Malam tadi entah nape tergerak plak nk tengok tv walaupun dah pukul 12. Tiba-tiba ade plak rancangan tanyelah ustaz membincangkan soal akhlak. Perghh..terkene kat batang idung beb!.
Ermm..camne ek nak mulakan crita. Sebenarnya, klau nak diikutkan aku ni jenis orang yang suke beli buku. Mase keje kilang dulu mesti ketepikan duit RM50 sebab nak beli buku. Tiap-tiap bulan gitu. Yealah, itu jelah yang mampu untuk santapan jiwa. Klau tak sempat baca pun bagi dulu kat ayah. Nanti ayah dah baca ayah crite plak kat aku. Hehe.…kan bes camtu.
Apa yang ayah komen, napelah aku ni suke beli buku berkaitan hati. Pendek kate soal aqidah sedangkan tasauf pun penting gak. Kene seimbang. Semua buku ini banyak membantu aku tapi tetap tak dapat merubah perangaiku yang sudah agak sebati dengan jiwa iaitu pemarah dan sifat mazmumah lain yg ada. Hinggalah sampai satu ketika, ditakdirkan ada seorang insan yang hadir dalam hidupku untuk meunjukkan aku jalan sebenar. Syukur pada ALLAH. Walaupun hadirnya hanya untuk seketika. Bagiku, segala peringatan yang diberi cukup bermakna untuk aku mengenal siapa aku sebagai hamba di muka bumi ini.
Begitulah sedikit sebanyak berkisar aku. Bila aku berubah jadi seorang yang suka senyum, bagiku semua pekerjaanku menjadi mudah walaupun cabarannya agak besar ketika itu. Ramai pulak yang pelik dan tertanya-tanya kenape aku berubah. Entah di mana silapnya akhirnya aku lalai semula. Amalanku aku tinggalkan sikit demi sedikit. Inilah yang dikatakan, untuk mencari atau merubah diri kita begitu susah. Dari seorang pemarah kepada seorang yang penyabar. Dari bakhil kepada pemurah atau sebagainya memang susah. Tapi bila kita sudah berubah, untuk mengekalkannya adalah lebih sukar.
Hal ini ibarat kita mengumpul harta. Contoh yang mudah apabila kita membeli kereta baru. Nak kumpul duit bukan mudah. Bekerja siang malam. Bersengkang mata. Tapi bila dah berjaya membeli kereta baru, nak menjaga kualiti kereta itu agar kekal sentiasa baru bukan mudah. Ini zahir yang boleh kita nampak. Tapi hati kita bagaimana?
Bagaimana kita hendak menjadi seorang insan yang sentiasa syukur dengan nikmat dan sabar apabila ditimpa ujian?. Semua ini bergantung pada hati. Ingatlah, janganlah kita menagis jika diri kita tidak dihargai tapi menangislah jika diri kita tidak berharga lagi. Kenapa perlu menangis jika hasil kerja yang kita lakukan tidak di pandang orang lain, tidak dipuji dan diberi penghargaan sedangkan sewajarnya kita menangis jika harga diri kita tiada lagi dengan sebab tandusnya ilmu di dada, ceteknya iman dalam diri dan buruknya akhlak sebagai pakaian kita.
Semoga post yang serba ringkas ini dapat dijadikan pengajaran buat semua. Sama-samalah kita berusaha mendekatkan diri kepada pencipta kita agar kita dapat sama-sama kembali kepadaNya dalam keadaan golongan yang beriman. Amienn….
No comments:
Post a Comment