum bolehlah di kategorikan sebagai "awet muda". Jadi inilah penawar sebenar untuk kelihatan muda berseri.
Melihat kepada sunah Rasullullah, baginda telah meluluhkan hati sesiapa sahaja dengan senyuman dan beginda sentiasa tersenyum walau badai cabaran yang menimpa. Baginda mampu menambat hati dan mampu menghilangkan sikap keras hati dengan senyuman. Dalam menyampaikan dakwahnya, baginda mensunnahkan dan memerintahkan umatnya agar menghiasi diri dengan akhlak mulia ini.
Rasulullah saw. bersabda,
فقال: (وتبسمك في وجه أخيك صدقة) رواه الترمذي وصححه ابن حبان.
“Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah.” At Tirmidzi dalam sahihnya.
Rasulullah SAW bersabda, "Senyum kalian bagi saudaranya adalah sedekah, beramar makruf dan nahi mungkar yang kalian lakukan untuk saudaranya juga sedekah, dan kalian menunjukkan jalan bagi seseorang yang tersesat juga sedekah." (HR Tirmizi dan Abu Dzar).
Berkongsi sedikit pengalaman yang lalu di mana saya sendiri adalah berpenampilan "muka ketat". Majoriti kawan apatah lagi pelajar takut nak tegur. Pendek kata kalau diorang ni nak jumpa saya fikir 1001 kali. Begitulah dahsyatnya peribadi saya dahulu. Bersyukur atas rahmat Allah yang menyedarkan saya bahawa saya perlu berubah dan senyum :) Anda bagaimana?
Ukirlah senyuman seindah bunga di taman.
ketahuilah bahawa senyuman itu ibarat lukisan rahsia hati
ia sangat mendamaikan
malahan menjadi penawar sanubari
No comments:
Post a Comment